MagiC MenCari KeajaibaN: October 2011

klik sini

Ruangan Churp

Monday, October 31, 2011

Kemalangan Kereta Api Dengan Lori Minyak Di Kota Kinabalu


Kemalangan kereta Api di Bandar Kota kinabalu berhampiran dengan Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kejadian tersebut berlaku apabila lori tangki minyak Shell berlanggar dengan Kereta Api. Mari kita saksikan gambar di bawah. Doakan keselamatan kepada penumpang yang lain.










Dari Ladang PaaDuu

Read more...

Hukum Bercumbuan Tanpa Ikatan Yang Sah


ZAMAN sekarang, kerap kali kita melihat pasangan bercinta ini bercium tanpa rasa segan silu. Tetapi apakah sebenarnya hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Dan adakah ini berdosa besar?

Sebenarnya, perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a’lam.
Credit to PaaDuu

Read more...

Amaran! Banjir Terbesar Dalam Sejarah Akan Berlaku


Penduduk di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut, bulan depan.
Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lalu.


“Banjir yang dijangka melanda enam negeri berkenaan mungkin tidak seteruk di Thailand, namun impaknya tetap buruk berdasarkan taburan dan curahan hujan yang meningkat secara drastik akibat pelepasan gas karbon dioksida tidak terkawal yang menyebabkan perubahan iklim, sekali gus mengakibatkan bencana termasuk risiko tanah runtuh.

“Persiapan terbaik bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko ialah memahami situasi banjir di lokasi mereka dan menggunakan pengalaman lalu untuk mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ibrahim berkata, punca utama banjir kilat di kawasan bandar pula disebabkan longkang selalu tersumbat, parit kurang lebar, manakala banjir sungai berlaku akibat curahan hujan lebih banyak berbanding keupayaan sungai mengalirkan air ke laut dalam jangka masa tertentu.

“Banjir kilat tetap akan berlaku walaupun pokok ditanam bagi mewujudkan zon penampan banjir, terutama di kawasan perumahan yang hampir dengan alur sungai. Saya sarankan pemaju hartanah membangunkan kawasan perumahan baru di kawasan tinggi sedikit,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terlalu bimbang dengan banjir kerana pihak berkuasa sentiasa menyediakan lokasi pemindahan sementara yang baik serta selamat termasuk koordinasi tersusun pelbagai agensi berkaitan.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi melaporkan siri hujan lebat diramal di sebelah timur Kelantan dan Terengganu pada November, diikuti timur Pahang serta Johor bermula Januari dan berlanjutan sehingga peralihan monsun Timur Laut berakhir Mac tahun depan.(PaaDuu)

Read more...

Pelacur pakai topeng tengkorak

SEBAHAGIAN pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di bandar raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Lebih 100 pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di sini kelmarin.

Mereka memakai topeng itu dan berarak bagi memperingati kematian beberapa pekerja seks terutamanya yang mati akibat pembunuhan ganas. - Reuters

Read more...

Dua wanita dedah payudara ditangkap

DUA wanita yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine kelmarin.

LVIV, Ukraine - Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.
Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.

Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. - Agensi

Read more...

Peminjam PTPTN boleh runding bayaran


KOTA BHARU – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu tampil berunding bagi membolehkan mereka dipertimbangkan membayar balik pinjaman mengikut kemampuan sekali gus mengelak disenaraihitamkan.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, sikap liat untuk membayarnya hanya mengundang masalah kepada peminjam, termasuk larangan ke luar negara.
Menurutnya, yang penting peminjam sedia berbincang dan memulakan pembayaran balik.

Beliau berkata, peminjam akan diletakkan dalam senarai hitam apabila hilang selepas menerima pinjaman serta tidak dapat dihubungi selama tiga atau empat tahun.

“Larangan ke luar negara bagi peminjam yang gagal membayarnya masih kekal malah mereka yang terlibat mahu mengerjakan haji atau umrah juga ditahan.

“Kita berunding dan mereka hanya dibenarkan ke luar negara selepas membuat pembayaran dengan jumlah dipersetujui pihak PTPTN,” katanya pada Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan PTPTN kepada 278 pelajar pengajian peringkat diploma untuk pengambilan kedua, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamad itu turut dihadiri Pengurus Bahagian Pinjaman PTPTN, Abdul Ghafar Yusof.

Tuan Din berkata, sejak PTPTN ditubuhkan 1997 hingga semalam, pinjaman berjumlah RM41.6 bilion diluluskan kepada 1.9 juta pelajar seluruh negara.

Menurutnya, orang ramai perlu memanfaatkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk menikmati pelbagai kemudahan seperti potongan cukai, perlindungan insurans, geran sepadan dan jaminan daripada kerajaan.(sinar Harian)

Read more...

Mahkamah: Seksyen 15(5) AUKU tidak sah


Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti ini diperoleh apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Datuk Low Hop Bing yang mengetuai panel itu, bagaimanapun berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik UKM bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).

Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka.(MALAYSIA KINI)

Read more...

Gadis sunti mangsa buli hilang

MUHD. ZUKI menunjukkan laporan polis manakala Siti Hajar memegang gambar Nur Ainina yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Lunas baru-baru ini.

KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran.
Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang.

Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian.

“Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah,” kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam.

Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.(KOSMO)

Read more...

Pasangan OKU dicekup khalwat

PASANGAN OKU disoal siasat pegawai penguat kuasa JAIK selepas ditangkap berkhalwat di sebuah rumah di Jalan Langgar, Alor Setar, semalam.

Lari dari rumah ibu saudara selepas hasrat bernikah tidak direstui keluarga

ALOR SETAR: Sepasang pasangan kekasih yang juga orang kelainan upaya (OKU) dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ketika sedang berdua-duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, di sini, pagi semalam.
Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur, sebelum datang ke negeri ini dengan menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang untuk bernikah di Thailand.
Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan bertindak untuk bernikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang oleh ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya gagal menguruskan rumahtangga disebabkan tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembam, manakala wanita itu mengalami kecacatan fizikal serta berkerusi roda.

Malah, pasangan berkenaan yang berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur itu sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya berusia 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita terbabit sejak 17 Oktober lalu, sebelum dicekup berkhalwat pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah dari empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, pada jam 9.15 pagi.
Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja T dan berseluar pendek paras paha.

"Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya mengerekot, manakala pasangannya pula kelihatan normal tetapi mengalami masalah lembam.

“Wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak,” katanya di sini, semalam.

Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.

Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.(Berita Harian)

Read more...

Motosikal sepantas 300 kilometer sejam

ZAMRI membuat persediaan sebelum menyertai Grand Prix Sepang bagi kategori 600cc minggu lalu.

PELUMBA kategori 600cc negara, Mohd. Zamri Baba, 28, mengaku dia pernah terjatuh beberapa kali dari motosikal lumbanya tetapi menyifatkan ia sebagai sesuatu yang normal bagi seseorang pelumba. Dalam kebanyakan insiden, ia tidak menyebabkan kecederaan kerana pelumba dilindungi jaket keselamatan berkualiti tinggi.

Tambahnya, pelumba hanya menyertai sesuatu perlumbaan selepas motosikal mereka disahkan selamat.

"Saya tidak tahu punca sebenarnya kemalangan maut. Kebanyakan kemalangan tidak menyebabkan kecederaan parah atau maut setakat ini. Situasi dua buah motosikal berlanggar sesama sendiri di atas litar adalah sesuatu yang biasa berlaku.

"Namun, pelanggaran pada pusingan awal boleh mengundang bahaya kerana tangki kenderaan dipenuhi minyak dan boleh mengakibatkan kebakaran. Letupan besar tentu saja memberi petanda yang buruk," katanya.

Zamri ditemu bual semasa beliau sedang sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi perlumbaan di Grand Prix Sepang bagi kategori 600cc hujung minggu lalu.

Ketika ditanya kelajuan tertinggi yang dicatatkan oleh seseorang pelumba di atas litar setakat ini, Zamri berkata ada pelumba yang mencatatkan kelajuan sehingga 306 kilometer (km) sejam.

Menurut Zamri, kelajuan tertinggi pernah dicatatkan beliau setakat ini 290 km sejam.(kosmo)

Read more...

Ular sawa telan rusa dibunuh

ULAR SAWA betina yang ditangkap di Taman Negara Everglades, negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.

TAMAN NEGARA EVERGLADES, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pekerja di Taman Negara Everglades, negeri Florida, menangkap dan membunuh seekor ular sawa Burma sepanjang 4.87 meter.
Reptilia itu ditangkap semasa ia kekenyangan selepas menelan seekor rusa seberat 34.5 kilogram.

Penyelaras spesies eksotik Suruhanjaya Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Scott Hardin berkata, pekerja-pekerja berkenaan menemui ular sawa betina itu pada Khamis lalu.

Menurutnya, ular itu ialah antara reptilia terbesar pernah ditemui di Florida Selatan. - Agensi.(KOSMO)

Read more...

Memey tinggalkan Norman

MEMEY mengakui, dia dan Norman belum sempat meluangkan waktu untuk keluar berbulan madu kerana jadual penggambaran tidak mengizinkan.

SELEPAS mendirikan mahligai kasih bersama pelakon Norman Hakim sejak lebih sebulan lalu, Memey Suhaiza kini sedang melalui hari-hari penuh bahagia.

Justeru dia yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Nilapura untuk slot Aksi TV3 di Batu Gajah, Perak sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur demi suami tercinta.
"Tanggungjawab sebagai isteri mesti didahulukan biarpun sibuk dengan kerja. Abang (Norman) tidak kisah, tetapi saya merasakan yang tanggungjawab itu penting," katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.

Dalam drama yang bersiaran pada pukul 9 malam itu, Memey diberi peranan menggalas watak sebagai Dayang Ningsih.

Selesai sahaja penggambaran drama Nilapura, Memey bakal berlepas ke Semporna, Sabah untuk penggambaran drama berjudul Layar Impian bagi siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Khabarnya Memey akan digandingkan bersama pelakon Adi Putra dalam drama yang bertemakan kehidupan masyarakat di perkampungan nelayan itu.

"Jika penggambaran di Perak, saya masih boleh berulang-alik untuk menjaga suami, tetapi kali ini saya terpaksa meninggalkan abang sepanjang 22 hari penggambaran.

"Kami sudah berbincang dan dia faham. Insya-Allah abang Norman akan turun ke Sabah untuk melawat saya," katanya yang bakal berlepas pada awal bulan November ini.(KOSMO)

Read more...

Terbayang Maut Jatuh Perigi

WAN Mohd. Shuhaimi melihat kecederaan anaknya selepas dia jatuh ke dalam perigi di Kampung Kota, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - "Pada mulanya saya masih boleh bertahan tetapi selepas beberapa minit, mula timbul rasa takut sampai teringat mati". Demikian cerita Wan Mohamad Syaqir Iqwan Wan Mohd. Shuhaimi, 19, yang terperangkap di dalam sebuah perigi sedalam kira-kira 12 meter selepas terjatuh ketika cuba mengait buah rambutan gading di belakang rumahnya di Kampung Kota, di sini pukul 1.50 petang semalam.

Sebelum kejadian. pelajar Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia (Alam) di Terengganu itu memanjat perigi tersebut dan berdiri di atas penutup konkrit untuk memetik buah rambutan.

"Ayah yang minta petik buah rambutan, saya pun panjat perigi yang ditutup dengan konkrit, tetapi tiba-tiba penutupnya pecah lalu saya terjatuh ke dalam.

"Sebaik sahaja jatuh, saya tenggelam dan cuba apungkan diri dengan menahan kaki serta badan pada dinding perigi bagi mengelak lemas," katanya ketika ditemui semalam.

Bapanya, Wan Mohd. Shuhaimi Wan Mustapa, 49, yang turut berada di tempat kejadian menghulurkan getah paip untuk diikat pada badan selain menurunkan tangga sebagai satu lagi cara untuk mengelakkan anak kedua daripada tiga beradik itu tenggelam.

Isterinya, Suhaila Abdullah, 44, pula bergegas mendapatkan bantuan jiran-jiran sambil menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba lima minit kemudian.

"Saya takut dia tidak dapat bertahan lama, tangga yang dihulurkan juga tenggelam kerana perigi itu terlalu dalam," ujarnya dengan menambah, peristiwa itu sudah menjadi alasan yang cukup kuat untuk mereka menimbus perigi itu selepas ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Darulnaim, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Radi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.52 petang sebelum tiba dengan empat anggota.

"Anggota kami, Mohd. Hazam Abdul Rahman yang lengkap dengan peralatan termasuk tali penyelamat turun ke dalam perigi tersebut dan berjaya memangku mangsa untuk membawanya naik dalam tempoh lima minit.

"Operasi menyelamat tidak mengalami kesukaran berikutan mangsa mampu mengawal perasaan takut dan menjadikan kerja-kerja lebih mudah," ujarnya.

Katanya, mangsa cukup bernasib baik kerana kejadian tersebut disedari oleh ahli keluarga yang lain selain dia juga mempunyai kemahiran ketika berada di air.

"Mungkin ramai yang menganggap terjatuh dan terperangkap di dalam perigi adalah suatu yang tidak serius tetapi hakikatnya ia bahaya kerana gas yang dikeluarkan daripada tanah di dalam perigi itu mungkin beracun," jelasnya.

Bagi Mohd. Hazam, 48, ini bukan kali pertama beliau melakukan kerja-kerja menyelamat seumpama itu sepanjang tempoh khidmatnya bersama pasukan bomba sejak 25 tahun lalu.

"Sebelum ini telah melakukan kerja-kerja sebegitu cuma, kali ini ia tidak begitu sukar berikutan mangsa kelihatan tenang dan masih ada tenaga untuk bertahan" katanya.(KOSMO)

Read more...

Sunday, October 30, 2011

Surat Untuk Abang Dan Adik


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku




Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca -Insyaallah Bermanfaat FB
Read more...

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia 2011 Milik Negeri Sembilan


Perlawanan antara Negeri sembilan dan Terengganu malam ini berakhir dengan Negeri Sembilan muncul juara dengan gol 2-1. Negeri Sembilan menyamakan kedudukan 1-1 dengan Terengganu pada separuh masa kedua jaringan oleh S.Kunalan memberi suntikan semangat kepada pasukan Negeri Sembilan seterusnya menyumbang kepada gol ke-2 oleh Hairuddin Omar menjadikan Negeri Sembilan sebagai juara Piala Malaysia 2011.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan.
Read more...

TIPS MENYEMBUHKAN MATA RABUN




Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".
credit to pemanis kata
Read more...

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

Gambar Hiasan

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

info dari pemanis kata
Read more...

Debaran malam kemuncak

KAPTEN Negeri Sembilan, Shukor Adan (kiri) dan kapten Terengganu, Marzuki Yusoh berjabat tangan pada sidang media final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam semalam.

AKSI penutup tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan pertembu- ngan dua pasukan terhebat, Terengganu dan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Apa yang pasti, kedua-dua pasukan mempunyai misi yang sama bagi menjulang piala paling berprestij itu sebagai koleksi peribadi kedua-dua pasukan.

Di saat Negeri Sembilan memburu koleksi ketiga setelah memenanginya pada edisi 1948 dan 2009, Terengganu juga mahu mengulangi kegemilangan hampir sedekad lalu apabila kali terakhir muncul juara pada 2001.

Atas kertas, rekod pertemuan kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila masingmasing mencatatkan satu kemenangan, satu tewas dan dua kali seri musim ini.

Dalam kempen Piala Malaysia, kedua-dua pasukan diundi dalam Kumpulan B dengan menyaksikan Negeri Sembilan menang 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebelum mencatatkan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu.

Bagi aksi Liga Super, Terengganu berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasirud- din Shah apabila membelasah Negeri Sembilan 3-0 sebelum seri 1-1 di gelanggang lawan.

Menjelang aksi final malam ini, jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah tetap optimis skuad kendaliannya mampu membawa semula Piala Malaysia ke Serem- ban selepas dikecewakan Kelantan musim lalu.

"Moral para pemain kini berada pada tahap terbaik.

"Kesemua pemain telah bersedia bagi menghadirkan satu persembahan yang isti- mewa esok (malam ini).

"Malah sekiranya menang, ia adalah detik paling bermakna bagi saya selaku jurulatih selain menganggap ia sebagai hadiah hari jadi saya," kata Azraai kepada pemberita dalam sidang media final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh; Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Abd Halim Abd Latif; Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Mat Rasid; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan kapten kedua-dua pasukan, Shukor Adan dan Marzuki Yusof.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti menjelaskan, anak-anak buahnya telah bersedia daripada aspek mental dan fizikal bagi mengharungi aksi malam ini.

Jelasnya, sekalipun terpaksa beraksi dalam keadaan hujan dan padang becak, beliau tetap mahu barisan pemainnya mengamalkan corak permainan secara menyerang.

"Meskipun keadaan cuaca tidak menentu ketika ini tetapi saya tetap percaya bahawa kesemua barisan pemain saya sudah bersedia untuk menghadapinya.

"Bukan sahaja kami, malah Negeri Sembilan turut akan merasai kesukaran yang sama sekiranya terpaksa beraksi dalam keadaan hujan dan padang becak," kata Irfan.(KOSMO)
Read more...

Tidak selamat dengan peminat - Alif Satar


MULA menyertai pertandingan One In A Milion (8TV) pada tahun 2006, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar mula membina nama dalam industri seni setapak demi setapak seawal usia 16 tahun.

Tiga tahun menimba ilmu dan mengaut pengalaman, penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu kemudiannya mengeluarkan album pertamanya berjudul Nakal dengan menampilkan lagu pop popular Jangan Nakal.

Menakjubkan apabila lagu tersebut menjadi kegilaan dan siulan ramai terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Alif yang ketika itu berusia 19 tahun mula dikenali sebagai penyanyi bagi ikon kanak-kanak.

Kini, sesuai dengan usianya yang sudah menginjak 21 tahun, Alif muncul dengan album kedua berjudul Lelaki Seperti Aku seterusnya menampilkan sisi matangnya.

Begitupun, Alif masih mengekalkan lagu bergenre pop dan mudah didengar bagi mengekalkan selera pendengar kanak-kanak dan remaja.

"Walaupun untuk album kedua ini saya menampilkan sisi matang tetapi saya yakin pendengar yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja masih ada. Sebabnya mereka juga membesar dengan kerjaya seni saya.

"Sebagai contoh, penyanyi Justin Timberlake yang mula dengan Disney, kemudian beralih kepada kumpulan remaja N'Sync dan sekarang menampilkan ciri-ciri seorang lelaki apabila menyanyi secara solo," katanya yang mahu dirinya melalui fasa seperti Justin yang sentiasa diterima dan disokong peminat sejak awal sehingga kini.

Peminat dua tahun

Berasa puas dengan pemilihan lagu yang terdapat dalam album terbaharu itu, Alif juga berasa terharu kerana sambutan single pertamanya, Lelaki Seperti Aku berjaya menduduki carta tertinggi di beberapa stesen radio tempatan.

Malah, dia merasa bangga kerana lagu Lelaki Seperti Aku telah dinyanyikan oleh kanak-kanak berusia dua tahun dan ia telah dimuat turun dalam laman YouTube. Begitu juga dengan penyanyi remaja Shila Amzah yang turut menyanyikan lagu itu dalam versi perempuan iaitu Gadis Seperti Aku.

ALIF kini sedang melalui fasa transisi dalam kerjaya seni seiring dengan peningkatan usianya.

"Ia penghormatan buat diri saya apabila penyanyi Shila Amzah ingin menyanyikan lagu ini untuk versi perempuan dan meletakkan videonya di laman YouTube. Video itu telah ditonton hampir 100,000 orang," katanya ketika ditemui selepas majlis pradengar album keduanya di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak mahu mengikut kata hati semata-mata, Alif lebih suka menghasilkan lagu mengikut selera pendengar.

Katanya, dia tidak mahu mencipta sesuatu lagu yang tidak dekat dengan peminatnya.

Bercakap tentang kepuasan dalam nyanyian, menurut Alif, dia lebih suka menyanyi lagu bergenre jazz.

"Memang benar muzik jazz menjadi pilihan berbanding pop tetapi saya lebih senang menurut permintaan peminat yang lebih suka jika saya menyanyikan lagu pop. Namum Insya-Allah satu hari nanti saya akan mencita sebuah album dan lagu yang menunjukkan kematangan sebenar dan ia menepati kepuasan sebenar saya," ujarnya.

Alif juga tidak kisah jika dia masih dilabelkan sebagai ikon kanak-kanak kerana sememangnya golongan itu yang banyak membantu kariernya sejak dahulu lagi.

Ditebak persoalan tentang kenapakah dia kini berani muncul dengan album yang menampilkan kematangannya selari dengan usianya yang kini mencapai 21 tahun, jawab Alif, dia khuatir popularitinya di kalangan peminat belum terjamin sepenuhnya.

"Saya bukan macam penyanyi Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Saya masih berasa tidak 'secure' dengan peminat sendiri. Jadi, saya harus mencipta sesuatu yang menepati selera mereka," katanya jujur.

Sebanyak 80 buah lagu yang ada dipilih untuk dimuatkan dalam album kedua Alif yang bakal dipasarkan pada 28 Oktober ini. Album itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu termasuk sebuah lagu Inggeris ciptaan penyanyi baharu, Amirah Ali berjudul There We Go.

"There We Go merupakan lagu Inggeris pertama yang dirakamkan. Pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang saya bayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada lebih-lebih lagi 'feedback' daripada peminat," katanya.

Selain There We Go, Alif turut menyanyikan lagu Inggeris nyanyian Kelly Clarkson & Justin Guarini yang berjudul Timeless. Alif Satar bergandingan dengan penyanyi popular dari Filipina, Julia Abueva yang mempunyai vokal yang cukup memukau.

Lagu lain yang turut dimuatkan dalam album itu adalah Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi dan Abdul yang merupakan single kedua album itu.

Tentang Abdul

Amat jarang seorang penyanyi lelaki menyanyikan lagu untuk lelaki. Tetapi bagi Alif, Abdul semenangnya seorang yang istimewa di matanya.

"Abdul ditulis sepenuhnya oleh Panji Sakti menampilkan lirik yang 'catchy', mudah diingat serta susunan muziknya yang 'fun'.

"Ia bukan lagu yang memuji tetapi sebuah lagu yang menceritakan sikap lelaki yang bernama Abdul," katanya mengenai lagu Abdul yang mirip melodi lagu popular I'm Yours nyanyian Jason Mraz.

Selain mencipta nama sebagai penyanyi, Alif juga dikenali sebagai pelakon dan pengacara. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cuak untuk stesen Astro Ceria, Alif juga terlibat dengan telefilem Lari Sayang Lari yang mula bersiaran di Astro Prima pada 23 Oktober lalu.
RAIH kepercayaan. Alif menerima hadiah kek istimewa daripada pengarah urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Adrian Lim.

"Lari Sayang Lari adalah sebuah drama arahan pengarah Jepun yang juga seorang penulis skrip terkenal di Hollywood, Yasu Tanaka. Jika ia mendapat sambutan yang baik, saya diberitahu ia akan dikembangkan pula sebagai sebuah drama bersiri," katanya.

Bercerita mengenai bidang pengacaraan pula, Alif ketika ini sedang mempersiapkan diri untuk kembali ke set program realiti, Idola Kecil 4.

Dia bersyukur kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengacarakan program itu untuk empat musim berturut-turut.

"Alhamdulillah, saya masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Idola Kecil. Kehadiran lebih 3,000 peserta sangat memberansangkan. Bayangkan, ketika uji bakat dilakukan, ada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menyanyikan lagu Adele iaitu Rolling In The Deep sambil bermain gitar.

"Dia berjaya memukau semua orang. Justeru, Idola Kecil tahun ini antara rancangan yang perlu anda saksikan kerana kita semua pasti terkejut melihat kebolehan setiap peserta yang ada," katanya lagi.(KOSMO)
Read more...

Budak maut dirempuh guru


MOHD. ZAMRI (kanan) mengangkat mayat Nor Afina (gambar kecil) yang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

KEPALA BATAS - Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya dikatakan pecah selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta dalam kejadian di luar Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu di sini semalam.

Kejadian pukul 12.10 tengah hari itu menimpa Nor Afina Khalida Zamri, 3, ketika dia sedang duduk di atas motosikal bersama bapanya, Mohd. Zamri Hashim, 36. Ketika itu, dua kakaknya, Nor Ellys Najwa, 9, dan Nor Alia Farhana, 7, baru hendak menaiki motosikal tersebut.

Tanpa diduga, motosikal itu terus dirempuh sebuah kereta dipandu seorang guru sebuah sekolah di Kuala Muda yang terbabas menyebabkan Nor Afina tercampak sebelum digilis kenderaan terbabit.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Supritendan Suhaimi Mohd. Noor berkata, kereta itu hanya berhenti selepas bergesel dengan sebuah lagi kenderaan yang diletakkan di luar sekolah.

Katanya, sebaik diperiksa, mangsa yang tinggal di Kampung Permatang Rawa di sini didapati tidak lagi bernyawa akibat cedera parah di kepala.

"Dua kakak mangsa mengalami luka di beberapa bahagian badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kepala Batas manakala Mohd Zamri tidak cedera.

"Pemandu kereta itu yang cedera turut dirawat di hospital itu sebelum dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai dan membahayakan," katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakau Tua di sini semalam.(KOSMO)
Read more...

MKN kerah 30,000 anggota hadapi banjir



KOTA BHARU – Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersiap sedia mengerah seramai 30,000 anggota untuk misi menyelamat sekiranya berlaku banjir di negeri ini ekoran angin Monsun Timur Laut yang mula melanda dan membawa hujan lebat sejak seminggu lalu.

Setiausaha MKN Kelantan, Roslee Mamat (gambar) berkata, selain anggota menyelamat, semua kelengkapan logistik juga telah disediakan dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Jelas beliau, pengalaman menangani bencana banjir yang berlaku sejak bertahun-tahun lalu menyebabkan MKN sentiasa bersedia untuk memastikan semua rakyat yang terjejas dapat diberikan bantuan segera.

“Kita telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Banjir bulan lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan, NGO dan swasta bersedia pada bila-bila masa jika banjir melanda.

“Seramai lebih 30,000 anggota akan terlibat dalam misi menyelamat mangsa banjir tahun ini yang melibatkan pakar komunikasi, pakar penyelamat, pakar keselamatan dan pakar kebajikan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Roslee berkata, antara kelengkapan logistik yang sudah ada untuk digunakan adalah sebanyak 116 buah lori, 269 pacuan empat roda, 40 van, 143 bot dan tujuh helikopter yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk bantuan menyelamat.

Sementara itu, tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meluluskan peruntukan awal RM176,696 untuk perbelanjaan makan dan minum semua mangsa banjir yang akan ditempatkan di 729 pusat pemindahan banjir yang akan dibuka nanti.(KOSMO)
Read more...

Amil serah diri kerana keluarga malu


JOHOR BAHRU - Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, bekas imam di sebuah masjid di Kulaijaya di sini akhirnya menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan wang zakat fitrah tahun lepas.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail, bekas imam itu, dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Katanya, suspek bertindak demikian apabila dihubungi ahli keluarga yang memujuk agar dia menyerah diri setelah malu wajahnya disiarkan di televisyen dan akhbar.

"Hasil siasatan awal polis mendapati suspek mengaku selama ini dia berada di Ipoh, Perak dan bekerja sebagai guru tahfiz.

"Dia kini ditahan untuk membantu siasatan dan reman akan dibuat esok (hari ini).

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana membantu kami menyiarkan maklumat sehingga suspek sendiri membuat keputusan menyerah diri kepada polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan polis sedang memburu suspek yang dipercayai terlibat dengan penipuan wang zakat tahun lepas.

Suspek yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya disyaki gagal menyerahkan kembali wang kutipan zakat sebanyak RM18,000.

Sementara itu, Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, satu mesyuarat akan diadakan minggu hadapan untuk mencari sistem terbaik bagi mencegah insiden penipuan wang zakat daripada berulang.

Katanya, meskipun kes penipuan yang membabitkan suspek merupakan kes terpencil, namun ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik banyak pihak.

"Seingat saya, ini merupakan kes pertama seumpamanya yang berlaku di MAIJ tetapi kami akan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

"Saya akan memanggil semua pegawai saya minggu hadapan dan mengadakan mesyuarat bagi memperkemas sistem kutipan dan penyerahan wang zakat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Zainal, pada mesyuarat terbabit, pihaknya akan cuba mencari jalan mendapatkan kembali wang kutipan zakat yang dilaporkan hilang itu.

Katanya, kutipan zakat sepatutnya diserahkan kepada MAIJ sebaik sahaja selesai tempoh bayaran tetapi disebabkan cuti perayaan dan kesibukan, wang tersebut seringkali lewat diserahkan.

"Mungkin selepas ini kami akan tetapkan wang kutipan diserahkan seminggu sekali dan tidak perlu menunggu sehingga habis tempoh kutipan ataupun mana-mana amil yang dipertanggungjawabkan tidak boleh menyimpan wang melebihi RM10,000 atau sebagainya," katanya.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap semua Majlis Agama Negeri berhati-hati dalam memilih dan seterusnya melantik golongan amil bagi mengutip wang zakat pada masa akan datang.

Menurutnya, walaupun setiap tahun diadakan semakan berkenaan pemilihan golongan amil oleh setiap negeri tetapi ia perlu dilakukan dengan lebih teliti bagi membendung masalah ini berulang.

"Soal songlap duit ia tidak kira siapa, jadi pihak majlis agama kena berhati-hati pada pelantikan golongan amil pada masa akan datang," katanya di sini semalam.(KOSMO)
Read more...

Bakal jadi bapa - Tomok

TOMOK bakal ke London untuk menjalani penggambaran klip video bersama band One Night Only pada November ini.

USAI menjalani penggambaran filem Istanbul Aku Datang, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, gembira bukan kepalang saat kakinya kembali menjejak bumi Malaysia.

Gembiranya dilahirnya dalam panjat syukur atas nikmat dan rezeki sulung yang dilimpahkan yang Maha Esa, akhirnya tidak lama lagi Tomok juga bakal menukar statusnya menjadi bapa.

Biarpun usia kandungan isterinya, Siti Rahayu Abas, 32, baru mencecah dua bulan, keterujaan luar biasa dilihat dari raut wajah pemenang rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu.

“Saya berada di Istanbul selama dua minggu dan pada minggu pertamanya saya mendapat panggilan telefon dari Malaysia pada pukul 5 pagi.

“Debaran cemas bertukar ceria apabila isteri memaklumkan dia mengandung selepas membuat ujian menggunakan alat pengesan kehamilan,” katanya yang ditemui ketika majlis sidang akhbar pengumuman 30 lagu ke separuh akhir Muzik-Muzik 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Hadiah paling bermakna buat dirinya itu disimpan untuk pengetahuan pasangan suami isteri itu saja sepanjang tempoh Tomok berada di Istanbul, Turki.

Namun, sepanjang tempoh seminggu berbaki di bumi anbiya itu sang suami tidak putus-putus menanyakan khabar si isteri di tanah Malaysia.

“Gembira tidak terkata selepas dapat tahu berita gembira itu, selepas khabar itu saya macam tidak boleh tidur malam dan setiap hari bertanya khabar dia,” luah Tomok yang melangsungkan perkahwinannya dengan Ayu pada 1 Julai lalu.

Pulang dari Istanbul, pasangan sejoli itu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan yang tepat mengenai status kandungan isterinya.

“Selepas pemeriksaan, doktor mendapati isteri saya sah mengandung dua bulan dan selepas itu barulah kami suami isteri memaklumkan khabar gembira ini kepada keluarga terdekat,” ujarnya yang sememangnya bersedia menimang cahaya mata.

Terkini, isterinya Ayu sekadar muntah-muntah namun belum mengidam makanan yang pelik-pelik. Betapa terujanya Tomok apabila dia pula mengambil tugas Ayu membuat kerja rumah.

“Katanya, badan selalu tidak selesa dan sekarang saya akan membantunya membuat kerja rumah, buat masa sekarang saya memintanya berhenti bekerja seketika sehingga selepas dia bersalin,” ceritanya yang tidak kisah dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan.

Bagaikan Bidadari

Menerusi separuh akhir Muzik-Muzik 26, Tomok turut tercalon menerusi lagu Bagaikan Bidadari.

Lagu ciptaan komposer Aubrey Suwito dan lirik olehnya sendiri itu akan berentap bersama 10 buah lagu lain pada separuh akhir kedua, 25 November ini.

“Insya-Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk melengkapkan hatrik saya ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas lagu Berlari (AJL 25) dan Rindu Terhenti (AJL 24),” getus Tomok menyimpan impian.

Tomok dalam pada itu, sedang membuat persiapan mengadakan penggambaran klip video bersama band One Night Only di London pada bulan November ini.

Selain terlibat dalam Bidadari, dia juga akan mengadakan konsert sempena Kempen Buka Semangat TV3 & Coca Cola pada hujung tahun ini.(KOSMO)
Read more...

Friday, October 28, 2011

Website FAM Kena Hack Kerana Naikkan Harga Tiket

Website FAM yang beralamat di laman sesawang www.fam.org.my di hack oleh peminat bola sepak kerana menaikkan harga tiket perlawan akhir piala malaysia.
Di bawah ni magic sertakan gambar yang di Print screen oleh magic:



(magic: semua benda nak naik harga ni,ape yang turun? hujan jer la..)
Read more...

Tag dan Di Tag

Assalamualaikum.. ermm..ape magic nak cakap eh?? ermm..terkejut nih sebab belum pernah lagi
magic di jemput join benda2 gini..nampak macam best..TQ nunana kerana sudi tag magic,sedaya upaya akan magic cuba yer.. But ada syaratnya, checkidot..

the rules
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the Questions the tagger set for you
4. Create 11 NEW Question for the people who you tagged to answer
5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post
6. NO TAG back yeah

Ada apa dengan Magic yer?

1.Magic asal dari pantai timur,merantau cari ilmu di utara.
2.Suke donlod movie baru,(save duit tgk wayang)hehe.
3.Magic mempunyai daya sensitiviti yg tinggi (sensitif dgn persekitaran lah).
4.Magic suka lappy toshiba n ada sebijik,abah yang belikan masa dapat tawaran belajar.
5.Suka angry bird,ketagih...kalau level x lepas kompom x gerak kerja lain..haha
6.Suka blogwalking & copy paste blog rakan..hahaha.
7.Salu tinjau FB tp xsuka FB..(ye ker ni?)
8.Suka berborak,kalau dah mula 3 hari 3 malam blm habis..
9.Tak suka marah,pendam jer..lepas dah tido,bangun nanti hilang lah yg di pendam 2..
10.Suka ramai kawan di sisi.
11.Teringin nak kuasai bahasa mandarin..(ada sesaper nak tlg ajarkan?)

Sesi menjawab soalan Nunana

1. korang pernah / teringin bela haiwan? haiwan apa and kenapa?
-Pernah dan masih bela kucing..sebab kucing manja n comei..(teringin bela rimau)

2. korang suka hospital? kenapa?
-Tak suka.ada peristiwa menakutkan..hehe. (Nak tau kna jumpa magic berdepan)

3. apa pendapat korang tentang nurse?
-nurse? suke tgk nurse,cantik dalam seragam,.ramai kwn magic jd nurse.

4. kalau ada sepasang kekasih (remaja) yang berkelakuan macam
orang yang dah kawin, korang akan tegur ke tak? kenapa?
-Sangat tak suka perkara ni,mengutuk keras.tp tak tegur berdepan,salunya kutuk dalam hati,2 jer yang magic mampu.

5. jujur ngan aku, korang khusyuk ke tak semasa solat? haha.
-hahaha...malu magic nk jawab,senang citer blm mencapai tahap khusyuk 100% dan sedang cuba untuk itu

6. pada pendapat korang, kenapa kes penceraian semakin meningkat?
-pasangan tak setia,maklum la zaman kecanggihan teknologi nih banyak halangan,bagi yg lemah,maka akan berakhir dengan perceraian.

7. apa tujuan korang hidup kat dunia ni?
-menjadi khalifah di muka bumi,tempat mencari bekalan secukupnya untuk The day Here After.

8. adakah korang amalkan pemakanan seimbang? atau...fast food je?
-jarang sekali seimbang..fast food pn jarang jugak..hahaha

9. adakah korang ingat dan mesej/call parents setiap hari?
-errrr....yang ni..takder la sampai setiap hari..tp ada la hubungi seminggu sekali(purata)

10. korang rasa manusia boleh hidup tanpa kawan?
-Analisis terhadap diri magic sendiri,hasilnya tak boleh.manusia tak boleh hidup sendirian,memerlukan teman atau pasangan..dah lumrah Allah menjadikan manusia hidup berpasang pasangan(secara halal).. tak tau la kot ada yang blh hidup sendirian.

11. adakah korang sudah bersedia untuk mati?
-uihh...soalan!! ermmm...tipu la kalau cakap dah sedia..amalan blm cukup lg..

Hahahaha..sekarang magic plak bertanya

1.Korang lelaki ke perempuan?
2.Dah ada pasangan? oittt..jangan tipu..
3.Tahu dan Fasih berbahasa mandarin tak? (ajarkan magic kalau yer)
4.Apa jenis maklumat atau info yang anda suka? (cth: hiburan ker,berita ke,gosip ke,kesihatan ke)
5.Bagaimana cara anda menghadapi orang yang anda tak suka?
6.Bagaimana pula anda menghadapi orang yang tak suka anda?
7.Kerjaya impian anda?
8.Apa anda pikir kalau ada manusia pandang anda pastu bisik2 nga member2 diorang?
9.Brand & spec Lappy atau pc yang anda guna?
10.Antara sahabat dan kekasih,mana pilihan anda? hehehe
11.Komen anda berkaitan blog magic.

*11 orang pilihan magic,get ready*
1.PaaDuu
2.eira
3.cikgu sopan
4.Budaksombong
5.Lisa Afha
6.Cerita bahagia
7.aku budak geografi
8.syafiqakarim
9.farezarozain
10.Bieaz
11.nanadya
Read more...

Thursday, October 27, 2011

Tok Guru & nasi bungkus RM2.50

Assalamualaikum W.B.T, tadi magic tengah berFB tetiba ada sahabat magic bagi link gambar.. Gambar sape?? Sape lagi,tok guru la..jom terjah.. ---->>>


ni aku copy paste 100% dari FB tersebut :

Mohd Rashidi Hassan
"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.

Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.

Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.

Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.

Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.

Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.

Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.

Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.

Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.

Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.

Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.

"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.

Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.

Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.

Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?

Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?

Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?

Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.

Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini.

To Najib, please be yourself

Sumber KPN
Read more...

Ringan-Ringan Sebelum Kahwin


Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.


Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, begi isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟

فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respon : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah. Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”
(HR. Bukhori-Muslim)-diarihati.com
Read more...

Otak Berulat Akibat Makan Sushi


nilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya.


Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.


Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).
sumber–blogammar.com
Read more...

Makna Bila Kita Potong Kuku


Barang siapa yang memotong kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya potong kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. Bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

sumber: Mufakkiratul Mukmin
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...