MagiC MenCari KeajaibaN: August 2011

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, August 31, 2011

Indonesia sambut Aidilfitri Rabu ini







Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam.

Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.

Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.

Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.

Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain.

Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.

Sumber : malaysiakini

Read more...

Tuesday, August 30, 2011

Kumpulan Sepah Sah Berpecah





Tengah jejalan tadi kt blog2,forum..maklum la raya.hehe..lantas magic terjumpa 1 post ni berkenaan kumpulan sepah dah berpisah,post 2 kt Gempak.
Terasa bagai di sentak bila terbaca post tersebut,maklum la peminat setia sepah..mcm xpercaya jer diorang berpisah..

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.
Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Magic rasa cukup kecewa kalau betul sepah ni berpisah. susah nk jumpa kumpulan lawak yg mantap seperti sepah ni.. namun walau ape pn keputusan berpisah atau x,magic tetap sokong anggota2 sepah ni..chaiyo0k2 sepah..hehe.

MAJULAH LAWAK UNTUK NEGARA

Sumber: Gempak
Read more...

Kelantan enggan dabik dada


PEMAIN Kelantan giat berlatih pada sebelah malam pada bulan Ramadan sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia.


Skuad Karathu enggan pandang mudah lawan peringkat kumpulan

WALAUPUN dilabel pilihan untuk menjuarai peringkat kumpulan, Kelantan enggan memandang mudah lawan tapi ketika sama sudah wujud satu keyakinan betapa Piala Malaysia mampu dipertahankan, musim ini.
Kejayaan menjuarai Liga Super turut menyemarakkan semangat barisan didik M Karathu untuk membuktikan nilai mereka apabila membuka tirai perlawanan pada 6 September ini membabitkan Johor FC, Kuala Lumpur Felda United FC dan Sarawak dalam Kumpulan C.
“Saya tidak mahu anak buah saya anggap cabaran mereka mudah. Jika dilihat dalam pertembungan Kelantan dan Johor FC sebelum ini, kita hanya mampu menang dengan perbezaan jaringan kecil.

“Dalam saingan musim ini, saya melihat tiga pasukan pilihan lain, Terengganu, Selangor dan Kedah pasukan yang hebat dan mampu menghancurkan impian Kelantan,” kata Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993.

Apa yang membuat pengendali The Red Warriors bertambah gembira adalah ayam tambatan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sudah pulih daripada kecederaan dan tambahan dua lagi ‘penyerang import’ dari Pahang - Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran turut menunjukkan bisa masing-masing.

“Penyudahan kami belum cukup bagus, mungkin ini disebabkan kecergasan. Tapi Azammuddin seorang penyerang hebat dan sudah dapat bergandingan baik bersama Mat Yo dan Piya (Mohd Badhri RadhziPiya). Semuanya bergerak baik ketika ini,” katanya.
INFO: Fokus - Kelantan
Pengurus Pasukan : Azman Ibrahim
Ketua jurulatih : Datuk M Karathu
Penolong jurulatih: Mohd Sideek A Samsudin




PENCAPAIAN
Piala Malaysia
2010 - Juara
1955, 1970, 2009 - naib juara

Liga Super
2011 - Juara
2010 - Naib juara

JADUAL

6 September
Sarawak mln Kelantan

10 September
Kelantan mln Johor FC

14 September
Felda United mln Kelantan

18 September
Kelantan mln Sarawak

24 September
Johor FC mlm Kelantan

27 September
Kelantan mlm Felda United

Sumber : Berita Harian
Read more...

Kelantan Diisytihar Menang Sebelum Tamat Perlawanan

Menang Sebelum Klimaks
Alex berjaya membuktikan dia sememangnya "kaki gol" yang memang dinanti-nantikan Kelantan pada tahun ini apabila sekali lagi menjadi penjaring tunggal perlawanan pada minit ke 19 malam tadi di Stadium Tinsulanon Songkhla.

Walaubagaimanapun perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke 33 setelah pengadil dimaklumkan pihak stadium tidak dapat membaikpulih masalah kerosakan lampu limpah yang terpadam dengan segera kerana berlaku kerosakan yang serius.

Para pemain dijangka pulang pada keesokan hari dan berpeluang membeli-belah raya di Songkhla. Berita gembira ini turut dikongsi bersama oleh Presiden melalui laman facebook peribadinya.




Tan Sri Annuar Musa
"Perlawanan TRW VS SONGKHLA FC terpaksa dihentikan selepas 35mminit perlawanan akibat LAMPU LIMPAH TERPADAM...walau bagaimanapun TRW memenangi perlawanan 1-0 hasil jaringan ALEX AZIMUDDIN MOHD AKIL...Salam Dan SELAMAT hariraya aidilfitri dari ILLINOIS USA"

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Sumber : KAFA
Read more...

Gadis cantik ditelan oleh unta





Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup-hidup seorang gadis cantik ketika sedang membuat pemeriksaan kesihatan unta tersebut.

Kejadian ini berlaku di negara Arab di mana identiti gadis tersebut yang juga seorang doktor haiwan dirahsiakan untuk menjaga nama baik beliau dan negara Arab sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, unta bukanlah haiwan yang memakan daging. Makanan utamanya ialah rumput tetapi kejadian ini agak pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Akibat daripada serangan unta, gadis tersebut mengalami kecederaan. Bagaimanpun, tahap kecederaan beliau dirahsiakan setakat ini.

Sumber : Gempak
Read more...

Planet berlian ditemui


PLANET berlian seperti yang digambarkan oleh penyelidik Pusat Astrofizik Institut Harvard Smithsonian di Amerika Syarikat (AS).

MANCHESTER, Britain – Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.

Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.




Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.

Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.

Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi. – Agensi

Segar dari ladang Kosmo
Read more...

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Dengan ini di umumkan,tarikh hari raya aidilfitri bagi tahun 2011 jatuh pada hari selasa, 30 ogos 2011 bersamaan dgn 1 syawal....demikian pengumuman yg di buat oleh pemegang mohor besar raja2 jam 8 mlm td..hah..?!! maknanya esok raya!! yea,.yea..esok raya..dh mcm bdk kecik..walau apa pn..raya mmg best,.tp kesedihan ramadhan meninggalkan kita ttp di rasai. harap2 bertemu lg ramadhan pd tahun depan.Insyaallah!!


Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kaum keluargaku,sedara mara,sahabat-sahabat,rakan-rakan sekolah,rakan-rakan blogger-facebook-twitter,jiran tetangga,pelawat2 maya ke blog ini, serta seluruh umat islam di dunia ini.fuhh..nk sebut ramai sgt,dgn kata lain semualah yg mengenali diri ini,yg xknl diri ini knl facebook,knl blog ni,dan semua yg beragama islam. Raya ni jemput dtg umah,jgn lupa bwk duet raya banyak2.hehe.







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Read more...

Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.
Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.




"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

Dari ladang Gempak.org & Harakahdaily
Read more...

Tiket bas tambahan kurang sambutan sempena musim perayaan



KUALA LUMPUR: Sambutan orang ramai terhadap penjualan tiket bas tambahan untuk pulang berhari raya di saat-saat akhir Ramadan tahun ini hambar berbanding musim perayaan tahun lalu.

Tinjauan Bernama mendapati suasana di beberapa perhentian bas di ibu kota agak lengang dan menimbulkan keresahan kepada kerani kaunter tiket kerana penjualan tiket bas tambahan lembap memandangkan ramai sudah bercuti awal.
Di Pudu Sentral, kerani kaunter Syarikat Bas AB Ekspress Sdn Bhd, Rudhiah Awang, 53, berkata berbeza dengan tahun lalu, pada kali ini sambutan orang ramai untuk membeli tiket bas tambahan ke utara kurang menggalakkan.
"Keadaan itu berlaku walaupun jumlah bas yang beroperasi di Puduraya berkurangan daripada lebih seratus kaunter tiket syarikat bas di masa dulu kepada 50 kaunter pada masa ini.

"Harga yang kami tawarkan tetap sama dan tiada surcaj tambahan namun hari ini suasana lengang seperti hari-hari biasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kerani kaunter Syarikat Season Ekspress Sdn Bhd, Zubaidah Baharom, 44, pula berkata, kekurangan sambutan terhadap bas tambahan kali ini kerana orang ramai membeli tiket pulang berhari raya sejak awal bulan lagi.




Beliau berkata, walaupun tidak mendapat sambutan, syarikat basnya tetap menyediakan bas tambahan ke utara dan kaunter tiket akan beroperasi pada hari raya pertama nanti.
Di Hentian Duta, kerani kaunter Syarikat Bas Cosmic Mesra Rakyat Express Nurul Fatihah Abu Hassan, 17 berkata, penjualan tiket yang dibuka pada awal bulan ini habis dijual namun tiket bas tambahan kurang menggalakkan.

"Kami menyediakan sebanyak lima buah bas bagi penumpang yang belum membeli tiket... selalunya di saat-saat akhir ini masih ramai lagi membeli tiket untuk pulang berhari raya," katanya.

Di Hentian Putra, Pegawai Operasi Syarikat Bas Sani Ekspress, Kamal Hanizan Muhammad, 30, berkata, orang Pantai Timur tidak perlu risau kerana tiket bas syarikat itu untuk pulang berhari raya masih ada sehingga esok.

"Semalam penjualan tiket bas tambahan ke Pantai Timur habis terjual dan kami telah menambah lima buah bas tambahan sehingga Isnin ini," katanya.

Kerani kaunter Cepat Ekspress Hassan Ali, 43, berkata, jika mendapat sambutan syarikat bas itu menyediakan sebanyak lima bas tambahan dan akan menurunkan harga tiket bas kepada mereka yang masih belum mendapatkan tiket pulang berhari raya pada tahun ini.

Sementara itu, di Alor Setar, Kedah, Norhayati Mohd Akhir, 28, kecewa dengan sikap penjual tiket bas tambahan yang menaikkan harga tiket dengan alasan sempena musim perayaan.

"Saya sangat kecewa dan terkejut dengan harga tiket bas Syarikat Pancaran Matahari Ekspres Sdn Bhd dari Alor Setar ke Kuala Lumpur yang naik sehingga RM45 berbanding harga biasa RM39.

"Kerani kaunter tiket itu hanya memberi alasan harga tiket bas naik sejak dua hari lalu sempena musim perayaan dan syarikat bas Transnasional Express Sdn Bhd juga menaikkan harga tiket sebanyak RM44 daripada harga biasa sebanyak RM39," katanya. - BERNAMA

Dipetik dari ladang Berita Harian
Read more...

Man United calar maruah Arsenal 8-2



LONDON: Wayne Rooney mencipta hatrik pertama di awal musim Liga Perdana Inggeris bagi memastikan kemenangan besar Manchester United ke atas Arsenal 8-2 di Old Trafford, sebentar tadi.

Rooney meledak pada minit ke-40 dan 62, kedua-duanya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-81.
United memperoleh gol awal menerusi Danny Welbeck pada minit ke-21 sebelum Asley Young meledak pada minit ke- Theo Welcott menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Theo Walcott kemudian menyumbat masuk pada minit ke-48.




Masuk separuh masa kedua Nani meledak pada minit ke-65 disusuli Park Ji Sung pada minit ke-69 sebelum Robin Van Persie memperoleh gol kedua Arsenal pada minit ke-73.

Young sekali lagi merembat jaringan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bersejarah United 8-2.

Berita Harian
Read more...

Sunday, August 28, 2011

Ahli falak Arab yakin raya Rabu


BEBERAPA lelaki menunggu giliran untuk membeli juadah bersahur di sebuah gerai di Jeddah, semalam.


Mahkamah Agung Riyadh arah lihat anak bulan petang 29 Ramadan


EDDAH: Mahkamah Agung Arab Saudi meminta umat Islam di negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin yang jatuh pada hari ke-29 Ramadan (29 Ogos) dan melaporkan perkara itu kepada mahkamah terdekat jika sesiapa melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau bantuan teropong.
Mahkamah mengarahkan mereka yang mahu melihat anak bulan terbabit menyertai jawatankuasa itu di setiap wilayah.

Tamatnya berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri diputuskan dengan melihat anak bulan Syawal.

Bagaimanapun, pakar kaji bintang yang berselisih pendapat berhubung permulaan bulan suci Ramadan berdasarkan pengiraan astronomi, berdebat sekali lagi mengenai permulaan Syawal.

Mereka kini berhujah sama ada Aidilfitri, yang menandakan tamatnya bulan Ramadan, jatuh sama ada Selasa atau Rabu. Kontroversi berhubung permulaan Ramadan juga mencetuskan perdebatan.




Persatuan Astronomi Arab Saudi menjangka Ramadan berlanjutan selama 30 hari tahun ini dan dalam kes itu, ia akan berakhir pada Selasa, 30 Ogos, dengan lebaran jatuh pada Rabu, 31 Ogos.
Persatuan itu berkata anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini.
Pengerusi persatuan itu, Majed Abu Zahra berkata anak bulan pada Isnin, 29 Ogos, akan kelihatan sebelum matahari terbenam, justeru tiada sesiapa dapat melihatnya.

Beliau menjelaskan pada hari berkenaan, bulan akan bertukar gerhana di semua bahagian pentadbiran kerajaan sebelum matahari terbenam sekurang-kurangnya tiga hingga enam minit justeru menjadikannya mustahil untuk melihat anak bulan terbabit.

Katanya pada malam Selasa, 30 Ogos, bulan dapat dilihat dengan jelas tanpa bantuan teleskop sekali gus memberi petunjuk Aidilfitri akan jatuh pada hari berikutnya, Rabu, 31 Ogos.

Abu Zahra berkata ada dua pilihan yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi iaitu pertama menjadikan Selasa, 30 Ogos hari pertama Aidilfitri dengan penduduk berpuasa selama 29 hari menurut kiraan astronomi.

Kedua, menjadikan Rabu, 31 Ogos, hari pertama lebaran ketika bulan dapat dilihat dengan mata kasar pada malam Selasa. – Agensi

Sumber Asal Berita Harian
Read more...

Rahsia Disebalik Senyuman


Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.





(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Credit to Paaduu

(p/s: senyummm..xperlu kata apa2)
Read more...

Sepuluh Sahabat Rasulullah Yang Dijamin Masuk Syurga



Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut :

“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.

Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.





2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi
Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Credit to Paaduu
Read more...

FBI didesak putus hubungan dengan keluarga Taib


NGO barat meningkatkan tekanan ke atas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat supaya memutuskan hubungan mereka dengan pemilik bangunan yang disewanya, Wallyson Inc kerana dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
NGO berpangkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) dan Projek Borneo yang berpangkalan di San Francisco telah menulis kepada Pengarah FBI Robert Mueller bagi membatalkan kontrak sewa FBI di bangunan Abraham Lincoln di Seattle, yang menempatkan ibu pejabat FBI bahagian Seattle yang dimiliki oleh Wallyson.

Surat itu juga meminta biro berkenaan untuk menentukan sama ada pelaburan keluarga Taib di Amerika Syarikat adalah selaras dengan undang-undang anti-pengubahan wang haram di negara tersebut, kata BMF dalam satu kenyataan pada hari Khamis lalu.

"Walaupun memerangi rasuah awam perlu menjadi keutamaan FBI, namun badan itu menyewa bangunannya dari keluarga Taib, salah satu rangkaian rasuah yang terbesar di Asia Tenggara.

"Kami khuatir FBI pula akan dilihat sebagai penyokong keluarga Taib dan aset luar negaranya yang haram", tulis BMF.

Salinan surat yang dialamatkan kepada Mueller itu juga diedarkan kepada beberapa agensi dan pemimpin utama kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Setiausaha Negara Hillary Clinton, setiausaha perbendaharaan Timothy Geithner, peguam negara Eric Holder dan jawatankuasa kongres badan kehakiman yang menyelia FBI.




Wallyson adalah salah satu daripada lima syarikat di Amerika Syarikat yang disenaraihitamkan oleh BMF daripada senarai 44 syarikat di seluruh dunia yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Taib.

sumber : malaysia kini
Read more...

Dr Tony Tan Keng Yam presiden baru Singapura

Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik tersebut, selepas memenangi pertandingan empat penjuru, dengan memperolehi 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awal pagi Ahad selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang 2 peratus daripada jumlah undi yang sah.

Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus.

Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.

Ini merupakan kali pertama Singapura menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden. Ia juga julung kalinya menyaksikan pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden sejak 1993.

Presiden ialah ketua negara dan memegang jawatan itu bagi tempoh penggal enam tahun.

Pilihan raya Presiden ini disifatkan sebagai 'bersejarah' kerana ia julung kali diadakan sejak 1993 apabila Ong Teng Cheong menang dalam pertembungan satu lawan satu, dan buat pertama kali menyaksikan saingan membabitkan ramai calon yang bertanding.




Rakyat Singapura mula mengundi pada Sabtu untuk memilih Presiden baru di 781 pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi.

Empat 'Tan' bertanding jawatan itu untuk menggantikan SR Nathan selaku penyandang, yang akan tamat penggal memegang jawatan pada 31 Ogos selepas berkhidmat selama dua penggal.

Mereka mengundi di pusat mengundi masing-masing. Terdapat kira-kira 2.27 juta calon yang layak mengundi di negara bandar raya ini.

- Bernama

Dipetik dari Malaysia Kini


Read more...

Aidilfitri: Pelanggan ‘ikat perut’, peniaga keluh jualan kuih dingin


KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ketika ramai pengguna mengeluh tentang kenaikan harga makanan, peniaga-peniaga kuih raya turut merasai kesannya apabila produk makanan sempena Aidilfitri kali ini kurang mendapat sambutan berbanding tahun lalu. Tinjauan The Malaysian Insider di beberapa lokasi sekitar ibu negara mendapati banyak kuih raya tidak laku ketika tinggal tiga hari sebelum Syawal.


Rata-rata peniaga yang ditemui juga mengatakan perniagaan mereka tahun ini “terlalu dingin’ sambil mengakui ia kesan daripada kenaikan beberapa barang keperluan termasuk minyak masak, gula dan bahan api. Malah tinjauan di kalangan peniaga menggunakan kenderaan bergerak di sekitar ibu negara juga melahirkan pandangan yang sama. Mereka juga berpendapat “kuasa membeli” pada tahun ini tidak memberangsangkan kerana ramai pembeli terlalu berhati-hati dalam berbelanja mendapatkan kuih raya.






“Jualan tahun ini perlahan sangat, saya akui memang harga kuih naik, itu sebab pembeli kurang sebab mereka terlalu berhati-hati untuk berbelanja. “Harga naik sebab kos lain naik. Sebagai contoh minyak masak, gula dan petrol... lagipun bukan tinggi sangat naik, tapi pembeli yang sudah biasa beli bising,” kata Zulkifly Abu Bakar, 53, yang cuba menggambarkan rungutan di kalangan pelanggan setianya.



Dia menambah, sukar untuk mendapat keuntungan sekiranya perniagan yang diusahakan sejak 25 tahun lalu tidak mendapat sambutan. Zulkifly berkata, dia menghabiskan sehingga RM300,000 untuk mendapatkan bekalan pelbagai jenis kuih raya. “Kuasa membeli itu kurang. Kalau macam ini susah untuk pastikan untung atau rugi, kos saya sahaja sebanyak RM300,000.



“Banyak sebab mengapa kuasa membeli kurang. Antaranya termasuk pembeli telah menempah kuih raya dan mungkin buat sendiri,” katanya yang mendapatkan produk kuih raya dari Kedah, Kuala Lumpur, Perak dan Johor.
Difahamkan ada juga yang menempah kuih atas talian dan ada membeli terus daripada kenalan masing-masing.
Selain menjalankan perniagaan di bazar Ramadan Jalan Masjid India, Zulkifly turut mengambil lot gerai di bazar Ramadan Jalan Chow Kit.



Saizamani Dollah, 36, yang turut berniaga di bazar Ramadan Jalan Masjid India juga melahirkan pandangan yang sama. Katanya, kenaikan harga barang keperluan telah menjejaskan perniagaan kuih raya tahun ini. “Jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini paling perlahan. Peniaga-peniaga terpaksa naikkan harga barang tapi bila kami naikkan (harga) pembeli bising,” katanya yang mengalami nasib yang sama.



Bagaimanapun Saizamani berkata, walaupun harga dinaikkan, namun sekiranya pelanggan membeli dalam jumlah banyak potongan tetap akan diberikan. “Kalau biasa kita jual tiga bekas (atau bungkusan) RM10, tahun ini kita jual tiga RM12, bukan banyak sangat pun naik. Tapi kalau beli banyak tetap akan ada potongan,” katanya. Seperti lazimnya peniaga terpaksa melelong kuih-kuih raya menjelang 1 Syawal, dijangka Selasa ini.




Sementara itu, seorang lagi penjual Musliadi Mohamad, 31, berkata sambutan daripada pembeli tahun ini masih rendah.



“Jika tahun lepas, 15 hari sebelum hari raya kuih dah separuh habis, tapi tahun ini banyak lagi yang ada. “Boleh dikatakan tahun ini sambutan macam tidak ada, lagi beberapa hari nak raya tapi kuih banyak lagi yang tak laku,” katanya. Namun Ahmad Ariffin Ibrahim, 40, masih yakin sambutan kuih raya lebih laku menjelang Syawal. “Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas memang tahun ini tak berapa dapat sambutan, tapi kebiasaannya bila betul-betul dekat nak raya baru orang mula beli.


“Kadang-kadang pada malam raya memang kami tak menang tangan sebab pembeli memang suka datang sasat-sat akhir,” katanya. Ahmad Ariffin yang sudah hampir 15 tahun berniaga di bazar Ramadan Jalan Chow Kit juga mengakui “kuasa membeli” tahun ini begitu rendah.



Seorang peniaga kuih raya secara bergerak menggunakan lori kecil, yang dikenali sebagai Zulkifli juga berkongsi masalah yang sama.“Ini sudah tiga minggu, saya mengambil stok kira-kira RM20,000 tetapi setakat ini hasil jualan saya dalam tangan cuma ada RM1,000 lebih... kalau tahun lepas, setakat ini (tiga minggu Ramadan), saya sudah habis jual semua stok,” katanya yang ditemui di kawasan Lembah Pantai.

Sumber : Gempak.org

Read more...

Saturday, August 27, 2011

Akibat Main Mercun



Pernah tak korang main mercun? Mesti ramai yg pernah,tambah2 bulan ramadhan dkt nk raya ni..

Kalau korang rasa tak seram dan tak takut hilang tangan.Jom main mercun,ajak ramai2, nanti raya kita tak yah mtk duet raya coz da xder tangan,..hehehe.

Nasihat saya kpd adik2 yang suke main mercun.. dont try this at home ya..BAHAYA!!

(p/s : aku pun main mercun jgk..yg nama pop! pop! 2..)





Read more...

Haram bekal, jual bebola agar-agar


PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Sumber : Gempak.org








Read more...

MP tuntut TV3, Karam Singh Walia mohon maaf






Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri) mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.

Beliau yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya.

Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu.

Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai”.

Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu.

Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman.

Sumber : MK
Read more...

CyberSecurity Malaysia Mengeluarkan Peringatan Untuk Menguatkan Sekuriti Web

Dengan musim perayaan yang menjelang tiba, kini CyberSecurity Malaysia telah pun mengeluarkan peringatan awal untuk para pembangun web, penjaga rangkaian dan pelayan dan lain-lain yang terlibat dalam industri sama untuk menjaga dan menaik-taraf keselamatan dan sekuriti pelayan masing-masing.

Peringatan ini dikeluarkan oleh pihak CyberSecurity berikutan daripada kejadian sebelum-sebelum ini, dimana angka web dan pelayan yang diserang meningkat ketika cuti panjang dan musim perayaan.





Antara peringatan yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia termasuklah:

1.Mengemaskini semua sistem dengan patch dan perisian terkini.

2.Pastikan perisian anti-virus pada pelayan dikemaskini dengan kemaskini yang terkini, dan diaktifkan.

3.Pastikan semua tetapan untuk sistem dan pelayan ditetapkan dengan betul dan tepat.

4.Pastikan bahagian log diaktifkan untuk memastikan segalanya direkodkan.

5.Membuat salinan pendua untuk semua data-data yang penting daripada pelayan anda.

6.Para pengguna PC dirumah diminta untuk menggunakan pelayar web terkini dan juga memasang anti-virus dan aplikasi keselamatan yang lain, yang mana telah dikemaskini kepada versi terkini.

Pada masa yang sama, sekiranya para pengguna mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan, serta ingin melaporkan sebarang kejadian, boleh menghubungi pihak CyberSecurity Malaysia di cyber999@cybersecurity.my ataupun di talian 0192665850.

Sumber : amanz



Read more...

Friday, August 26, 2011

Pemohon bantuan pejabat zakat bukan pengemis - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak.

Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi.

Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat.

Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik.

Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya.

Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Mesra dan sayang

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya.


Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan 'mesra dan sayang'.

Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya?

Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat.

Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu.

Kekal keislaman

Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja.

Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya.

Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini.

Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut 'semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.

Semasa saya menziarahinya - tanpa notis awal - dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih.

Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan.

Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan sarjana dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salahkan gereja

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan 'dakwah'.

Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.


Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.

Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita.

Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu bilion. Itu setiap tahun.

Cari, bukan tunggu penerima zakat

Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tetapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah.

Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatah lagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
Jika program "Bersamamu" boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat.

Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan.

Firman Allah (maksudnya): "(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya". (Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan.

Kata Saidina 'Umar RA: "Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka."

Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): "Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini." (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-'ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas.

Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Dipetik dari MalaysiaKini
Read more...

Husam: Kelantan dipinggir isu gas Malay Basin



Kerajaan Kelantan menyelar tindakan Petronas mahu menyalurkan pengeluaran gas di Utara Malay Basin - yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion - ke Terengganu tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa (kiri) berkata, Utara Malay Basin, telaga Bergading dan blok berkaitan - PM301, PM302 - sepenuhnya dalam perairan Kelantan.

Tambahnya, ia jugatidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain, malah 50km lebih dekat dari Terengganu.

"Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya," kata Husam.

Pada 23 Ogos lalu, Petronas dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembangunan pengeluaran gas di Utara Malay Basin akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200km ke Kerteh, Terengganu.

Husam yang juga pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Petroleum Kelantan menggesa Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri supaya gas itu didaratkan di Bachok, Kelantan.

"Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini," kata Husam.

Katanya, kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja supaya hasil mahsul Kelantan tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Dipetik dari MalaysiaKini
Read more...

'Ikut gereja untuk hidup'


Seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan.

"Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

"Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, gereja tidak memaksa supaya murtad tetapi pendekatannya "amat mempengaruhi".

Dr Asri bagaimanapun tidak mendedahkan nama gereja terbabit dan sama ada sebelas lagi yang ditahan dalam majlis di DUMC tergolong daripada pihak yang dikatakan murtad itu.
Menurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'.

"Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," katanya.

Justeru, Dr Asri menggesa sistem pembayaran zakat dipermudah dan kaedah yang menyukarkan dan "bagaikan peminta sedekah" hendaklah dihentikan.

"Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam.

"Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Sumber : MalaysiaKini
Read more...

RM113 juta: Nasri kini milik Man City


NASRI ketika tiba di Stadium Etihad, Manchester City, kelmarin.

ARSENAL, kelmarin bersetuju menjual pemain tengah Perancis, Samir Nasri kepada musuh Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan nilai perpindahan £24 juta (RM113 juta).

Kelab The Gunners membenarkan pemain berusia 24 tahun itu berkunjung ke Manchester bagi ujian perubatan.
“Perpindahan itu bergantung kepada laporan perubatan dan proses pendaftaran formal,” kata kenyataan di laman web Arsenal. Nasri beraksi untuk Arsenal selama tiga tahun selepas berpindah dari Marseille.

Sumber : Berita Harian
Read more...

'Rampas kembali trofi itu'


MOKHTAR (depan empat dari kanan) bersama pegawai dan pemain Selangor selepas majlis berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Selangor keluar arahan rebut Piala Malaysia selepas 6 tahun gigit jari

SELANGOR bertekad menjulang Piala Malaysia, musim ini untuk mencari penawar duka selepas gagal mendakap trofi Liga Super dan mesej ini harus memberi gegaran kepada lawan lain.

Kata-kata yakin itu disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad yang menggesa setiap pemain skuad The Red Giants, menumpukan segenap usaha dan tenaga merampas kembali trofi yang kali terakhir mereka menangi pada 2005.
“Sebagai juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor memang tebal dengan pengalaman dalam saingan, cuma yang penting ialah semua pihak terutama pemain berikan komitmen penuh untuk pastikan kejayaan pasukan,” katanya kepada pemberita sempena majlis berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur, kelmarin.
Selangor yang menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga di belakang Kelantan dan Terengganu gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dan kejuaraan Liga Super, selain tewas di separuh akhir saingan Piala FA kepada Kelantan yang muncul juara.

Untuk saingan Piala Malaysia kali ini, skuad kendalian jurulatih, K Devan itu diundi dalam Kumpulan D bersama-sama T-Team, Kuala Lumpur dan Polis dijangka tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan.

Devan berkata, sejak dua musim dia mengendalikan The Red Giants, pasukan itu belum pernah melepasi peringkat suku akhir Piala Malaysia dan selaku juara 32 kali, mereka pasti ingin mendakap piala berprestij itu yang juga satu daripada sasaran utama mereka musim ini.

“Kini, saya lega kerana semua pemain saya sudah cergas sepenuhnya dan kami boleh memulakan kempen Liga Malaysia dengan skuad yang benar-benar mantap,” katanya.
Selangor akan membuka tirai perlawanan menentang T-Team pada 6 September ini di gelanggang lawan.

Dipetik dari Berita Harian
Read more...

Thursday, August 25, 2011

Seandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? - Sahabat dari Aceh


Sumber : http://harian-aceh.com/2011/06/09/seandainya-nik-aziz-gubernur-aceh

Fakhruddin Lahmuddin bersama kawan-kawannya dari Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Besar bersilaturrahmi ke Negeri Kelantan, Malaysia. Mereka ingin menjumpai seorang pemimpin rakyat yang mungkin sekali tak ada di daerah lain, apalagi di Aceh.

Namanya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lebih akrab disapa “Nik Aziz”. Dia menjabat Menteri Besar (gubernur) Negeri Kelantan sejak 20 tahun terakhir. Karena kepemimpinannya, oleh rakyat, ia digelar Umar bin Khattab-nya Kelantan. Musabab itulah, Fakhruddin dan kawan-kawan ingin belajar pada gubernur berusia 84 tahun itu.

Saat tiba di depan pendopo, rombongan disambut sekretaris gubernur; karena Nik Aziz sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Lalu mereka dipersilakan duduk di ruang pertemuan berkapasitas 200-an orang. Sungguh, mereka terpana. Kursi dan meja kayu, kipas dan mimbar usang, pula perabotan lainnya, tampak sederhana, jauh sekali dengan di Aceh atau provinsi lainnya.

Tak berapa lama kemudian Nik Aziz hadir. Ia berjubah putih (selalu demikian, menurut cerita warga Kelantan). Mereka selanjutnya beramah-tamah. Usai Fakhruddin dan kawan-kawan menyampaikan maksud kedatangannya, Nik Aziz pun berbicara.

“Nak jaga dan bangun Kelantan tak sulit bagi saya. Yang sulit adalah nak jaga diri saya dari godaan duniawi,” tutur Nik Aziz menanggapi penilaian Fakhruddin dan kawan-kawan tentang ketenteraman Kelantan, dimana mayoritas penduduknya Melayu asli.

Pernyataan tersebut memantik semangat Fakhruddin untuk terus mengorek sisi menarik lain dari seorang Nik Aziz. Ketua MPU Aceh Besar itu pun memerolehnya dari melihat sendiri maupun berdasarkan cerita penduduk Kelantan.

Pertama, begitu dilantik jadi Menteri Besar (MB) Negeri Kelantan, dinas pembangunan umum setempat segera menawari Nik Aziz untuk mengaspal dan memperbaiki jalan sekitar rumah dan pesantren miliknya. “Jangan, jangan! Kenapa sebelum saya jadi MB tak diperbaiki? Tak boleh,” tegasnya. Orang dinas terdiam.

Kedua, Nik Aziz selama jadi gubernur tak pernah tidur di pendopo. Ia menilai, kalau tidur di pendopo harus menyewa guard (satpam) dan tukang kebun, misalnya. Lalu pekerja itu digaji dengan uang negara, dimana uang itu seharusnya dipakai untuk menyejahterakan rakyat. Ia tak mau begitu. Gubernur Aceh sekarang juga tak mau tidur di pendopo, tapi berbeda tujuannya dengan Nik Aziz.

Ketiga, Nik Aziz tinggal di rumah yang sangat sederhana. Rumahnya berkonstruksikan kayu. Kecil. Padahal sampai kini ia sudah punya 10 anak dan 55 cucu dari istri tunggalnya. Fakruddin dan kawan-kawan terpana lagi ketika berkunjung ke rumahnya. Tak ada satupun pengawal yang jaga-jaga di rumah pemimpin salah satu negara bagian Malaysia itu.

Keempat, Nik Aziz pelayan tamu. Suatu kali ada wartawan asing ingin menjumpai Nik Aziz di rumahnya. Usai dipersilakan masuk oleh seorang lelaki tua, wartawan itu menunggu sang gubernur. Tak lama kemudian, lelaki tua tadi keluar dengan membawakan minuman.

“Saya ingin menjumpai Nik Aziz, apa dia ada di sini?” kira-kira begitu tanya si wartawan. “Inilah saya Nik Aziz yang kamu maksud,” sahut lelaki tua itu. Si wartawan terkejut dan malu. Lalu satu pertanyaan menarik darinya timbul lagi kemudian, “Anda seorang gubernur, apa tidak takut tinggal di rumah dengan tak ada seorangpun guard?” Dengan mantap Nik Aziz menjawab, “orang yang perlu pengawal adalah orang yang punya musuh, punya masalah. Saya tak punya masalah dengan siapapun. Guard saya adalah beribadah kepada Allah.”

Kelima, Nik Aziz turut membersihkan tandas (sebutan WC oleh orang Malaysia). Suatu kali, sekira jam 3 pagi waktu Malaysia, seorang santri melihat ada bayang-bayang seorang lelaki di sebuah WC pesantren milik Nik Aziz. Ia heran, yang membersihkan toilet seharusnya tugas santri. Begitu didekatinya, ternyata lelaki itu pemimpin pesantren tempat dia belajar, yaitu Nik Aziz. Ia merasa malu.

Keenam, suatu malam, seorang warga keturunan Cina kebingungan karena mobil yang dikemudinya mogok. Lalu sebuah mobil tua berhenti. Seorang lelaki tua turun dari dalamnya. Lalu membantu si Cina itu. Bahkan ditemani sampai ke bengkel. Esok pagi, ia terkejut. Ia melihat di koran, ada foto orang yang membantunya semalam. Ternyata lelaki tua itu Nik Aziz.

***

Begitulah Nik Aziz. Fakhruddin Lahmuddin menceritakannya beberapa hari setelah ia pulang dari Kelantan. Tepatnya, Ketua MPU Aceh Besar itu mengisahkan kepada saya pada Jumat 27 Mei 2011 yang panas, usai mengajar di Fakultas Dakwah IAN Ar-Raniry Banda Aceh. “Masih banyak cerita menarik lain tentang Nik Aziz selama jadi gubernur, cerita yang nyaris mustahil ada pada diri pemimpin di Indonesia maupun negara lain,” katanya. Dia tidak sedang berbohong.

Adakah calon gubernur di Aceh seperti gubernur Kelantan iu?

Aceh di ambang Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada). “Sulit menemui calon pemimpin seperti Nik Aziz di Aceh, maka patut memilih yang mendekatinya,” kata pemimpin Ponpres Umardian itu.

Lalu dia menganalogikan pada seorang sopir bus penumpang yang mengalami situasi membahayakan. Tiba-tiba saja, sekitar tiga meter di depannya seorang lelaki tua sedang menyebrangi jalan dengan melangkah pelan, sendiri. Di kanan, bus lain berusaha menyalipnya. Sedang di kiri, ada jurang yang dalam. Sopir gamang. Kalau menabrak lelaki tua itu pasti mati. Kalau mengelak atau mengerem, bus pasti masuk jurang dan semua penumpang kemungkinan besar akan mati. “Pilih mana?”

“Begitu juga dalam hal memilih pemimpin,” katanya. Bila seandainya semua calon pemimpin tergolong zalim–baik tingkat tinggi maupun rendah–, maka patut memilih satu pemimpin yang zalimnya paling rendah di antara lainnya. Bila pada cerita sopir di atas, lebih bagus menabrak seorang lelaki tua itu daripada masuk jurang lalu semua penumpang mati.

Kemudian Fakhruddin menyebutkan satu hadits sahih riwayat Bukhari yang artinya, “Rasulullah pernah bersabda, `Bantulah saudaramu yang zalim dan yang terzalimi`. Lalu sahabat rasul bertanya,`Ya Rasulullah, kami tahu bagaimana cara membantu orang yang terzalimi, tapi bagaimana kami membantu orang yang zalim?` Rasulullah menjawab, `cegah ia dari melakukan kemungkaran.”

Musim Pilkada banyak “orang zalim” yang minta dibantu saat pemilihan. Bila ada pemimpin–yang sudah bisa dipastikan kalau kepemimpinannya kelak akan menyengsarakan rakyat–meminta bantuan pada kita untuk memilihnya, maka bantulah dia.

“Caranya, jangan memilihnya saat pemilihan berlangsung. Jika kemudian ditanya kenapa tak bantu, cukup dijawab, ‘saya sudah bantu Anda supaya tidak menjadi pemimpin yang zalim. Supaya kejahatan tidak terus bertambah. Maka saya bantu menguranginya dengan tidak memilih Anda saat pemilihan.’ Jika ada calon lain yang minta bantu juga, hadapi dengan cara yang sama,” katanya.

Maka jalan untuk menemukan Nik Aziz di Aceh akan terbuka meski dalam jangka yang lama, dengan catatan konsep “membantu orang zalim” itu harus konsisten dipegang rakyat. Jika tak besar gengsi, pemimpin di Indonesia patut meniru Nik Aziz. Dan andai saja Nik Aziz Gubernur Aceh sekarang, maka majulah Aceh.[]

Makmur Dimila

Sumber : Terkini Dunia
Read more...

Tuesday, August 23, 2011

‘Kami tak gentar bertembung Kelantan’

JANGKAAN awal yang mungkin menemukan dua pasukan tetangga – Terengganu dan Kelantan di peringkat suku akhir tidak pernah melahirkan rasa gerun kepada Abdul Manaf Mamat dalam usaha membantu pasukan bergelar Penyu itu menjuarai Piala Malaysia, musim ini.

Penyerang Terengganu itu yang menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga Super, musim ini menegaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan sebarang kemungkinan seperti itu ketika fokusnya lebih terarah kepada usaha membawa Terengganu layak ke final.
“Bagi saya peluang antara Terengganu dan Kelantan masih seimbang, 50-50. Pasukan mana yang mampu beraksi baik layak menang serta ke peringkat seterusnya.
“Saya tidak perlu terlalu memikirkan perkara ini namun sekiranya jangkaan awal itu betul saya tidak boleh elak dan perlu terus bermain seperti biasa untuk membawa Terengganu ke pentas final,” katanya.

Dalam saingan musim ini, Terengganu – juara Piala Malaysia 2001– dijangka tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan bersama naib juara musim lalu, Negeri Sembilan selepas diundi bersama dua kelab Liga Perdana – Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby.

Walaupun Terengganu diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan B, namun dia tidak mahu rakan sepasukannya memandang rendah keupayaan pasukan lain termasuk dua pasukan dari Liga Perdana.

“Kami akan bermain bersungguh-sungguh setiap perlawanan dan cuba elak temu Kelantan di suku akhir. Selain itu, kita perlu berwaspada dengan saingan PKNS dan Sime Darby. Mereka juga mampu melakukan kejutan dalam saingan musim ini,” katanya.

Di petik dari Berita Harian
Read more...

QPR sedia uji Safee, Apek

KUALA LUMPUR – Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu

Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.


Dipetik dari Utusan Malaysia
Read more...

Selangor tubuh majlis syura untuk selesai isu JAIS-DUMC

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.



Menurut menteri besar, idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.

"Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

“Saya juga telah berjumpa dengan mufti negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, majlis tersebut akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garispanduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti.

"Sekiranya perlu. Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan," tambahnya.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” kata menteri bBesar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Sumber: Malaysiakini
Read more...

Monday, August 22, 2011

David Villa Hina Islam! – Mesut Ozil


Pemain sensasi Barcelona iaitu David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2.

Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.



Kenyataan Mesut Ozil :-

I was defending my religion, because David Villa insulting Islam! – Mesut Ozil

So, kita sokong lah pemain bola yang beragama islam terutama Mesut Ozil ini. David Villa nama je pemain star tapi tidak hormat agama Islam, buat apa. Kalau nak boikot dia lagi baik.

Disamping itu, pemain baru Barca, Fabregas menyindir pengurus Arsenal iaitu Wenger dengan menyatakan bermain di Barca lebih baik daripada bermain di Arsenal kerana tidak sampai 48 jam dia berada di Barca, dia sudah mendapat piala.

Credit to Paaduu
Read more...

Sunday, August 21, 2011

Di Samun Rakan Sendiri

Assalamualaikum kepada pembaca2 sekalian. Terlintas untuk menulis pasal kes pengalaman saya sendiri yang kena samun dengan rakan lama ni ketika saya di tanya oleh sahabat saya berkenaan kes tersebut. Pernah tak anda di samun rakan sendiri? atau pun senang cerita pernah tak anda rasa pengalaman di samun?

Saya mempunyai 1 pengalaman yang memeritkan berlaku pada 29/6/2010 sekitar jam 4.45 petang. Di kawasan kuil buddha yang sunyi daerah Wakaf Bharu. Ceritanya bermula begini, saya keluar rumah dengan sebuah moto kapcai untuk tukar tayar moto sekitar waktu lepas zohor. Sampai di satu kawasan tanpa di duga saya terserempak dgn member sekolah lama. Kami bertegur sapa.

Di ringkaskan cerita member saya ni ajak minum, dan sanggup tunggu sehingga motosikal saya siap di baiki. Pada mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu yg pelik. Selesai baiki moto kami menuju ke sebuah kedai minum dan berborak, tp tak lama hanya 10 minit sahaja,member sy kelihatan seperti tergesa2 nk balik. Saya pun turut sama mengekori dia untuk balik krna kami menuju ke arah yg sama.

Samapai di satu kawasan kuil yg sunyi dia memegang tangan saya dan mengarahkan sy berhenti. Sy berhenti dan bertanya knp? Tiba2 dia mengarahkan sy keluarkan HP bimbit sy. Sy berkeras xnk bagi tp terpaksa mengalah bila dia mengeluarkan parang dr dlm sweaternye yg berada dlm raga moto dia.
Di kwsan tersebut jarang di lalui org kampung, jd sy terpaksa menyerahkan HP sy dan dompet sy juga diambil. Nasib baik mereka tidak mengambil motosikal sy dan sy bernasib baik lg bila wang yg sy bwa tidak di letakkan dlm dompet di sebabkan tabiat dr kecil x suka letak duit dlm dompet. Jd kos kerugian sy x lah banyak sangat cuma peristiwa ini memberi byk pengajaran pd sy.
1.Jgn melalui tempat sunyi seorang diri.
2.Jgn terlalu percayakan kwn anda yg dh lama x jumpa.
3.Jgn letakkan semua duit yg ada dlm dompet.(paling penting)

Saya kongsikan cerita ini supaya rakan2 lain tidak jadi seperti saya. Kerana percayakan kwn lama yg dh hampir 10 thn xjumpa akhirnya di samun kwn sendiri.
(p/s:jgn mudah terpedaya. renung2kan dan selamat beramal)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...