MagiC MenCari KeajaibaN: 2012

klik sini

Ruangan Churp

Thursday, November 22, 2012

Si Burung Kecil atau Seekor Cicak?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ni magic ambil dari FB rakan untuk di kongsi bersama pembaca. Tengah syok ber'FB' magic terbaca 1 post yang menarik perhatian magic. Oleh itu, magic kongsikan disini untuk tatapan pembaca sekalian.



Maaf, sekadar bacaan: 
Cerita Khas untuk Penggemar McD, jom baca, serius best.. ^_^ 

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim) 

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit. 

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula. 

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir. 

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). 

Adakah anda seperti si burung kecil atau seekor cicak? 

Sumber: JAKIM di BH 28/07/2010 

 ********************************** *********************************************

 So nak makan McD lagi? Nanti tolong prepare jawapan time Allah soal engkau di akhirat kelak: "Apakah yang telah engkau lakukan untuk agama Allah ketika Gaza (Palestin) diserang?" 

Mungkin engkau merasakan tindakan boycott ini kecil dan impaknya kecil, tapi takpa. Engkau nak main jawapan dengan Tuhan? 

 ********************************************************************************

Jika anda rasa bermanfaat, kongsikan lah...moga ada hati yg 'terketuk'. Hasil bukan persoalannya tetapi usaha. Anda yang pilih, nak atau tak nak.
Read more...

Wednesday, November 21, 2012

Pengerusi Aqsa Syarif : Boikot Barangan Israel ! (Video)


Assalamualaikum.
Dah lama rasanya magic tidak mengupdate blog ni. Hari ni magic terpanggil untuk berkongsi tentang isu boikot.



Sejak kebelakangan agak panas tentang isu boikot produk yang 'support' Israel atau Zionis yang berkait rapat dengan kekejaman di Gaza terutamanya syarikat Fast Food gergasi dunia McD yang mana sebahagian pendapatannya disalurkan kepada Zionis.

Ramai yang ambil inisiatif untuk memboikot, tidak kurang juga yang buat tak kisah dengan isu ini dan ada pula yang bergaduh dan memperlekehkan usaha memboikot ini. Ramai dikalangan kita belum tahu mengapa perlu boikot McD? bagaimana dengan syarikat Yahudi lain? berikut ialah penjelasan Dr. Hafidzi Mohd Nor Pengerusi Aqsa Syarif Berhad tentang isu ini:--->



(Magic : Ya Allah, hancurkanlah Zionis Laknatullah.)

Credit to Aqsa Syarif FB




Read more...

Wednesday, August 15, 2012

Keistimewaan Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.





1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Kredit Zaidimokhtar.com

Jomberita.com

Read more...

Tuesday, August 14, 2012

Dakwah 6ixth Sense


Tak gentar hilang peminat dengan album baru berkonsep kerohanian

Tidak takut kehilangan peminat kerana perubahan genre muzik yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian, kumpulan 6ixth Sense yakin langkah berani mereka itu mampu menarik perhatian pendengar baru.




Selepas tiga single dalam album terbaru iaitu Penerang Hati duet bersama Saujana, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta diedarkan, kumpulan yang ditunjangi Adi sebagai vokalis, Gjie (gitar utama), Wan (dram), Athan (gitar kedua) dan Ayoy (bes), mengakui menarik perhatian lebih ramai pendengar terutama peminat nasyid.

Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik” - 6ixth Sense, Penyanyi


Menemui kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta ini pada majlis pelancaran album terbaru Tentang Kita di Restoran Tumis, Solaris Dutamas, mereka sepakat memilih arah ini untuk sama-sama menyebarkan dakwah secara santai.

Album paling sukar diterbitkan
“Kami tahu, kami bukanlah baik sangat seperti alim ulama kerana apa yang kami sampaikan melalui album ini pun secara santai saja.

“Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik. Tapi apa salahnya kami mencuba sesuatu yang berbeza berikutan keadaan pun sudah mengizinkan,” katanya.
Adi berkata, dari dulu lagi, 6ixth Sense pernah menyampaikan lagu kerohanian seperti Menyesal, Cinta Matiku dan Cinta Yang Sempurna cuma mesejnya tidak terlalu serius.

“Album ini sebenarnya tidak serius kerana kami hanya menyampaikan yang asas saja seperti cinta kepada tuhan, nabi dan ibu bapa,” katanya.

Adi berkata, album itu mengambil masa tiga bulan saja untuk siap dengan proses pembikinan bermula September tahun lalu.

“Kami akui album ini adalah yang paling sukar untuk dihasilkan kerana takut berlebihan. Kami juga tidak biasa dengan genre begini mujur kami mendapat bantuan dari kumpulan nasyid seperti Saujana,” katanya.

Mahu terbit banyak album kerohanian

Album Tentang Kita adalah adalah simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan. Tidak kira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Ia juga menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam melalui lagu berunsur nasihat dan panduan berguna. Malah penyertaan Saujana dalam album ini menyemarakkan lagi nilai kerohanian album berkenaan.

Memuatkan tiga lagu lain iaitu Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang dan Rasulullah, susunan muzik yang direncana sendiri oleh anggota 6ixth Sense ini pastinya mengekalkan keunikan mereka.

Antara lagu yang turut terbabit dalam album ini adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz.

Sementara itu, dengan kejayaan album ini, 6ixth Sense menyimpan hasrat untuk menghasilkan album kerohanian yang lebih serius lagi selepas ini. Tidak mahu hanya menyampaikan lagu pop, mereka mahu pelbagai genre dapat didengari peminat dari genre dangdut hinggalah reggae.

Info 6ixth Sense
Album : Tentang Kita (Penerang Hati, Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta)
Genre : Pop/Kerohanian/Rock
Album lalu : Hari Ini (2006), 6ixth Sense (2007) dan +-?¿ (2010)
Rekod Label : Rumpun Record Snd Bhd, Universal Sdn Bhd
Lagu popular : Tidak Bisa Memilihmu, Tanpa, Khatimah Cinta, Menyesal, Hari Ini Dan Semalam
Pencapaian : Penyanyi Duo/Kumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

(Berita Harian 14/8/12)

Read more...

Sunday, July 22, 2012

Tips Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Sahur & Berbuka dengan sihat
Selain tempoh tidak makan yang lebih panjang, tidak ada beza dari aspek pemakanan pada bulan puasa dan bukan bulan puasa. Justeru individu perlu terus mengamalkan pemakanan sihat dengan memastikan sajian diambil, segar selain teknik masak sihat dan kurangkan makanan berminyak dan berlemak.






Bersahur
 Juadah sahur perlu lengkap, bukannya ala kadar seperti minum air kosong semata-mata. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yang baik membuatkan puasa lebih sempurna kerana anda tidak akan terlalu letih.
 Makanan berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan individu tidak mudah lapar.
 Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan selain dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi ketika menjalani ibadat berpuasa.

Air Kosong
 Amalkan minum banyak air kosong pada bulan puasa.
 Minumlah tiga gelas air ketika bersahur dan lima gelas air bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum tidur.
 Air juga mengelakkan daripada sembelit.

Menu
 Pilih makanan yang boleh menaikkan kadar gula dalam darah dengan kadar segera seperti buah kurma.
 Kurma dilihat sajian terbaik. Kerana ia mempunyai karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dengan cepat di dalam darah yang turun akibat berpuasa selama 14 jam.
 Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk dan lesu. Justeru kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.
 Kurangkan makanan diproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Selepas melaksanakan solat Maghrib, anda boleh mengambil makanan yang sihat lengkap seimbang seperti nasi, ikan, daging, tauhu, tempe dan sayur-sayuran.

Seimbang
 Makan terlalu banyak atau terlalu sikit boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Justeru, patuhi bilangan sajian yang disarankan untuk setiap kumpulan makanan di dalam piramid. Ini akan memastikan individu mendapat jumlah tenaga dan nutrien yang cukup betul walaupun berpuasa.

Kepelbagaian
 Pilih kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan. Makanan berlainan memberikan kombinasi dan nutrien yang berbeza. Penuhi keperluan dengan memberi pelbagai makanan dalam warna, perisa, tekstur dan sebagainya. Kepelbagaian turut mengelakkan kita daripada bosan dengan makanan yang sama setiap hari. (Berita Harian 19 Julai 2012)

(magic : Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia dan planet... semoga Ramadhan kali ini membawa barokah kepada kita semua..puasa jangan tak puasa tau..!! )

Read more...

Tips Apabila Dirompak







1. Bunyikan alat penggera atau tiupkan wisel untuk menarik perhatian orang lain.
2. Semburkan pepper spray ke arah perompak terutama bahagian muka.


3. Jangan bertindak jika perompak mempunyai senjata.(keselamatan diri lebih penting).
4. Bertenang dan bertindak bijak.
5. Perhatikan gerak geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu pihak polis mengesan perompak berkenaan.
6. Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak melarikan diri.
7. Jika perompak menggunakan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
8. Jika dipaksa mengeluarkan wang daripada ATM, masukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik. Walaupun wang dikeluarkan, tetapi bank memahami isyarat itu dan menyalurkannya kepada polis.
9. Untuk sebarang kejadian rompakan, hubungi polis dengan segera.
Berita Harian 19 Julai 2012
(magic : sayangi nyawa anda, jangan biarkan orang tersayang beraya tanpa anda.. bersama banteras jenayah.. :P)

Read more...

Thursday, July 19, 2012

Tuan Guru Nik Aziz setuju kempen pilihanraya tak guna bendera


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setuju jika kempen pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti yang dilaksana di Thailand.

Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan.








"Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen pilihan raya berlangsung.

"Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah...tak cantik," katanya kepada pemberita di Kota Baharu malam tadi.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti.

Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

- Bernama

Read more...

Jaminan FAM Adili dengan Telus kekasaran terhadap Ghaddar


Kes ‘kekasaran melampau’ dua pemain Selangor

Kuala Lumpur: Kes ‘kekasaran melampau’ dilakukan dua pemain Selangor - Amri Yahyah dan Bunyamin Umar - terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada Liga Super 29 Jun lalu akan diadili dengan telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk media. Jaminan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, semalam.






Beliau berharap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu pun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penyokong masing-masing menerima keputusan dibuat jawatankuasa itu dalam perbicaraan yang dijangka diadakan pada awal bulan depan.

“Jangan risau, keputusan kami nanti bergantung kepada penelitian rakaman video insiden membabitkan ketiga-tiga pemain berkenaan. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib nanti. Ia akan dinilai dengan seadilnya,” katanya.

BH Sukan difahamkan, perbicaraan itu tertumpu kepada insiden Amri menumbuk kemaluan Ghaddar dan Bunyamin menumbuk muka penyerang dari Lubnan itu kerana jawatankuasa hanya menerima aduan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Insiden membabitkan kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha bersama Ghaddar, tiada dalam senarai.
“Saya belum tetapkan lagi tarikh perbicaraan. Kita tidak boleh buat minggu depan kerana Amri dikhabarkan menyertai Piala Java sehingga 29 Julai.

“Mungkin pada awal bulan depan selepas pemain itu pulang daripada menyertai kejohanan berkenaan,” katanya. Ditanya sama ada Ghaddar yang dilihat melakukan provokasi terlebih dahulu ketika ketiga-tiga insiden itu, Taufik berkata: “Tunggulah perbicaraan nanti. Saya tak boleh komen sekarang.” (BH online)

Read more...

Sunday, June 10, 2012

Panggilan Hadiah Tunai Dari CELCOM




Assalamualaikum.. dah lama rasanya magic tak hapdate blog disebabkan kekangan masa.maklumlah semester last pengajian.. Kali ni magic bukan nak cerita pasal pengajian..tetapi panggilan yang magic terima tadi tepat jam 04.00 petang.







Pemanggil tersebut mendakwa beliau dari CELCOM Kuala Lumpur..
berikut ialah dialog telefon antara magic dengan pemanggil tersebut :

pemanggil : Hello, saya Haji xxxx dari Celcom Kuala Lumpur, pihak kami telah menjalankan pertandingan yang berbentuk cabutan bertuha..

magic : ah ha..ye?

pemanggil : dalam pertandingan tersebut nombor telefon encik telah terkena cabutan bertuah berjumlah Rm5000..



magic : haaa??

pemanggil : nombor telefon encik telah memenangi cabutan bertuah Rm5000..

magic : emm...ye? (dengan nada biasa)

pemanggil : NOMBOR TELEFON ENCIK TELAH MEMENANGI HADIAH RM5000 (nada yang agak keras)..

magic : o0o..hadiah..?

pemanggil : encik nak hadiah ke tak nak? (agak bengang suaranya)

magic : macam ni encik, no. sy guna bukan atas nama saya, jadi hadiah 2 atas nama sape?

pemanggil : hadiah tu atas nama PUKIMAK kau.. tuttt (dengan nada keras langsung panggilan di matikan)

pemanggil tersebut bercakap bahasa Malaysia tapi ada pelat Indonesia di situ, menggunakan private number..jelas dan nyata pemanggil tersebut bukan dari CELCOM, apa yang magic ingin sampaikan ialah masih ada lagi penipuan sebegini dan jelas ianya dilakukan oleh warga asing.

Kalau magic terpedaya dengan panggilan tersebut, semestinya pamanggil tersebut menyuruh magic bank in sejumlah wang ke akaun tertentu sebagai caj urus transaksi dan kemudian lesap..hangusss..

Magic harap masyarakat diluar sana tidak mudah tertipu dengan panggilan sebegini, sebaiknya siasat dahulu sebelum menerima. jangan pula menyesal kemudian hari.. kepada pihak berwajib, diharapkan cari jalan penyelesaian agar penipuan melibatkan media seperti telefon dapat diatasi..

(magic : nasib baik masa terima call tengah makan KFC,x de la excited sgt dgr Rm5000..hahaha)


Read more...

Wednesday, May 30, 2012

TAFSIR AL- FATIHAH






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ayat 1: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Basmalah ialah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah. Membacanya dalam solat adalah wajib. Jika tidak cukup walaupun satu huruf, maka batallah solatnya. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “setiap perkara yang baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”


Ayat 2: Segala pujian hanya bagi Allah tuhan seluruh alam
Alhamdu itu memberi erti segala jenis puji, baik pujian yang kecil, yang besar, apa jua pujian pun, terkandung dalam alhamdu. Lillahi yang bermaksud hanya semata-mata untuk Allah s.w.t, sebab itu apabila dijadikan ia satu ayat, ia membawa maksud segala pujian bagi Allah swt. Tiada yang lain selain Allah swt yang berhak mendapat pujian meskipun kita pada zahirnya kekadang memuji manusia, kerana Allah swt yang memberi keizinan kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu dengan qudrat iradatnya.

Ayat 3: Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Ar-Rahman” merupakan nama yang bersifat umum meliputi segala macam bentuk rahmat. Nama ini dikhususkan bagi Allah swt semata-mata. “Ar-Rahim” (memberikan kasih sayang) hanya kepada orang-orang yang beriman. Berkenaan dengan hal ini, Allah swt berfirman: “Dan Dia-lah yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”

Ayat 4: Pemilik Hari Pembalasan
Yaumud Diin (hari pembalasan) merupakan hari perhitungan bagi semua makhluk. Ia disebut juga hari kiamat. Pada hari itu mereka diberi balasan sesuai dengan amalnya. Jika amalnya baik maka balasannya pun baik. Jika amalnya buruk, maka balasannya pun buruk kecuali bagi orang yang diampuni.

Ayat 5: Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Ibadah merupakan maqam (kedudukan) yang sangat agung yang dengannya seorang hamba (‘abd) menjadi mulia. Kerana dengan ibadat tersebut ia menyandarkan dirinya kepada Allah swt saja. Allah swt sendiri telah menyebut Rasul-Nya saw sebagai hambaNya dalam maqam yang mulia, sebagaimana dalam firmanNya: “Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam.”

Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus
Dalam konteks ini, maknanya adalah berikanlah ilham kepada kami, berikanlah rezeki kepada kami, berikanlah rezeki kepada kami atau berikanlah anugerah kepada kami.

Ayat 7: (iaitu) Jalan-jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Tunjukanlah kepada kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah Engkau memberikan nikmat kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang memperoleh hidayah, istiqamah, taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Bukan jalan orang-orang yang mendapat murka, iaitu mereka yang tidak memiliki niat yang baik. Mereka mengetahui kebenaran namun menyimpang darinya. Bukan juga jalan orang yang sesat, iaitu orang-orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan, sehingga mereka berada dalam kesesatan dan tidak mendapatkan jalan menuju kebenaran.

Read more...

Monday, May 07, 2012

Ustaz Budak: Saya difitnah

Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri
MACHANG - Setelah lima bulan, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau menyamakan Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW.

Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.






Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.

”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.

”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.

Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.

Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan­ dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.

Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.

Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman­ kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.

Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.

”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.

”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.

Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.

Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.

“Saya tidak gementar dengan ujian­ ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.

Wawancara bersamaUstaz Budak akan disiarkan esok. (Sinar Harian)

Read more...

Monday, April 09, 2012

BICARA BUAT SEORANG SULTAN


BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…






raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

plz share ..

from HANYA AGAMA ISLAM DI SISI ALLAH
(Sumber di sini)

Read more...

Friday, March 23, 2012

Taman Tema Angry Birds

PERMAINAN mudah alih Angry Birds paling banyak dimuat turun.

Usaha perluas permainan mudah alih menjadi jenama ala Disney
ROVIO, syarikat yang menghasilkan permainan Angry Birds bekerjasama dengan peruncit utama AS untuk menjual barangannya dan merancang untuk membuka taman tema di Britain dalam usaha untuk meluaskan permainan mudah alih menjadi jenama ala Disney.
Ketua Pemasaran bagi syarikat dari Finland yang menghasilkan permainan paling banyak dimuat turun, Peter Vesterbacka, berkata Rovio tidak hanya dilihat sebagai syarikat permainan, malah sebagai jenama hiburan.






“Kami mahu menjadikan Angry Birds sebagai sebahagian daripada satu budaya pop yang kekal,” katanya dalam satu temubual di London yang turut membandingkan dengan jenama Sanrio iaitu Hello Kitty atau Nintendo Mario.

“Kami baru saja bermula,” tambahnya.

Angry Birds, permainan mudah alih melastik burung, dimuat turun lebih daripada 700 juta kali dan menjadi permainan paling pantas berkembang di Facebook.

Profil Rovio meningkat mendadak tahun lalu dengan menumpang permainan animasi hit dari filem Rio yang dihasilkan 20th Century Fox, News Corp.
Nilai syarikat itu dianggarkan mencecah AS$9 bilion, tinggi sedikit berbanding dua tahun lalu iaitu selepas Angry Birds mula dikeluarkan untuk iPhone.

“Ia adalah tekaan terbaik,” kata Vesterbacka yang membandingkan Rovio dengan pembuat permainan Facebook, Zynga yang menjadi syarikat awam pada Disember dengan nilai pasaran sebanyak AS$9.6 bilion.

Kini, Rovio memeterai perjanjian dengan peruncit utama AS untuk memasarkan alat mainan, buku dan kemeja-T di beribu kedai di seluruh negara, selaras dengan pelancaran permainan Angry Birds Space terbaru minggu ini.

Syarikat itu turut merancang untuk membuka kedai runcitnya di China tidak lama lagi.

Rovio enggan memberitahu nama peruncit AS itu sebelum membuat pengumuman rasmi mengenainya, namun begitu berkata, ia akan menjadi kerjasama terbesar berbanding pakatan sedia ada iaitu Barnes & Noble, yang mana pelawat yang melawat kedai terbabit boleh mengambil kredit permainan secara percuma.

Rovio juga berkata, ia merancang untuk melancarkan taman tema aktiviti di Britain yang menjadi pasaran asal untuk permainan Angry Birds dan pasaran pertama luar dari Finland. Asia akan menjadi lokasi berikutnya.

Taman tema yang mana akan dibina secara perkongsian dengan pembuat peralatan taman permainan di Finland, Lappset, akan menampilkan buai yang diilhamkan dari Angry Birds, petak pasir, menara pendaki, gelungsur dan permainan arked luar.

“Kami tidak mampu untuk melabur berbilion untuk taman tema. Kami adalah syarikat kecil dari negara kecil,” kata Vesterbacka.

Rovio memiliki kira-kira 300 pekerja, meningkat sejak 50 tahun lalu dan terpaksa berpindah dari pusat Helsinki ke ibu pejabat baru lebih besar bersebelahan dengan pembuat telefon mudah alih Nokia.

Vesterbacka mengulangi bahawa Rovio tidak tergesa-gesa menjadi syarikat senaraian awam. Pembiayaan terakhir yang diperoleh adalah tahun lalu, iaitu sebanyak AS$42 juta menerusi modal teroka firma Accel, Atomico dan Felicis Ventures.

Beliau berkata, Rovio tidak memerlukan wang dan menaikkan modal utamanya untuk menarik pelaburnya seperti pengasas Atomico, Niklas Zennstrom yang juga Pengasas Bersama Skype.

“Tahun 2012 adalah yang paling sibuk. Ia seperti tahun lalu yang mana kami membina infrastruktur. Kami boleh membiayai sendiri pertumbuhan Rovio,” katanya.
-Reuters (Berita Harian)

Read more...

Sunday, February 12, 2012

Pemain bola telan 75 kondom berisi syabu

SITI Baya bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM1.6 juta yang dirampas di KLIA semalam.


SEPANG – Seorang warga Nigeria dipercayai pemain sebuah kelab bola sepak di negara itu ditahan selepas cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM200,000 dalam 75 kondom ke negara ini pada 9 Februari lalu.







Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang baru tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria ditangkap selepas dikesan menyembunyikan 75 bungkus dadah jenis syabu.

“Lelaki itu menyembunyikan bungkusan syabu seberat kira-kira 800 gram dengan menelannya. Taktik suspek bagaimanapun disedari selepas anggota JKDM membuat imbasan badan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Siti Baya berkata, dadah berkenaan dibungkus menggunakan kondom sebelum ditelan.

Setakat ini hanya 35 bungkusan kondom itu berjaya dikeluarkan.

Suspek ditahan di Hospital Serdang dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. (Kosmo Online)

Read more...

Wednesday, February 08, 2012

PERODUA bakal keluar model sedan


Semakan NAP benarkan syarikat hasilkan kereta 1.6 liter hingga 1.8 liter




SELEPAS 19 tahun menjadi pengeluar kereta kompak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijangka memperoleh kebenaran daripada kerajaan untuk mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin lebih tinggi daripada 1.5 liter tidak lama lagi.

Sumber berkata, kebenaran itu akan diberikan sebaik kerajaan selesai menyemak semula aturan perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak ketika penubuhan PERODUA pada 1993.


“Di bawah aturan itu, ia antara lain menyatakan PERODUA hanya dibenar mengeluarkan kereta kompak dengan kapasiti enjin di bawah 1.5 liter dan tidak boleh membuat atau memasang kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada yang ditetapkan.

“Namun begitu dengan semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang kini sedang dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan pasaran automotif tempatan lebih terbuka dalam setiap aspek rantaian industri kereta, kerajaan akan turut menyemak aturan perjanjian sedia ada itu dengan menarik semula larangan yang
dikenakan kepada PERODUA sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sumber berkenaan berkata, jika semakan semula aturan perjanjian itu membuahkan hasil positif, PERODUA akan mula memasang dan mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin antara 1.6 liter hingga 1.8 liter, sekali gus menandakan bermulanya penerokaan syarikat itu dalam segmen kereta sedan.
Sejak ditubuhkan, PERODUA hanya terbabit dalam pemasangan dan pengeluaran kereta segmen di bawah 1.0 liter (Kancil, Kelisa, Kenari dan Viva); 1.3 liter (Kembara dan Myvi); dan 1.5 liter (Alza dan Myvi Extreme).

Katanya, kebenaran itu kelak akan mempelbagaikan portfolio kereta di bawah PERODUA, dan mampu meningkatkan jualan serta daya saing syarikat dalam mempersiapkan diri menghadapi liberalisasi dalam pasaran automotif.

“Pengenalan model baru dengan enjin kapasiti yang lebih besar dijangka dimulakan dengan model prototaip, Bezza yang kali pertama dipertontonkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010,” katanya.

Katanya, pengenalan kereta dalam segmen baru itu juga dilihat amat logik dan bertepatan dengan peningkatan permintaan kereta sedan di kalangan pembeli kereta kali pertama di Malaysia, yang rata-ratanya terdiri daripada eksekutif muda dengan pendapatan lebih tinggi.

Sumber itu bagaimanapun berkata, walaupun PERODUA akan terbabit dalam pengeluaran kereta dengan enjin kapasiti lebih daripada 1.5 liter, ia tidak bermakna tumpuan terhadap pengeluaran kereta kompak dikurangkan.

“PERODUA tetap terus memberi tumpuan dalam segmen kereta kompak kerana ia adalah sumber kekuatan syarikat,” katanya.

Dari segi persiapan, sumber berkenaan berkata, PERODUA dijangka tidak berdepan sebarang masalah bagi mengeluarkan kereta kapasiti enjin yang lebih tinggi hasil sokongan berterusan rakan kongsi teknikalnya iaitu Daihatsu Motor Corporation Ltd (DMC).

Selain rakan kongsi teknikal, DMC juga adalah satu daripada pemegang saham utama dengan menguasai kepentingan 51 peratus dalam operasi pengeluaran PERODUA.

Pegawai Eksekutif Kanan DMC, Masahiro Fukutsuka, lewat Disember lalu dilaporkan berkata, syarikat yang berpangkalan di Ikeda, Osaka, Jepun itu merancang menjadikan PERODUA lebih bebas dalam aktiviti berkaitan pembangunan kereta yang mampu memenuhi permintaan pasaran serantau dan tidak terlalu bergantung dengan model Daihatsu.(Berita Harian)

Read more...

Beri ruang, peluang - Presiden KAFA


Annuar anggap kontroversi akan buat Khairul Fahmi lebih matang




“BERI ruang dan peluang buat Apek (Khairul Fahmi Che Mat) mengharungi usia mudanya bersama kerjaya sebagai pemain bola profesional!”
Itu permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan kontroversi membabitkan penjaga gol Kelantan dan kebangsaan itu satu cabaran yang perlu dilalui dan mampu membuatkan ‘hero Malaya’ itu lebih matang.


Apek dilanda pelbagai kontroversi termasuk terbaru mengaitkan konon dia menjadi punca hubungan pertunangan anak seorang pengusaha batik terkenal dengan gadis pemilik butik pengantin di Kelantan terputus tetapi Annuar beranggapan, Khairul Fahmi yang popular dalam masa singkat pada usia masih muda memang menjadi perhatian banyak pihak.

“Saya berpendapat Apek sedang melalui cabaran seiring usia dan kerjaya sebagai penjaga gol terkenal tetapi saya yakin pelbagai kontroversi ini akan membuatkan dia (Apek) lebih matang.

“Saya percaya, apa yang berlaku dan apa yang dia lakukan, tidak mempunyai sebarang maksud yang tidak baik,” katanya selepas memantau sesi latihan pemain The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Menurutnya, tidak banyak yang dapat dilakukan pihak pengurusan untuk membantu penjaga gol itu jika kontroversi itu membabitkan peribadi, namun KAFA sentiasa memberi nasihat dan sokongan demi kebaikan kerjayanya.
Akhbar semalam melaporkan, pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, menafikan pertunangannya bersama anak seorang usahawan di Kelantan, terputus disebabkan Khairul Fahmi. (Berita Harian)

Read more...

SPR jangka Parlimen bubar awal Mei 2012


Jawatankuasa Pilihan Khas PSC selesai cadangan April
PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.






Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.(Berita Harian)

Read more...

Tuesday, February 07, 2012

[Kisah Benar]: ANAK TAK KENANG BUDI....

'ANAK TAK KENANG BUDI....KURANG AJAR....ENGKAU MEMANG ANAK DERHAKA...!!!!'


Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)...Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut.....




Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.


"Masih saya ingat lagi ustaz.... bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini... yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

"Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya...sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut...katanya "Ayah...kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!" kata anak gadisnya merungut manja...sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab "nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis.... beli kelengkapan kamu...kita bukan orang senang..."

"Ok lah ok lah...tapi ayah beli cepat sikit tau...nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa....nanti tak boleh tidur....haaa..ganggu prestasi along..!!"

Ye la...ye la.....nanti ayah beli lah...."

Sebulan telah berlalu...si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan...mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya...maklumlah kerja kampung bukan orang senang....rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai...satu rumah duduk lapan orang.

"Apa yang tak seronoknya ustaz ialah....budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu...pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki...ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta....

"Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah....tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu...pakcik ni sapa?...bapak diorang ke ..????" terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi....."Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam....gerun saya ustaz....!!"

"Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama...tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz...risau saya ustaz...apalah upaya saya ustaz..."

"Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya...maklumlah orang sedang bercinta..bercouple...mak bapak pulak jauh ..jadi line clear...ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik."

Suatu petang ustaz....sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya....ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya....dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu....sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya...kerana tilam kekabu itu berat.....kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju...terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan...sunyi...kerana hari itu hari cuti...ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka...termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.

"Saya pun keluar dari rumah....lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu...bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya..."kata saya kepada si ayah ."

"Ke mana mereka pergi....agaknya...keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?" tanya ayahnya...bertalu-talu...saya hanya mendiamkan diri....lalu saya berkata kepada si ayah...tak mengapa bang...rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh....bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya...."

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain...nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik.....si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu...sehinggalah waktu maghrib telah masuk....si anak masih tidak balik lagi....saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya ...lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto...takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya....yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu....tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu.....lalu bertanya kepada saya..."Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?"
Saya hanya terdiam...tak terkata apa-apa....lalu saya menjawab..."beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya."

Si ayah semakin risau......dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

Tepat pukul 2.15 pagi...barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra...pakwenya....berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya...sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu....mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari...perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua....

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa....bergurau....dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya...!!!Subhanallah....saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya...tetapi saya tahan....kata saya kepada ayahnya..:"Jangan bang...sekarang dah pagi...jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu...biarkan budak lelaki itu balik dulu"

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu...barulah budak lelaki itu pulang...si gadis itu pun masuk ke rumahnya.....
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya...dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai...lalu dia memanggil nama anaknya....

Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu...sambil katanya..:"hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni.....tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar...muka anak gadisnya...menjerit-jerit...marah.."Oooo.....buat apa datang pagi buta ye....kamu tahu tak... aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu...bawakkan tilam untuk kamu.....jenuh aku tunggu kamu....ni ha...pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang ...makan.....aku datang dari jauh letih...sebab risaukan kamu...sayangkan kamu..tapi kamu...keluar sampai jauh malam....dengan pakwe kamu ye...dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung....aku malu tau tak...maluuuuu....anak kurang ajar..anak derhaka....anak tak mengenang budi.....aku jaga kamu....aku tatang kamu macam minyak yang penuh....macam ini balasan kamu...macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak sial........berdebub...gedebab....kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz.....saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap....beristighfar....bersabar..........

Anak gadisnya...menangis meraung...merayu...memohon keampunan.....hu hu hu ayahhhh...ampunkan alongggg....huwaaaaa...ayah alongggg salah ...along berdosa dengan ayah.....hunhuuuuuu.......!!

Kau memang anak celaka.....memalukan keluarga...orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat....tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu...aku tak bagi tau tak.... sebab nak bawak tilam ni....kamu tau tak tilam ni berat....tilam kekabu...aku bawak dari kampung jauh....terhoyong hayang aku..bawak motor...tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak...??
Kata si ayah sambil menangis.......suasana pilu.....saya juga menitiskan air mata....sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.


"Sudah..kau kemaskan barang....pagi ni jugak balik ikut aku....balikkkkk...ikut aku...cepatttt,.........kata ayahnya....

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu...Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya...kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,....dengan membonceng motor...tetapi bukan di belakang pakwenya...tetapi dibelakang bapaknya......kesiannn ustaz...kesiannnn.....

Sumber: Cikgu Sopan

(Magic: ape nak jadi dengan remaja sekarang? Terpelajar tapi bodoh!!)

Read more...

Monday, January 30, 2012

Soal Jawab UAI di Himpunan Terbesar 50000 Jemaah


Assalamualaikum W.B.T.. Kali ni magic nak share pasal kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Selangor. Tarikh dan waktunya sama dengan Rancangan AJL kat tv3.
Magic dapat tahu jemaah yang hadir ke masjid berjumlah 30000 dan yang tonton melalui live streaming seramai lebih kurang 110000 orang..







Soal jwb UAI malam ni: 26 soalan kesemuanya.

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam2 pakai baju apa?
GF: I malam2 baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4.Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5.Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.
- diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."


UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"


14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.


Kredit: Dicatat oleh : admin Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah ( syabab musafir kasih ) - 29 Jan 2012, 10.30 malam.
sumber pesona media fb

Read more...

Wednesday, January 25, 2012

Kisah Benar Ustaz Haron Din Mimpi Bertemu Nabi


Assalamualaikum w.b.t... Kali ni magic nak share dengan pembaca tentang mimpi Ustaz Haron Din bertemu Nabi S.A.W..sungguh terharu hati magic melihat video tersebut..
saksikan...--->







Read more...

AirAsia disaman kerana tambang

SEBUAH pesawat Airbus A330 AirAsia X dalam penerbangan. Kempen tambang murah syarikat itu di Internet mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia bukan kadar sebenar.

SYDNEY - AirAsia semalam menerima tamparan menerusi satu tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa peraturan Australia yang mendakwa syarikat penerbangan bajet itu gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangan di laman webnya.




Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.(kosmo)

Read more...

Sunday, January 22, 2012

Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta jika perlu


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian.







Isu pengisytiharan harta, menurut Mursyidul Am Pas ini, sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya sehingga kini rasuah berleluasa kerana manusia tidak bertakwa kepada ALLAH s.w.t.

"Kalau kena isytihar, saya isytihar tapi yang pentingnya takwa kepada ALLAH. Kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka berlakulah rasuah," kata beliau di sini hari ini. (Sinar Harian)

(magic : Berani kerana benar.. :-) )

Read more...

Gantung pelajar sekat hak asasi, kata Suhakam


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) memandang berat akan keputusan sesetengah universiti baru-baru ini yang menggantung pelajar-pelajar yang telah menyuarakan pendapat dan mendakwa bahawa mereka telah memburukkan nama instituti tersebut dan mengganggu ketenteraman awam.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya hari ini.






Hasmy berkata, adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pindaan itu, katanya, membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights).

Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti.

Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara, katanya.

"Suruhanjaya mengalu-alukan rundingan awal yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama Suruhanjaya, wakil-wakil pelajar dan pihak berkepentingan yang lain mengenai peruntukan yang kontroversi di dalam AUKU," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Suhakam juga, katanya, berharap agar rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan agar ianya akan membolehkan pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak dan kebebasan. (HarakahDaily)

Read more...

Cuti Semester vs Tahun Baru China

Assalamualaikum..salam sejahtera kpd semua..hehehe..Dah lama magic tak update blog disebabkan sibuk dengan final exam..kalo hapdate pun copypaste dari sahabat magic PaaDuu, terima kasih kepada beliau memberi kebenaran sepenuhnya amber copy..hahaha..jgn marah yer abe PaaDuu..huahaha..






Bermula 20 januari 2012 magic mula menikmati cuti semester selama sebulan sebelum sakit kepala naik semester nanti..harap2 la xder yang kena repeat paper nanti..amin.

Dah kat kampung ni magic xtau nak wat per lak,nasib baik line tenet ada kat umah,terima kasih Telekom Malaysia kerana sediakan perkhidmatan, x lupa juga jutaan terima kasih pada pencuri kabel kerana kawasan kg magic x dijadikan sasaran yer.. :p


Cuti semester kali ni sekali dengan Tahun Baru Cina,best jgk,dengar citer ada jem teruk kt kawasan KL..kawan magic yg cerita..,magic xtau..jgn tanya magic..

Sebelum magic merapu lebih panjang xtau pekebenda dah..magic sendiri pn pening baca entry nih..
Magic ambil kesempetan nih untuk ucapkan Selamat Bercuti Kepada rakan-rakan sahabat dari seluruh pusat pusat pengajian di dunia yang sedang bercuti.. x lupa juga Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan yang sambut CNY..Gong Xi Fa Cai!!

(magic : ape aku mengarut pn xtau lah..sabar jelah yer,..hihihi)

Read more...

Saturday, January 21, 2012

Hukum Nikah Dalam Islam


Dalam agama ISLAM yang begitu MUDAH dan INDAH, tidak wujud langsung konsep kepaderian atau ahli agama yang perlu membujang kerana ingin beribadat semata-mata kerana tuhan.

Islam menggariskan sesuatu yang cukup fitrah dengan kehidupan manusia sejagat dimana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan untuk saling bercinta.





Jadi, dalam entri kali ini, Pakar Cinta ingin berkongsi kepada anda semua mengenai hukum-hakam dalam sesebuah pernikahan. Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum ini:-

WAJIB – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.

HARAM – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.

SUNAT – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.

MAKRUH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.

HARUS – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.

Rasulullah bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa, tetapi aku bersolat dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripadaku.” – (Riwayat al-Bukhari, no. 4776)(PaaDuu)

Read more...

Wednesday, January 18, 2012

[Petua] - Elak Serangan Jantung


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.


Secara logik..., mungkin ada kebenarannya..

Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.

Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa...malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.

Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat artikel ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!! (FB Ustaz Nasir)

Read more...

Peraturan Baru Pemandu Transmisi Automatik


IPOH – Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.


“Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

“Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar.

“Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cek Magnum IT Sdn Bhd sebanyak RM69,000 kepada 23 badan-badan kebajikan di seluruh Perak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang akan dilaksanakan pada Mei selepas pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

Mengenai pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, Kong berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkannya sehingga ke Tingkatan Empat bagi mewujudkan satu budaya keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda.

Kong berkata, bagi Tingkatan Satu sebuah buku teks yang mengandungi pendidikan keselamatan jalan raya disediakan mulai tahun ini.

“Ini adalah satu usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebagai satu usaha untuk membantu pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya.

Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih. PaaDuu

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...