Terengganu tubuh akademi bola sepak tahun depan | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Sunday, November 06, 2011

Terengganu tubuh akademi bola sepak tahun depan


SEBUAH akademi bola sepak akan ditubuhkan di Terengganu bagi melahirkan pemain berkualiti, sekali gus meningkatkan mutu sukan popular itu di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

"Nama sebenar akademi bola sepak ini akan diumumkan apabila majlis perasmiannya dibuat awal tahun depan," kata Rozi.
Akademi seumpama itu pernah diwujudkan di Terengganu dari 1995 hingga 2007 yang dinamakan Akademi Bolasepak FAM Terengganu dan berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti seperti Shamsuri Mustapa, Haris Safwan Kamal, Zairo Anuar Zalani, Mohd. Sharbinee Allawee, Muslim Ahmad dan Abdul Manaf Mamat.

Mengulas lanjut, Rozi berkata, akademi itu bakal diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan di peringkat permulaan, seramai 25 hingga 30 pe- main bawah umur 21 tahun akan ditempatkan di akademi berkena- an serta dibimbing Cheku Mar- zuki Cheku Mohd. Nor.

Beliau berkata, perintis akademi akan dipilih menerusi pertandingan liga bawah 21 tahun yang akan diadakan di setiap daerah di negeri itu. - Bernama (KOSMO)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...