MagiC MenCari KeajaibaN: July 2012

klik sini

Ruangan Churp

Sunday, July 22, 2012

Tips Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Sahur & Berbuka dengan sihat
Selain tempoh tidak makan yang lebih panjang, tidak ada beza dari aspek pemakanan pada bulan puasa dan bukan bulan puasa. Justeru individu perlu terus mengamalkan pemakanan sihat dengan memastikan sajian diambil, segar selain teknik masak sihat dan kurangkan makanan berminyak dan berlemak.






Bersahur
 Juadah sahur perlu lengkap, bukannya ala kadar seperti minum air kosong semata-mata. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yang baik membuatkan puasa lebih sempurna kerana anda tidak akan terlalu letih.
 Makanan berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan individu tidak mudah lapar.
 Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan selain dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi ketika menjalani ibadat berpuasa.

Air Kosong
 Amalkan minum banyak air kosong pada bulan puasa.
 Minumlah tiga gelas air ketika bersahur dan lima gelas air bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum tidur.
 Air juga mengelakkan daripada sembelit.

Menu
 Pilih makanan yang boleh menaikkan kadar gula dalam darah dengan kadar segera seperti buah kurma.
 Kurma dilihat sajian terbaik. Kerana ia mempunyai karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dengan cepat di dalam darah yang turun akibat berpuasa selama 14 jam.
 Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk dan lesu. Justeru kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.
 Kurangkan makanan diproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Selepas melaksanakan solat Maghrib, anda boleh mengambil makanan yang sihat lengkap seimbang seperti nasi, ikan, daging, tauhu, tempe dan sayur-sayuran.

Seimbang
 Makan terlalu banyak atau terlalu sikit boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Justeru, patuhi bilangan sajian yang disarankan untuk setiap kumpulan makanan di dalam piramid. Ini akan memastikan individu mendapat jumlah tenaga dan nutrien yang cukup betul walaupun berpuasa.

Kepelbagaian
 Pilih kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan. Makanan berlainan memberikan kombinasi dan nutrien yang berbeza. Penuhi keperluan dengan memberi pelbagai makanan dalam warna, perisa, tekstur dan sebagainya. Kepelbagaian turut mengelakkan kita daripada bosan dengan makanan yang sama setiap hari. (Berita Harian 19 Julai 2012)

(magic : Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia dan planet... semoga Ramadhan kali ini membawa barokah kepada kita semua..puasa jangan tak puasa tau..!! )

Read more...

Tips Apabila Dirompak







1. Bunyikan alat penggera atau tiupkan wisel untuk menarik perhatian orang lain.
2. Semburkan pepper spray ke arah perompak terutama bahagian muka.


3. Jangan bertindak jika perompak mempunyai senjata.(keselamatan diri lebih penting).
4. Bertenang dan bertindak bijak.
5. Perhatikan gerak geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu pihak polis mengesan perompak berkenaan.
6. Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak melarikan diri.
7. Jika perompak menggunakan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
8. Jika dipaksa mengeluarkan wang daripada ATM, masukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik. Walaupun wang dikeluarkan, tetapi bank memahami isyarat itu dan menyalurkannya kepada polis.
9. Untuk sebarang kejadian rompakan, hubungi polis dengan segera.
Berita Harian 19 Julai 2012
(magic : sayangi nyawa anda, jangan biarkan orang tersayang beraya tanpa anda.. bersama banteras jenayah.. :P)

Read more...

Thursday, July 19, 2012

Tuan Guru Nik Aziz setuju kempen pilihanraya tak guna bendera


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setuju jika kempen pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti yang dilaksana di Thailand.

Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan.








"Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen pilihan raya berlangsung.

"Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah...tak cantik," katanya kepada pemberita di Kota Baharu malam tadi.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti.

Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

- Bernama

Read more...

Jaminan FAM Adili dengan Telus kekasaran terhadap Ghaddar


Kes ‘kekasaran melampau’ dua pemain Selangor

Kuala Lumpur: Kes ‘kekasaran melampau’ dilakukan dua pemain Selangor - Amri Yahyah dan Bunyamin Umar - terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada Liga Super 29 Jun lalu akan diadili dengan telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk media. Jaminan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, semalam.






Beliau berharap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu pun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penyokong masing-masing menerima keputusan dibuat jawatankuasa itu dalam perbicaraan yang dijangka diadakan pada awal bulan depan.

“Jangan risau, keputusan kami nanti bergantung kepada penelitian rakaman video insiden membabitkan ketiga-tiga pemain berkenaan. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib nanti. Ia akan dinilai dengan seadilnya,” katanya.

BH Sukan difahamkan, perbicaraan itu tertumpu kepada insiden Amri menumbuk kemaluan Ghaddar dan Bunyamin menumbuk muka penyerang dari Lubnan itu kerana jawatankuasa hanya menerima aduan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Insiden membabitkan kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha bersama Ghaddar, tiada dalam senarai.
“Saya belum tetapkan lagi tarikh perbicaraan. Kita tidak boleh buat minggu depan kerana Amri dikhabarkan menyertai Piala Java sehingga 29 Julai.

“Mungkin pada awal bulan depan selepas pemain itu pulang daripada menyertai kejohanan berkenaan,” katanya. Ditanya sama ada Ghaddar yang dilihat melakukan provokasi terlebih dahulu ketika ketiga-tiga insiden itu, Taufik berkata: “Tunggulah perbicaraan nanti. Saya tak boleh komen sekarang.” (BH online)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...