MagiC MenCari KeajaibaN: August 2012

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, August 15, 2012

Keistimewaan Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.





1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Kredit Zaidimokhtar.com

Jomberita.com

Read more...

Tuesday, August 14, 2012

Dakwah 6ixth Sense


Tak gentar hilang peminat dengan album baru berkonsep kerohanian

Tidak takut kehilangan peminat kerana perubahan genre muzik yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian, kumpulan 6ixth Sense yakin langkah berani mereka itu mampu menarik perhatian pendengar baru.




Selepas tiga single dalam album terbaru iaitu Penerang Hati duet bersama Saujana, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta diedarkan, kumpulan yang ditunjangi Adi sebagai vokalis, Gjie (gitar utama), Wan (dram), Athan (gitar kedua) dan Ayoy (bes), mengakui menarik perhatian lebih ramai pendengar terutama peminat nasyid.

Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik” - 6ixth Sense, Penyanyi


Menemui kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta ini pada majlis pelancaran album terbaru Tentang Kita di Restoran Tumis, Solaris Dutamas, mereka sepakat memilih arah ini untuk sama-sama menyebarkan dakwah secara santai.

Album paling sukar diterbitkan
“Kami tahu, kami bukanlah baik sangat seperti alim ulama kerana apa yang kami sampaikan melalui album ini pun secara santai saja.

“Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik. Tapi apa salahnya kami mencuba sesuatu yang berbeza berikutan keadaan pun sudah mengizinkan,” katanya.
Adi berkata, dari dulu lagi, 6ixth Sense pernah menyampaikan lagu kerohanian seperti Menyesal, Cinta Matiku dan Cinta Yang Sempurna cuma mesejnya tidak terlalu serius.

“Album ini sebenarnya tidak serius kerana kami hanya menyampaikan yang asas saja seperti cinta kepada tuhan, nabi dan ibu bapa,” katanya.

Adi berkata, album itu mengambil masa tiga bulan saja untuk siap dengan proses pembikinan bermula September tahun lalu.

“Kami akui album ini adalah yang paling sukar untuk dihasilkan kerana takut berlebihan. Kami juga tidak biasa dengan genre begini mujur kami mendapat bantuan dari kumpulan nasyid seperti Saujana,” katanya.

Mahu terbit banyak album kerohanian

Album Tentang Kita adalah adalah simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan. Tidak kira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Ia juga menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam melalui lagu berunsur nasihat dan panduan berguna. Malah penyertaan Saujana dalam album ini menyemarakkan lagi nilai kerohanian album berkenaan.

Memuatkan tiga lagu lain iaitu Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang dan Rasulullah, susunan muzik yang direncana sendiri oleh anggota 6ixth Sense ini pastinya mengekalkan keunikan mereka.

Antara lagu yang turut terbabit dalam album ini adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz.

Sementara itu, dengan kejayaan album ini, 6ixth Sense menyimpan hasrat untuk menghasilkan album kerohanian yang lebih serius lagi selepas ini. Tidak mahu hanya menyampaikan lagu pop, mereka mahu pelbagai genre dapat didengari peminat dari genre dangdut hinggalah reggae.

Info 6ixth Sense
Album : Tentang Kita (Penerang Hati, Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta)
Genre : Pop/Kerohanian/Rock
Album lalu : Hari Ini (2006), 6ixth Sense (2007) dan +-?¿ (2010)
Rekod Label : Rumpun Record Snd Bhd, Universal Sdn Bhd
Lagu popular : Tidak Bisa Memilihmu, Tanpa, Khatimah Cinta, Menyesal, Hari Ini Dan Semalam
Pencapaian : Penyanyi Duo/Kumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

(Berita Harian 14/8/12)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...