3,500 maut dalam kebangkitan rakyat Syria | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Thursday, November 10, 2011

3,500 maut dalam kebangkitan rakyat Syria

GAMBAR fail 6 November 2011 menunjukkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad melambai kepada para penyokongnya di bandar Raqqa, Syria.

BEIRUT - Angka kematian berikutan kebangkitan rakyat Syria selama lapan bulan kini mencecah 3,500 orang, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Angka kematian yang dikeluarkan pejabat hak asasi manusia PBB itu adalah berdasarkan kepada data di luar negara termasuk puluhan yang terbunuh sejak Liga Arab menjadi pengantara pelan damai Syria pada Hari Raya Korban, Ahad lepas.
Selepas kebangkitan menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad tercetus pada pertengahan Mac lalu yang didorong revolusi rakyat di Tunisia dan Mesir, pemerintah Syria menutup negara itu daripada dimasuki oleh wartawan asing dan menghalang laporan bebas dilakukan.

Namun, banyak klip video amatur disiarkan di Internet dengan maklumat turut disalurkan oleh kumpulan-kumpulan aktivis.

Seorang jurucakap Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani memberitahu wartawan di Geneva bahawa lebih 60 orang dilaporkan dibunuh pasukan keselamatan Syria sejak Syria memeterai pelan damai yang ditaja oleh Liga Arab.

Beliau berkata, angka terkini itu turut melibatkan 19 orang yang terbunuh semasa cuti Hari Raya Aidiladha pada Ahad lalu. - AP(KOSMO)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...