Tips Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadhan | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Sunday, July 22, 2012

Tips Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Sahur & Berbuka dengan sihat
Selain tempoh tidak makan yang lebih panjang, tidak ada beza dari aspek pemakanan pada bulan puasa dan bukan bulan puasa. Justeru individu perlu terus mengamalkan pemakanan sihat dengan memastikan sajian diambil, segar selain teknik masak sihat dan kurangkan makanan berminyak dan berlemak.






Bersahur
 Juadah sahur perlu lengkap, bukannya ala kadar seperti minum air kosong semata-mata. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yang baik membuatkan puasa lebih sempurna kerana anda tidak akan terlalu letih.
 Makanan berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan individu tidak mudah lapar.
 Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan selain dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi ketika menjalani ibadat berpuasa.

Air Kosong
 Amalkan minum banyak air kosong pada bulan puasa.
 Minumlah tiga gelas air ketika bersahur dan lima gelas air bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum tidur.
 Air juga mengelakkan daripada sembelit.

Menu
 Pilih makanan yang boleh menaikkan kadar gula dalam darah dengan kadar segera seperti buah kurma.
 Kurma dilihat sajian terbaik. Kerana ia mempunyai karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dengan cepat di dalam darah yang turun akibat berpuasa selama 14 jam.
 Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk dan lesu. Justeru kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.
 Kurangkan makanan diproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Selepas melaksanakan solat Maghrib, anda boleh mengambil makanan yang sihat lengkap seimbang seperti nasi, ikan, daging, tauhu, tempe dan sayur-sayuran.

Seimbang
 Makan terlalu banyak atau terlalu sikit boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Justeru, patuhi bilangan sajian yang disarankan untuk setiap kumpulan makanan di dalam piramid. Ini akan memastikan individu mendapat jumlah tenaga dan nutrien yang cukup betul walaupun berpuasa.

Kepelbagaian
 Pilih kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan. Makanan berlainan memberikan kombinasi dan nutrien yang berbeza. Penuhi keperluan dengan memberi pelbagai makanan dalam warna, perisa, tekstur dan sebagainya. Kepelbagaian turut mengelakkan kita daripada bosan dengan makanan yang sama setiap hari. (Berita Harian 19 Julai 2012)

(magic : Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia dan planet... semoga Ramadhan kali ini membawa barokah kepada kita semua..puasa jangan tak puasa tau..!! )

1 rungutan:

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. cara makan vitamin yang betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...