Adiputra Genius Matematik Kalah Dengan Pelajar Biasa? | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Tuesday, November 01, 2011

Adiputra Genius Matematik Kalah Dengan Pelajar Biasa?


Bagi sesiapa yang menonton MHi pagi tadi semestinya sedikit tergamam apabila soalan matematik yang dikemukakan oleh Ally iskandar dengan mudah diselesaikan oleh seorang pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir. Semasa Adiputra terkial-kial menjawab soalan yang diberikan ally menggunakan kaedah formula sungai(ciptaan Adiputra sendiri), Pelajar tingkatan 5 terbabit sudah selesai dan berjaya menjawab soalan yang sama diberikan ally menggunakan formula biasa sahaja.
Kalau anda nak tahu, pelajar tingkatan 5 itu sememangnya seorang yang genius matematik juga kerana sering mendapat A1 di dalam peperiksaan apa jua pun. Memang bertambah popular la Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir kejap lagi yea.

Oleh kerana Adi menjawab soalan tersebut dengan sedikit lambat, Pihak tv3 menayangkan sedutan lain buat para penonton sambil menunggu Adi menyiapkan soalan yang diberikan Ally. Bercerita mengenai pelajar tingkatan lima tadi, Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir itu memang seorang yang bersopan kalau dilihat dari segi percakapan dan tutur katanya. Sejuk perut ibunya mengandung. Setelah selesai menyudahkan soalan itu, Adi telah memberikan jawapan yang salah, Biar betul……??

Namun Si ally iskandar ni pandai memujuk, Ally pujuk Adi dengan pujukan memohon maaf sekiranya soalan yang diberikannya membuat Adi tertekan. Kami pun rasa yang Adi ni tertekan, dengan bersusaha payah menerbitkan buku lagi untuk dipromosikan kepada penonton MHI, mungkin dia berdebar. Apa yang bagusnya, Adi tetap mantain cool je walaupun jawapan yang diberikannya salah. Bagus juga pihak MHI, memang mereka tahu yang Adi masih lagi seorang budak walaupun dia memegang gelaran budak genius malaysia. Maklumlah kita semua manusia biasa, hanya Allah yang maha mengetahui. Tiada yang lebih berkuasa dari DIA.

Di culik Dari PaaDuu

1 rungutan:

Anonymous said...

Riak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...