Staf DBKL maut digilis bas | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Tuesday, November 01, 2011

Staf DBKL maut digilis bas


KUALA LUMPUR – Seorang isteri tidak menyangka perbualan singkat bersama suami tersayang sebelum keluar bekerja adalah yang terakhir sebelum suaminya itu maut dalam kemalangan di Jalan Genting Kelang semalam.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu mangsa dikenali sebagai Azman Mahmed, 45 yang menunggang motorsikal Kriss dikatakan bergesel dengan dua buah motorsikal lain sebelum terjatuh dan digilis oleh sebuah bas yang datang dari arah belakang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala maut serta merta ditempat kejadian.

Menurutnya siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari Setiawangsa menuju ke Bulatan Pahang untuk ke tempat kerjanya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jalan Raja Laut.

“Dua lagi penunggang motorsikal yang cedera dikejarkan ke wad kecemasan HKL manakala pemandu bas yang melanggar mangsa sudah membuat laporan polis,”katanya

Menurutnya kes disiasat di bawah seksyen 41(1), akta pengangkutan jalan 1987mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu isteri mangsa Wan Noraizan Wan Ismail, 40 yang datang ke tempat kejadian bersama beberapa ahli keluarganya memberitahu tiada sebarang perubahan pada diri suaminya sebelum keluar dari rumahnya di Flat Sentul Utara 3 dekat sini.

Menurutnya, arwah hanya sempat memberitahunya bahawa dia perlu hadir pada mesyuarat pagi itu dan harus segera ke tempat kerja.

Difahamkan mangsa bekerja sebagai Operator Pemprosesan Data di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
-Sinar Harian

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...