Tembak tak mati | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, November 04, 2011

Tembak tak mati

ANGGOTA polis berkawal di sebuah restoran tempat seorang lelaki ditembak di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kelantan semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki layak digelar kebal apabila masih lagi hidup walaupun terkena empat das tembakan di dada, paha, betis dan bawah pusat dalam kejadian di Kilometer 3.2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini kelmarin.

Bagaimanapun, Mohd. Nasarul Fadli Mat Nasir, 23, yang memiliki rekod jenayah berkaitan senjata api mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api di Temerloh, Pahang pada 2009, cedera parah apabila ditembak oleh seorang lelaki pada pukul 10.40 malam.

Mangsa didatangi lelaki misteri tersebut ketika dia sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di situ.

Menurut polis, siasatan awal mendapati perselisihan faham mengenai urus niaga dadah serta senjata api menjadi motif utama kejadian namun pihak berkuasa itu masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Mohd. Nasarul, dari Taman SBJ Putra, Tumpat dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh orang ramai selepas dia ditembak di dada, betis dan paha kiri serta bawah pusat.

Katanya, pihaknya hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas seorang anggota polis yang bertugas di HRPZ II menerima laporan tersebut.

“Kita kemudian terus menghantar sepasukan polis ke tempat kejadian untuk menyiasat. Siasatan awal mendapati mangsa diserang ketika sedang makan di sebuah restoran.

“Suspek yang tidak dikenali oleh mangsa itu kemudian terus melarikan diri sebaik melepaskan tembakan. Mangsa kini telah sedarkan diri dan kita akan mendapatkan keterangannya untuk membantu siasatan,” katanya di sini semalam.(Kosmo)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...