MagiC MenCari KeajaibaN: 2011

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, December 28, 2011

Belajar Untuk 'Exam' - Tips Untuk Elakkan Stress


Belajar untuk peperiksaan akhir, ujian atau kuiz membantu meningkatkan stress. Stress juga sudah sedia terbina dalam situasi dimana anda harus mengingati sesuatu informasi yang penting dalam kelas beberapa bulan yang lalu, perkara terakhir pelajar akan lakukan adalah menambah lagi stress didalam peperiksaan, ujian atau kuiz. Berikut adalah tips berguna untuk anda elak daripada stress.

Kurangkan Jadi 'Burung Hantu'

Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan 'tidak'. Kajian dalam edisi Januari 2011, Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam.

Kurangkan Kafein

Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama untuk mengulangkaji pelajaran. Kafein boleh didapati dalam minuman seperti 'energy drink', kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebar-debar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.

Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?

Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.

Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?

Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.

Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?

Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau.
(diculik dari narloo)

Read more...

Tuesday, December 27, 2011

Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat terbaik SMU

(Datuk Mohd Amar Abdullah bersama pelajar cemerlang Sijil Menengah Ugama 2011 di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Machang, hari ini. Foto Rizal)

MACHANG, 27 Dis: Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat muncul sekolah terbaik Yayasan Islam Kelantan (Yik) tahun ini dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2011 dengan pencapaian 100 peratus.

Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat merupakan antara sembilan sekolah aliran Yik yang mendapat kelulusan 100 peratus terbaik dalam peperiksaan itu.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah Arshad di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, tengahari tadi.

Sementara itu, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Al-Farouq Azmi Nazmi yang mendapat mumtaz dalam peperiksaan SMU diumumkan sebagai pelajar cemerlang Yik.

Farouk yang juga anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi itu memperolehi 10 mumtaz dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dengan pencapai 97.90 peratus.

Nur Dini Ahmad Zawawi dari MMP pula dinobatkan sebagai pelajar cemerlang wanita apabila 10 mata pelajaran yang diambil mendapat mumtaz dengan 96.90 peratus.

Muhammad Safwan Mohd Shamsudin, dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong pula pelajar terbaik Tahfiz juga 10 mumtaz 94.30 peratus.

Amar berkata, secara umumnya keputusan peperiksaan berkenaan begitu cemerlang berbanding tahun lalu apabila 1,384 orang mendapat mumtaz (cemerlang) dengan peningkatan 31.31 peratus, berbanding sebelumnya 1,091 orang.

Beliau seterusnya memberitahu, begitu juga di peringkat Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) juga turut meningkat 27 peratus tahun ini dengan pencapaian 85 peratus, berbanding tahun sebelumnya 57.03 peratus.

Antara sekolah yang mendapat kelulusan 100 peratus, Maahat Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Asriah Banggol Chicha, Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Turut mendapat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan itu, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, SMU (A) Al Ulum Padang Embun, Sek Men Islam Puchong, Selangor, Pusat Pendidikan Islam, Gunong dan Maahad Tahfiz Repek, Pasir Mas.

Amar ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas peningkatan dalam peperiksaan yang begitu memberangsangkan.

Katanya, peningkatan dari tahun ke tahun ini cukup membuktikan usaha Yik yang mengutamakan pendidikan Islam melalui didikan syahsiahnya adalah benar.

“Selain quality pelajar itu sendiri yang sememangnya telah hebat, ditambah pula dengan didikan, sesi tarbiah di sekolah ditambah pula sokongan guru dan doa ibubapa, menyebabkan peratus kecemerlangan itu semakin bertambah,”ujarnya. (harakahdaily)

Read more...

Biodata Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan)


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong , merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di masa lapang gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda adalah Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin A’ishah Putri, 27.

Baginda merupakan satu-satunya sultan yang menukar perkataan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.

'Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala'.
-Sultan Muhammad V

Baginda hanya membahasakan dirinya sebagai saya sahaja dan bukannya beta seperti sultan-sultan lain.

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

(sumber : Blog Rojak)

Read more...

Friday, December 23, 2011

34,271 pelajar dapat semua A PMR

SEBAHAGIAN daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V bersorak gembira selepas berjaya memperoleh keputusan 8A PMR di Seremban semalam.

PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun lalu.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.




Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapai- an calon berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun lalu.

Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.(Kosmo)

Read more...

Kes murtad dibicara di mahkamah sivil


PUTRAJAYA – Kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.




“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin. (Kosmo)

Read more...

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!

CAMERON DIAZ dan P. Diddy sedang bercinta atau sekadar kawan?

KEDUA-DUA bintang terkenal Cameron Diaz dan P. Diddy mengaku mereka baik sekadar teman. Bagaimanapun, hubungan mereka nampaknya bukan sekadar teman biasa, tapi boleh dianggap sebagai teman tapi mesra! Ini kerana baru-baru ini, mereka telah 'tertangkap basah' sewaktu bermesra di dalam sebuah parti.

Menurut laporan New York Post, mereka tertangkap sedang bermesra di sebuah kelab malam di New York. Diaz hadir lebih dahulu di situ untuk makan malam bersama beberapa teman di restoran Marble Lane di Hotel Dream Downtown.

Kemudian saat malam beranjak larut, aktres itu dikatakan membuat keputusan untuk menghabiskan sisa malamnya bersama P. Diddy. Diddy kemudian dilihat membuat pesanan.




Beberapa saksi juga menyatakan bahawa bintang Knight & Day itu kelihatan begitu mesra di samping rapper tersebut. Mereka bukan sekadar berdakapan, tetapi dilihat bercium dan bercumbu mesra termasuk sewaktu menari bersama.

Ini bukan kali pertama Diaz dan Diddy digosipkan berpacaran. Sejak Oktober lalu, tidak lama selepas Diaz putus cinta dengan Alex Rodriguez, pasangan ini dikesan makan malam bersama di New York City.

Keesokan harinya, mereka berjalan bersama-sama di Washington Square Park dan mereka juga dikesan makan tengah hari di Beverly Hills. (kosmo)

Read more...

Jamal diarah keluar Pengasih

INILAH bangunan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur tempat Jamal Abdillah(gambar kecil) berlindung sejak hampir lima tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.

Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.

Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.

"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.




"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan. (Kosmo)

Read more...

Bola Sepak Malaysia Makin hebat


SKUAD bola sepak negara terus menikmati peningkatan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia seolah-olah membuktikan betapa seriusnya Malaysia untuk berada dalam kalangan 70 pasukan terbaik dunia.

Jika momentum cemerlang berterusan, tidak mustahil impian tersebut boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Jika berjaya berada dalam kelompok 70 terbaik, masa depan pemain Malaysia untuk bergelar pemain profesional di bumi Eropah sangat cerah.





Malaysia perlu berada dalam kumpulan 70 pasukan terbaik memandangkan peraturan liga Eropah khususnya Liga Perdana England hanya akan membenarkan pemain daripada kalangan negara yang berada dalam kelompok tersebut beraksi dalam liga mereka.

Ia tidak mustahil dicapai jika kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA terus berubah.

Dalam senarai terbaharu, skuad bola sepak negara mengakhiri musim 2011 di kedudukan ke-148, naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil daripada beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang tahun ini.

Peningkatan itu turut dibantu dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu selain pencapaian cemerlang pada aksi kelayakan Olimpik 2012.

Berdasarkan ranking terbaharu FIFA yang dikeluarkan semalam, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas mencatat beberapa kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang mereka harungi sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada bulan Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.

Menerusi kedudukan terbaharu itu, pasukan negara kini setanding dengan negara-negara lain seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas.

Sementara itu, kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara. (Kosmo)

Read more...

Malaysia perbaiki ranking FIFA, naik tujuh anak tangga


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan mengakhiri tahun 2011 di kedudukan ke-148 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), naik tujuh anak tangga berbanding bulan lalu.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bolasepak Malaysia sepanjang tahun ini.

Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan itu.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lalu iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.





Menerusi kedudukan terbaru itu, pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150) dan lain-lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.

Pada kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lalu.

Sementara itu kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara. - Bernama (myMetro)

Read more...

Doktor Silap Potong Semasa Berkhatan


Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.

Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.





“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.

“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.

Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang. – Metro Online (PaaDuu)

Read more...

Friday, December 16, 2011

Usah Risau Jika Belum Berpunya


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. “Orang lain semua dah nak kawin, tinggal aku sorang saja”. Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

“Aku tak cantik ke?”

“Aku kurang bergaya ke?”

“Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”

“Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya.”





Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang masih belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membutakan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik- serik lagi diri didustai. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan- Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak- anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para- para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba giliran anda mendapat seruan, yakinlah!

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita- cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu jugak buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul- betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan berputus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan- Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik- baiknya, gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam yang jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti. Sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya. (PaaDuu)

Read more...

Astro Setuju Siar Secara Langsung Kelantan vs Persebaya


Astro bersetuju menyiarkan siaran secara langsung perlawanan muhibbah di antara Kelantan menentang kelab dari Indonesia iaitu Persebaya FC pada 23 Disember 2011 ini jam 8.30 malam.Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.







Dan jangan lupa jam 8.00 malam ini ( 14 Disember 2011 ) Rancangan Formasi di Astro Arena tetamu jemputan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. (kelantanfootball)

Read more...

KWSP catat pendapatan pelaburan RM6.8 bilion


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM6.8 bilion pada suku tahun ketiga 2011 berbanding RM5.75 bilion pada suku ketiga tahun sebelumnya.

Diperkukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli, aset pelaburan KWSP terus meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion pada akhir tahun 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, suku ketiga tahun ini menyaksikan pasaran domestik dan global mengalami tekanan jualan berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat daripada AAA kepada AA+ oleh firma pasaran kewangan, Standard & Poor's dan kesan krisis hutang zon Eropah.




"Bagaimanapun, portfolio KWSP kekal teguh dan kualiti aset KWSP yang berdaya tahan membantu mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan jangka pendek," katanya semasa mengumumkan prestasi belum diaudit KWSP bagi suku ketiga 2011 di sini semalam.

Azlan menegaskan bahawa prestasi pelaburan KWSP yang membanggakan itu adalah hasil usaha pengurus dana ekuiti KWSP yang telah melaksanakan strategi pengambilan untung dengan menyimpan keuntungan terutamanya sebelum berlakunya kelembapan pasaran dan dividen baik yang diterima daripada syarikat-syarikat tersenarai.

"Di samping itu, prestasi positif ini dicapai ekoran pematuhan KWSP terhadap rangka kerja berhemah yang berkesan untuk meningkatkan dan melindungi simpanan ahli," kata beliau. (Kosmo!)

Read more...

Susuk Hanyalah Sihir Mata


KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

"Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.

"Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.




Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat.

Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

"Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah," katanya.

Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

"Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

"Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar," katanya.

Berunsur pemujaan

SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.

Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai 'penjaganya', Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.

"Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

"Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang," jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi.

"Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

"Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya.

Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.

Betis memukau

Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun.

"Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening," katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah.

"Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa," ujarnya.

Kemaluan bernanah

Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.

"Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

"Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.

Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.

Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.

"Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

"Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

"Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

"Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.

Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi. (Kosmo!)

Read more...

Takut Bini


Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.




Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang. (PaaDuu)

Read more...

Tuesday, December 13, 2011

Ibu,Izinkan Aku Menciummu


Sewaktu masih kecil, aku sering merasa dijadikan pembantu olehnya. Ia selalu menyuruhku mengerjakan tugas-tugas seperti menyapu lantai dan mengepelnya setiap pagi dan petang. Setiap hari, aku ‘dipaksa’ membantunya memasak di pagi buta sebelum ayah dan adik-adikku bangun.

Bahkan sepulang sekolah, ia tak mengizinkanku bermain sebelum semua kerja-kerja rumah dibereskan. Sehabis makan, aku pun harus mencucinya sendiri juga pinggan bekas masak dan makan yang lain. Tidak jarang aku merasa kesal dengan semua beban yang diberikannya sehingga setiap kali melakukannya aku selalu bersungut-sungut.

Kini, setelah dewasa aku mengerti kenapa dulu engkau melakukan itu semua. Kerana aku juga akan menjadi seorang isteri dari suamiku, ibu kepada anak-anakku yang tidak akan pernah lepas dari semua pekerjaan masa kecilku dulu. Terima kasih ibu, kerana engkau aku menjadi isteri yang baik dari suamiku dan ibu yang dibanggakan oleh anak-anakku.




Saat pertama kali aku masuk sekolah di Taman Kanak-Kanak, ia yang menghantarku hingga masuk ke dalam kelas. Dengan sabar pula ia menunggu. Sesekali kulihat dari jendela kelas, ia masih duduk di seberang sana. Aku tak peduli dengan setumpuk pekerjaan di rumah, dengan rasa kantuk yang menderanya, atau terik, atau hujan. Juga rasa jenuh dan bosannya menunggu. Yang penting aku senang ia menungguiku sampai loceng berbunyi.

Kini, setelah aku besar, aku malah sering meninggalkannya, bermain bersama teman-teman, perjalanan. Tak pernah aku menungguinya ketika ia sakit, ketika ia memerlukan pertolonganku disaat tubuhnya lemah. Saat aku menjadi dewasa, aku meninggalkannya kerana tuntutan rumah tangga.

Di usiaku yang menanjak remaja, aku sering merasa malu berjalan bersamanya. Pakaian dan dandanannya yang kuanggap kuno jelas tak serasi dengan penampilanku yang bergaya. Bahkan seringkali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu-dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku sedang bersamanya.

Padahal menurut cerita orang, sejak aku kecil ibu memang tak pernah memikirkan penampilannya, ia tak pernah membeli pakaian baru, apalagi perhiasan. Ia sisihkan semua untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik, ia pakaikan juga perhiasan di tubuhku dari sisa wang belanja bulanannya.

Padahal juga aku tahu, ia yang dengan penuh kesabaran, kelembutan dan kasih sayang mengajar berjalan. Ia mengangkat tubuhku ketika aku terjatuh, membasuh luka di kaki dan erat erat-erat saat aku menangis.

Selepas SMA, ketika aku mulai memasuki dunia baruku di perguruan tinggi. Aku semakin merasa jauh berbeza dengannya. Aku yang pintar, cerdas dan berwawasan seringkali menganggap ibu sebagai orang bodoh, tak berwawasan hingga tak mengerti apa-apa. Hingga kemudian komunikasi yang berlangsung antara aku dengannya hanya sebatas permintaan wang kuliah dan segala tuntutan keperluan kampus yang lain.

Usai wisuda sarjana, baru aku mengerti, ibu yang kuanggap bodoh, tak berwawasan dan tak mengerti apa-apa itu telah melahirkan anak cerdas yang mampu meraih gelaran sarjananya. Meski Ibu bukan orang berpendidikan, tapi doa dalam setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya jauh melebihi apa yang sudah kuraih. Tanpamu Ibu, aku tak akan pernah menjadi aku yang sekarang.

Pada hari pernikahanku, ia menggandengku menuju pelaminan. Ia tunjukkan bagaimana meneguhkan hati, memantapkan langkah menuju dunia baru itu. Sesaat kupandang senyumnya begitu menyejukkan, jauh lebih indah daripada keindahan senyum suamiku. Usai akad nikah, ia langsung menciumku saat aku bersimpuh di kakinya. Ketika itulah aku menyedari, ia juga yang pertama kali memberikan kucupan hangatnya ketika aku lahir ke dunia ini.

Kini setelah aku sibuk dengan urusan rumah tangga, aku tak pernah lagi menjenguknya atau menyoal khabarnya. Aku sangat ingin menjadi isteri yang soleh dan taat kepada suamiku hingga tak jarang aku membunuh kerinduanku pada Ibu.

Sungguh, kini setelah aku mempunyai anak, aku baru tahu bahawa segala kiriman wang-setiap bulan untuknya tak lebih bererti berbanding kehadiranku untukmu. Aku akan datang dan menciummu Ibu, meski tak sehangat cinta dan kasihmu kepadaku.

“Ya Allah ampunilah aku dan kedua-dua Orangtuaku, dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih anak anak” (PaaDuu)

(magic : saya syg ibu saya..anda?)

Read more...

Saturday, December 10, 2011

Adegan Seks Di Ranjang Filem ombak Rindu


Isu adegan seks dan ranjang antara Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem ombak rindu menimbulkan rasa tidak puas hati bagi sesetengah penonton yang telah menonton filem itu baru-baru ni. Ada juga segelintir pihak mengatakan bahawa aksi ranjang atas katil itu agak keterlaluan untuk ditonton.





Menurut maya karin sendiri, dia pada mulanya agak gementar dengan aksi ranjang yang bakal dilakonkan olehnya itu.

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”. Kata Maya Karin

Walaupun begitu, Filem Ombak Rindu telah mencapai kutipan yang besar dimana RM4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Rata-rata penonton tidak kisah dengan aksi ranjang tersebut dan mereka berfikiran positif bahawa aksi itu tidaklah begitu keterlaluan. (PaaDuu)

Read more...

Rahsia Ubun-Ubun Dalam Al-Quran


Gambaran otak manusia bahagian depan yang disebut Allah dalam Al Qur’an Al Karim dengan kata nashiyah (ubun-ubun). Al-Qur’an menyifati kata nashiyah dengan kata kadzibah khathi’ah (berdusta lagi durhaka).

Allah berfirman, “(Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi derhaka.” (Al-‘Alaq: 16).
Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahawa tugas bahagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang.

“Kalau orang mahu berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mahu berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar . Di antaranya adalah Prof. Keith L More yang menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan bertanggungjawab di atas pertimbangan-pertimbangan tertinggi dan pengarah perilaku manusia.

Sementara organ tubuh hanyalah parajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.

Kerana itu, undang-undang di sebahagian negara Amerika Syarikat menetapkan saksi penjahat yang membuat laporan kepada polis dengan mengangkat bahagian depan dari otak (ubun-ubun) kerana merupakan pusat operasi dan instruksi, agar penjahat tersebut menjadi seperti anak kecil menurut yang menerima perintah dari siapa saja.

Dengan mempelajari susunan organ bahagian atas dahi, maka ditemui bahawa ia terdiri dari salah satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu cuping otak yang disebut frontal lobe.

Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neorotis yang berbeza dari segi tempat dan fungsinya.

Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe, dan tugasnya berkait dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat konsentrasi, berfikir, dan memori.

Ia memainkan peranan yang terstruktur bagi kedalaman sensasi individu, dan ia memiliki pengaruh dalam menentukan inisiasi dan kognisi.

Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun. Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan, dan seterusnya.

Bahagian inilah yang membezakan di antara sifat-sifat tersebut, dan juga memotivasi seseorang untuk bernisiatif melakukan kebaikan atau kejahatan.

Ketika Prof. Keith L Moore membuat kajian bersama kami mengenai mukjizat ilmiah dalam ubun-ubun pada seminar internasional di Kairo, ia tidak hanya berbicara tentang fungsi frontal lobe dalam otak (ubun-ubun) manusia.





Bahkan, pembicaraan merangkumi kepada fungsi ubun-ubun pada otak haiwan dengan berbagai jenis.

Ia menunjukkan beberapa gambar frontal lobe sejumlah haiwan dan menyatakan, “Pengkajian komparatif terhadap anatomi manusia dan haiwan menunjukkan kesamaan fungsi ubun-ubun.

Ternyata, ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengaruh pada manusia, sekaligus pada haiwan yang memiliki otak.

Seketika itu, pernyataan Prof. Keith mengingatkan saya tentang firman Allah, “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Hud: 56)

Beberapa hadits Nabi SAW yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu…”

Juga seperti doa Nabi SAW, “Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya…”

Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”

Apabila kita menyandingkan makna nas-nas di atas, maka kita menyimpulkan bahawa ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengendali perilaku manusia, dan juga perilaku haiwan. (PaaDuu)

Read more...

Saturday, December 03, 2011

Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia


BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.





Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.

Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

(Sinar Harian)

Read more...

Sah gunakan dakwat kekal


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU akan datang dipersetujui dan diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.

“SPR akan teliti perkara ini dan kini hanya menunggu persetujuan kerajaan serta kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk membuat pindaan undang-undang.

“Pihaknya juga telah mengenal pasti sumber untuk mendapatkan bekalan dakwat kekal itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

Menurut beliau, jika perkara-perkara di atas selesai, dakwat itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengkaji kandungannya dan laporan itu akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengesahkan status halal.

Wan Ahmad berkata, langkah ini penting supaya umat Islam di negara ini tidak terjejas dan dapat mengelakkan timbul isu ataupun keraguan dikalangan umat Islam.

Ketika ditanya tempoh yang akan diambil untuk melaksanakkannya beliau berkata, sepatutnya ia tidak akan mengambil masa yang lama.

“Sudah tentu proses ini boleh disegerakan kerana usul ini telah dipersetujui oleh Parlimen dan Jabatan Peguam Negara hanya perlu menyediakan butir-butir pindaan undang-undang sahaja.Hanya tunggu kelulusan dari pihak kerajaan sahaja”





“Ia terkandung dalam Undang-undang Peraturan (Penjalanan Pilihanaraya) 1981. Dalam proses ini, hanya sedikit pindaan akan dibuat yang akan diuruskan oleh Jabatan Peguam Negara dan Inisiatif SPR untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaian, Wan Ahmad berharap pihak-pihak yang sering membuat andaian dan menuntut agar penggunaan dakwat kekal ini dilaksanakan akan berpuas hati. (Sinar Harian)

Read more...

Aduan produk KR1M perlu disalur kepada kementerian


SEMUA aduan atau maklumat berhubung isu keselamatan dan kualiti makanan Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) perlu disalurkan terus kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat tepat sebelum mengambil tindakan segera.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata tindakan menyiarkan aduan terus dalam media massa menyebabkan peniaga menarik balik produk dari pasaran, yang boleh mengganggu siasatan kementerian.

"Kementerian Kesihatan sebagai pihak berkuasa berwibawa bagi keselamatan makanan akan terus memantau produk yang dijual di KR1M untuk memastikan ia mematuhi perundangan makanan di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam tadi.




Dr Hasan berkata perkara itu diperjelaskan pada pertemuan Kementerian Kesihatan dengan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Putrajaya, semalam.

Pada pertemuan itu, mereka juga membincangkan mengenai pelabelan dan aspek komposisi tujuh produk makanan yang dibangkitkan Tony Pua baru-baru ini.

- Bernama (KOSMO)

Read more...

Tuesday, November 29, 2011

Apex Perlu Kawal Diri Bersosial


Khairul Fahmi Che Mat ternyata seorang insan yang istimewa bagi kalangan peminat-peminat bola sepak negara ketika ini ekoran prestasi hebatnya mengawal pintu gol skuad Harimau Muda sehingga berjaya membantu menghadiahkan sebutir pingat emas berharga pada Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Apex tangkas menampan keluar sepakan Ferdinand Sinaga untuk membantu kemenangan skuad Harimau Muda membenam dua kali skuad Garuda di bumi sendiri.
Sebelum Apex berangkat ke Indonesia, pelbagai kontroversi telah melanda anak muda itu apabila beliau secara tiba-tiba memutuskan pertunangannya dengan Aimie Harmelia atau dikenali sebagai Elia ‘jejari runcing’.

Elia mendakwa hubungan mereka telah menjadi mangsa gangguan orang ketiga, namun Apex bermati-matian menafikan tuduhan bekas tunangnya itu dan menyatakan bahawa beliau memutuskan pertunangan mereka kerana tidak serasi lagi bersama.

Setelah itu, timbul pula gosip di blog-blog hiburan yang menyiarkan gambar Apex bersama seorang wanita, Dahlia Teck, sedang melancong di Singapura sambil berpegang-pegangan tangan menunjukkan keintiman luar biasa.

Bagaimanapun, Apex menafikan dirinya menjalin hubungan istimewa dengan Dahlia dan menjelaskan bahawa mereka hanyalah kawan biasa.

Jawapan tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan peminat-peminatnya memandangkan apa yang tersiar dan terpamer di mata mereka adalah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Apex.

Sebelum Apex berangkat ke Indonesia, sekali lagi Apex dilanda kontroversi panas apabila blog-blog hiburan terkenal menyiarkan gambarnya bersama Dahlia dan beberapa gadis seksi berhibur di sebuah kelab eksklusif di Bukit Bintang di sini.

Melalui gambar tersebut, peminat-peminat Apex dapat melihat botol arak yang sudah dibuka diletak di atas meja di hadapannya, sekaligus menimbulkan spekulasi – Apex minum arak kerana mukanya juga kelihatan merah dalam gambar itu.

Bagaimanapun, di dalam kekalutan menghadapi kejohanan bola sepak di Sukan SEA, anak didik Ong Kim Swee ini sempat menafikan dakwaan yang mengatakan dia minum arak, sebaliknya mendakwa mukanya menjadi merah akibat kepanasan di restoran itu.

Kemudian, Apex berangkat ke Jakarta dan kembali membawa pulang kalungan pingat emas Sukan SEA dan dia dijulang sebagai salah seorang wira skuad Harimau Muda serta menerima pujian melangit dari pelbagai pihak.

Malangnya, belum pun panas punggung Apex di tanahair, beliau digegarkan pula dengan isu kontroversi membabitkan wanita bernama Shida Harmi yang dikatakan “pernah tidur” dengan penjaga gol skuad bola sepak negara bawah 23 tahun itu.

Malah, kandungan perbualan menerusi Blackberry Messenger (BBM) yang dikatakan berlaku di antara Apex dan Shida itu panas diperkatakan, apatah lagi setelah skuad Harimau Muda tewas kepada Syria 0-2.

Para peminat semakin panas hati apabila menyaksikan skuad Harimau Muda tewas lagi, 2-3, meskipun telah mendahului skuad Bahrain sehingga perlawanan berbaki 10 minit dan ramai menyatakan bahawa Apex adalah antara faktor kekalahan tersebut.

Penulis mengikut perkembangan anak muda yang berpotensi besar ini dan mengakui bahawa beliau adalah antara penjaga gol yang memiliki kemampuan menjaga gawang yang terbaik di negara ini.
Bagaimanapun, secara sedar atau tidak, Apex semakin hari semakin popular dengan masalah gaya hidup serta rakan-rakan perempuannya.

Kehebatnnya mempertahankan gol negara semakin kurang diberikan perhatian oleh orang ramai.
Sekadar peringatan mudah, Apex harus perlu lebih berhati-hati dengan pergaulan sosialnya yang sebenarnya mampu menggangu tumpuan terhadap pembinaan kariernya sebagai penjaga gawang pasukan bola sepak negara.

Apex harus membawa diri sebagai seorang ahli sukan dan cuba mengelak daripada meletakkan dirinya dalam situasi yang akan hanya membawa gosip liar.

Bergambar dengan botol arak terbuka di hadapan mata sebagai contoh, itu sesuatu yang Apex patut elakkan kerana di zaman di mana sekeping gambar boleh tersebar ke serata dunia melalui sekali tekan butang telefon bimbit, menjadikan Apex perlu berfikir lebih mendalam dengan siapa hendak
bergambar dan apa yang ada dalam gambar itu.

Itu hanya sebahagian contoh. Banyak lagi benda lebih baik boleh diberikan perhatian oleh Apex. Dia juga perlu berhati-hati dengan musuh dalam selimut.

Bolos dari Apex membawa makna kekalahan kepada negara dan dikhuatiri bayangan gadis-gadis yang menghantui pemikirannya ketika beraksi mampu menyebabkan beliau ‘tidak nampak bola’ di tengah padang.

Kita semua tahu Apex adalah seorang penjaga gol yang sangat hebat dan aset dalam pembangunan bola sepak negara. Dia harus kekal sebagai satu aset tanpa ada gangguan dari luar.
Namun semua itu terpulang kepada kemampuan Apex mengawal kehidupan sosialnya. PaaDuu

Read more...

Senarai Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan


Senarai calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan. Anugerah ini akan berlangsung 30/11/2011.
Penjaga Gol Lerbaik
. Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan Terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain Tengah Terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang Terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih Terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain Muda Terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
PaaDuu

Read more...

Thursday, November 24, 2011

Politik dan Bolasepak


Assalamualaikum...hari ni magic nak berkongsi `something'..iaitu kata-kata tok guru lagi..hehe..
cekidot...:





"Tuan-tuan pemain bolasepak, saya pemain politik.. walaupun berbeza bidang, tapi asas peraturan tetap sama iaitu nak menang tidak boleh dengan jalan tipu. Dalam bolasepak, nak jaringkan gol tidak boleh guna tangan, tidak boleh offside... dalam politik pun begitu, nak menang pilihanraya tidak boleh tipu undi, tidak boleh rasuah... jika menang juga dengan cara tipu, atas dunia boleh menang, tapi akhirat tetap disoal oleh Allah SWT..." - YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sewaktu majlis penyampaian saguhati kepada pemain-pemain bolasepak Kelantan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim pad 3 November 2011
FB Tuan Guru

Read more...

Wednesday, November 23, 2011

Rakyat Malaysia dinasihat elak ke Dataran Tahrir

PENUNJUK perasaan yang cedera didukung oleh seorang lelaki dalam pertempuran melibatkan pasukan polis dekat Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Mesir dan yang sedang berada di negara itu dinasihatkan agar tidak berkunjung atau melalui Dataran Tahrir di Kaherah dan kawasan berhampiran terutama pada hari Jumaat.






Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak lokasi panas lain di negara tersebut.

Rakyat Malaysia juga diseru sentiasa berhati-hati dalam soal keselamatan diri dan peka serta mematuhi sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir.(KOSMO)

Read more...

Protes masuki hari keempat di Kaherah

RIBUAN penunuk perasaan menghadiri perarakan jenazah seorang penduduk yang terbunuh dalam pertempuran dengan polis Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

KAHERAH - Puluhan ribu penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada hari keempat tunjuk perasaan manakala pertempuran melibatkan penduduk awam dengan pihak berkuasa berlaku di beberapa kawasan semalam.

Tunjuk perasaan di Dataran Tahrir itu dilakukan oleh penduduk awam yang menuntut pemerintah tentera menamatkan pemerintahan sementara selepas berkuasa pada 11 Februari lalu ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden.

Perhimpunan penduduk di dataran itu juga telah menyebabkan Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu ekoran kebangkitan penduduk di Afrika Utara yang menentang pemerintahan yang korup.

Setakat ini seramai 29 orang terbunuh sejak tunjuk perasaan gelombang kedua itu berlaku.

Pasukan keselamatan bertindak untuk mengelak konfrontasi dengan penunjuk perasaan selepas beberapa usaha untuk menyuraikan mereka bertukar menjadi ganas.





Beberapa pertempuran berlaku di beberapa jalan raya yang menghubungkan Dataran Tahrir ke ibu pejabat polis.

Pasukan keselamatan yang anggota-anggotanya memakai pakaian berwarna gelap dan dibantu askar-askar melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menghalang kumpulan-kumpulan pemuda yang bertindak balas dengan membaling batu dan bom api.

Kedua-dua kumpulan tersebut telah terlibat dalam pertempuran sejak Sabtu lalu.

Para penunjuk perasaan berusaha untuk menyingkirkan jeneral-jeneral tentera yang gagal untuk menstabilkan negara, memyelamatkan ekonomi dan membawa semula demokrasi sembilan bulan selepas Hosni meletakkan jawatan. - Agensi (Kosmo)

Read more...

'Maaf seluruh rakyat Indonesia'

PARA pemain Indonesia sugul selepas mereka tewas 3-4 kepada pasukan Malaysia pada final bola sepak Sukan SEA 2011 kelmarin.

JAKARTA - Hanya permohonan maaf mampu diungkap jurulatih skuad bola sepak Indonesia, Rahmad Darmawan selepas kegagalan skuad Garuda Muda meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011.

Pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam kelmarin, anak-anak buah Rahmad terpaksa akur dengan kehebatan Harimau Muda apabila tumbang 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dengan kekalahan itu, Indonesia gagal mengakhiri kemarau berpanjangan selepas kali terakhir memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA pada temasya 1991 di Manila, Filipina selepas menewaskan Thailand 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

"Di kesempatan ini, saya mahu meminta maaf kepada selu- ruh masyarakat Indonesia atas kegagalan kami gagal meraih pingat emas.

"Yang jelas, para pemain telah berusaha untuk habis-habi- san untuk merebut pingat emas tetapi akhirnya kita gagal," kata Rahmad pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Rahmad berkata, barisan pemainnya telah menampilkan rentak bertenaga pada awal babak pertama sehingga memperoleh gol menerusi jaringan Gunawan Dwi Cahyo seawal minit kelima.

Bagaimanapun Rahmad mengakui, anak-anak buahnya gagal meneruskan momentum selepas memperoleh gol pembukaan tersebut, sebaliknya Hari- mau Muda tampak lebih mendominasi perlawanan.

"Sepatutnya para pemain terus memburu gol tetapi disebabkan kelekaan, kita pula yang menerima padah apabila Malaysia berjaya menghasilkan gol penyamaan.

"Ini antara punca kita gagal. Seharusnya para pemain harus mempelbagaikan corak serangan dan tidak hanya bergantung kepada pemain sayap.

"Pemain juga kelihatan takut menyerang. Situasi itu dimanfaatkan dengan baik oleh pihak lawan.

"Jujur, Malaysia mempunyai lebih banyak peluang untuk meraih kemenangan pada perlawanan hari ini," jelas bekas jurulatih kelab Persipura dan Sriwijaya FC itu.

Ditanya mengenai persiapan mental anak-anak buahnya ketika penentuan sepakan penalti, Rahmad mengakui, hanya tiga pemainnya sahaja yang benar-benar bersedia melakukan sepakan penalti.

"Pada mulanya, saya menghadapi masalah untuk memilih pemain yang bersedia melakukan sepakan penalti. Disebabkan itu, saya perlu memberi motivasi kepada mereka untuk melakukannya.





"Akhirnya mereka bersetuju melakukan sepakan penalti tetapi Malaysia tampak lebih bersedia ketika sepakan penalti dan penjaga golnya (Khairul Fahmi Che Mat) memiliki pengalaman kerana pernah beraksi pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu," tambah Rahmad.

Sekalipun gagal meraih emas, Rahmad tidak menyalahkan anak-anak buahnya ekoran kegagalan tersebut, sebaliknya beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan mereka pada perlawanan yang dihadiri hampir 100,000 penyokong tuan rumah.

"Patrich (Wanggai), Okto (Octovianus Maniani) serta beberapa pemain lain masih cedera tetapi mereka tetap memberikan aksi terbaik sketika perlawanan berlangsung," katanya.

Kegagalan Indonesia meraih emas acara bola sepak dianggap merencatkan pesta kontinjen tuan rumah yang ditabalkan selaku juara keseluruhan temasya Sukan SEA 2011 yang melabuhkan tirainya malam tadi.(Kosmo)

Read more...

Pemain, pegawai Harimau Muda dikurnia RM30,000

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.

PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.





Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.(kosmo)

Read more...

Pusat pemindahan banjir Kota Bharu dibuka


KOTA BHARU: Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.

Dua daerah di negeri itu kini dilanda banjir iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.





"Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran. - BERNAMA (Berita Harian)

Read more...

Kelantan pula dilanda banjir

SHARIPAH ABDULLAH, 73 (kiri) membantu jirannya Midah Hamzah, 80, meredah banjir untuk ke pusat pemindahan di Kampung Tasek, Setiu semalam.

Hujan berterusan sejak dua hari lalu
KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Johor, Melaka dan Terengganu, kelmarin, merebak ke Kelantan apabila 21 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang, Pasir Puteh, petang semalam.

Mengikut portal rasmi eBanjir Negeri Kelantan sehingga 7 petang semalam, SK Bukit Awang mula menempatkan mangsa banjir pada jam 5 petang selepas kawasan rendah ditenggelami air akibat hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Portal itu juga melaporkan paras air di Sungai Golok berada pada aras berjaga-jaga iaitu di Jenob dengan bacaan 21.87 meter (m), manakala Rantau Panjang pula merekodkan 7.53 m.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata 729 pusat pemindahan disediakan mampu menampung kapasiti sehingga 150,700 orang bagi menempatkan mangsa banjir.

Di KUALA TERENGGANU: Jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di tiga daerah di Terengganu kini meningkat kepada 373 orang daripada 84 keluarga.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, penduduk yang dipindahkan ialah 175 orang di Besut, Setiu (115) dan Hulu Terengganu 83 orang. Beliau berkata, sehingga jam 6 petang sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka iaitu masing-masing tiga di Besut dan Hulu Terengganu, manakala dua di Setiu.

Seramai 83 mangsa di Hulu Terengganu dipindahkan ke Masjid Kampung Sekayu, Balai Raya Kampung Chering dan Balai Raya Kampung Pelandan. Bagaimanapun, setakat ini hanya satu laluan ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Kuala Berang-Sungai Tong selepas dinaiki air sedalam 0.6 meter.

Seorang ibu muda yang masih dalam pantang bersama bayinya, Batrisha Sofea Mohd Saiful Anuar, yang baru berusia 27 hari adalah antara mangsa banjir yang dipindahkan di Kampung Merbau Menyusut kira-kira jam 3 pagi kelmarin, selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Saya sudah biasa menghadapi banjir. Bagaimanapun ini pengalaman paling getir kerana saya masih dalam pantang,” kata Yati Berahim, 25, yang ditempatkan sementara di masjid kampung itu.

Di JASIN: Semua 24 mangsa banjir membabitkan lima keluarga di Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai dekat sini, masih belum dibenarkan pulang selepas paras banjir di kediaman mereka tidak menunjukkan tanda surut.

Bagaimanapun, sebahagian besar mangsa di Parit Lampong dan Paya Laboh di Tehel sudah pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari semalam.





Tinjauan Berita Harian mendapati ada di kalangan mangsa banjir di Tehel sudah mula membersihkan kediaman mereka dan ada juga yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel.

Di BATU PAHAT: Seramai 23 mangsa dari Kampung Parit Sagil dan Kampung Cahaya Baru masih ditempatkan pusat pemindahan sejak kelmarin.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Portal Banjir semalam mengeluarkan peringatan kepada penduduk di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan banjir.

Penduduk di kawasan berisiko banjir juga dinasihatkan supaya membuat persediaan mencukupi termasuk menyimpan barangan penting dan berharga di tempat yang selamat. (berita harian)

Read more...

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Tewas Di Tangan Harimau Malaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Magic mengucapkan sekalung tahniah kepada skuad negara kerana berjaya menumpaskan Garuda di tempat lawan pada kejohanan sukan sea 2011.. Permainan yang cukup menarik dan mendebarkan. Kedua-dua pasukan Harimau malaya dan Garuda cukup hebat dalam pertarungan merebut gelaran juara.



Gol pertama dari pasukan Indonesia pada separuh masa pertama menaikkan semangat pasukan negara untuk bekerja keras mengasak gawang pihak lawan yang akhirnya membuahkan hasil. Jaringan pertama skuad negara yang dilakukan pada separuh masa pertama oleh Asrarudin Putra pada minit ke-35 melalui tandukan menyamakan kedudukan 1-1.

Perlawanan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan 90 minit dan 30 minit masa tambahan.
Khairul Fahmi menunjukkan prestasi yang baik kerana berjaya menempis cubaan pihak lawan yang bertubi-tubi,begitu juga pemain-pemain yang lain.





Bagaimanapun Skuad Malaysia menang penalti 4-3 dengan jumlah gol keseluruhan 5-4 memberikan Malaysia gelaran juara. Tahniah kepada pasukan negara kerana tidak mengecewakan rakyat Malaysia..Hidup Malaysia!!

Diharapkan Indonesia menerima kekalahan ini dengan cara yang profesional kerana menang dan kalah adalah adat pertandingan,tak perlulah kita saling kutuk-mengutuk..kitakan satu rumpun.peace.

(Magic: skuad negara menang tapi magic & kwn2 tewas pd Unit Keselamatan UUM kerana pi tgk bola motor xder stiker..melayang Rm40..huhu~)

Read more...

Sunday, November 20, 2011

Bob Kuman cedera jatuh dalam bilik air

BOB KUMAN menceritakan insiden yang dialaminya sehingga menyebabkan dia terlantar di Hospital Pakar KPJ Tawakal, Kalau Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Penyanyi, pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Tawakal di sini selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Kota Damansara kelmarin.

Bob atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 40, dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengalami kecederaan di muka, hidung dan tangan.

Katanya, dia terjatuh sewaktu bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air untuk menunaikan solat Zuhur sebelum mahu menghadiri program Maharaja Lawak Malaysia (MLM).
“Saya terjaga daripada tidur pukul 1 petang semalam (kelmarin), dalam keadaan mamai saya turun dari katil sebelum tergelincir.




“Saya sempat menahan pintu bilik air dengan tangan tetapi jatuh dan kepala terhantuk ke mangkuk tandas,” katanya ketika ditemui di hospital itu semalam.

Akibat kejadian itu, Bob mengalami kecederaan di muka dan tangan selain memerlukan bantuan pernafasan kerana hidungnya yang bengkak dan sukar bernafas.

Bob yang mempunyai berat badan hampir 200 kilogram mengakui terlalu penat sebab sibuk menguruskan perniagaan kedai makan Bawal Power, menyertai MLM selain projek sosial, 30 kilogram in 120 days.

“Doktor menyarankan saya berehat di hospital kerana terlalu penat dengan kerja seni serta perniagaan, tapi saya ada banyak tanggungjawab di luar sana,” ujarnya.

Biarpun tidak tahu bila dia akan keluar dari hospital, Bob yang ditanya sama ada akan berhenti dari program MLM tetap bersedia untuk kembali beraksi pada minggu depan.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui tersentuh di atas semangat gandingannya dalam Bawal Power iaitu Sobri atau nama sebenarnya Mohd. Sobri Anuar Mohd. Tarmizi, 35, yang terpaksa membuat persembahan secara solo dalam MLM minggu ke-4 kelmarin.

“Saya tidak sangka Sobri mampu membuat yang terbaik.

“Saya tengok apa yang Sobri buat semalam, memang saya tersentuh sebagai seorang sahabat, terima kasih,” ujarnya yang dijaga oleh tunangnya yang hanya ingin dikenali sebagai Normah.(Kosmo)

(Magic : patut la bob kuman xberaksi dalam MLM minggu 4..semoga cepat sembuh yer bob kuman)

Read more...

Harimau Muda tempah slot final

BEBERAPA pemain negara meraikan kejayaan Ahmad Fakri meledakkan gol kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

JAKARTA - Harimau Muda melangkah bergaya ke final dalam acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 selepas membenam Myanmar 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Ahmad Fakri Saarani muncul sebagai watak penting di sebalik kejayaan Harimau Muda itu apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika perlawanan hanya berbaki lima minit.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan kem Harimau Muda meraikan kejayaan mara ke final, episod malang berterusan menimpa jurulatih, Ong Kim Swee.
Sudahlah terpaksa berada di bangku duduk penonton kerana menjalani penggantungan satu perlawanan, malah Kim Swee turut tidak dibenarkan berkongsi kejayaan bersama anak-anak buahnya di tengah padang sejurus selepas tamat perlawanan.

Situasi itu jelas sekali mengundang rasa kecewa Kim Swee yang menganggap seperti 'ada yang tidak kena' terhadap hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.

"Saya percaya ada sebab tertentu sehingga saya dikenakan tindakan sedemikian. Pertamanya, saya tidak boleh menggunakan sebarang peralatan (komunikasi) seperti walkie talkie dan telefon bimbit.

"Selepas tamat perlawanan, saya juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan padang. Saya sendiri tidak tahu hukuman apa yang dijatuhkan kepada saya sehingga saya tidak dibenarkan berjumpa dengan para pemain," kata Kim Swee pada sidang media sejurus tamat perlawanan semalam.

Disebabkan tidak dapat berkomunikasi kepada para pemainnya ketika perlawanan berlangsung, Kim Swee terpaksa menggunakan 'orang tengah' iaitu tukang urut Harimau Muda, Zaidi Abdul Latip untuk memberi setiap arahan kepada pembantunya, Hassan Sazali.

Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, Zaidi dilihat mundar mandir dari tempat duduk Kim Swee sebelum beliau memberikan nota kecil kepada Hassan berkenaan arahan dan taktikal yang ditulis pengendali Harimau Muda itu.

Mengulas aksi anak-anak buahnya, Kim Swee mengakui, barisan Harimau Muda gagal memberikan aksi yang diharapkan khususnya pada babak pertama.

"Pada babak pertama, para pemain tidak bermain dengan begitu baik. Mungkin mereka keletihan selepas aksi menentang Indonesia sebelum ini (Khamis lalu).

"Bagaimanapun, pada babak kedua, mereka mula menampilkan karakter yang sebenar sehingga berjaya memperoleh gol pada lewat perlawanan," jelas Kim Swee.




Menyentuh kelibat Fakri yang sebelum ini gagal menemui sentuhan gol, Kim Swee menjawab: "Saya tahu kemampuan para pemain saya. Sebelum ini, saya sudah katakan, Fakri mampu menjaringkan gol.

"Hari ini (semalam) dia sudah membuktikan kepada saya yang dia mampu menjaringkan gol," tambahnya.

Sementara itu, jurulatih Myanmar, Stefan Hasson tetap berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya, sekali gus akur dengan kekalahan kepada skuad Harimau Muda.

"Kedua-dua pasukan memberikan aksi yang baik dan kami menerima padah apabila leka pada penghujung perlawanan.

"Punca kekalahan kami juga disebabkan para pemain gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik dan gagal mengambil kesempatan atas faktor keletihan pemain Malaysia," jelas Stefan. (kosmo)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...