'Maaf seluruh rakyat Indonesia' | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, November 23, 2011

'Maaf seluruh rakyat Indonesia'

PARA pemain Indonesia sugul selepas mereka tewas 3-4 kepada pasukan Malaysia pada final bola sepak Sukan SEA 2011 kelmarin.

JAKARTA - Hanya permohonan maaf mampu diungkap jurulatih skuad bola sepak Indonesia, Rahmad Darmawan selepas kegagalan skuad Garuda Muda meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011.

Pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam kelmarin, anak-anak buah Rahmad terpaksa akur dengan kehebatan Harimau Muda apabila tumbang 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dengan kekalahan itu, Indonesia gagal mengakhiri kemarau berpanjangan selepas kali terakhir memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA pada temasya 1991 di Manila, Filipina selepas menewaskan Thailand 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

"Di kesempatan ini, saya mahu meminta maaf kepada selu- ruh masyarakat Indonesia atas kegagalan kami gagal meraih pingat emas.

"Yang jelas, para pemain telah berusaha untuk habis-habi- san untuk merebut pingat emas tetapi akhirnya kita gagal," kata Rahmad pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Rahmad berkata, barisan pemainnya telah menampilkan rentak bertenaga pada awal babak pertama sehingga memperoleh gol menerusi jaringan Gunawan Dwi Cahyo seawal minit kelima.

Bagaimanapun Rahmad mengakui, anak-anak buahnya gagal meneruskan momentum selepas memperoleh gol pembukaan tersebut, sebaliknya Hari- mau Muda tampak lebih mendominasi perlawanan.

"Sepatutnya para pemain terus memburu gol tetapi disebabkan kelekaan, kita pula yang menerima padah apabila Malaysia berjaya menghasilkan gol penyamaan.

"Ini antara punca kita gagal. Seharusnya para pemain harus mempelbagaikan corak serangan dan tidak hanya bergantung kepada pemain sayap.

"Pemain juga kelihatan takut menyerang. Situasi itu dimanfaatkan dengan baik oleh pihak lawan.

"Jujur, Malaysia mempunyai lebih banyak peluang untuk meraih kemenangan pada perlawanan hari ini," jelas bekas jurulatih kelab Persipura dan Sriwijaya FC itu.

Ditanya mengenai persiapan mental anak-anak buahnya ketika penentuan sepakan penalti, Rahmad mengakui, hanya tiga pemainnya sahaja yang benar-benar bersedia melakukan sepakan penalti.

"Pada mulanya, saya menghadapi masalah untuk memilih pemain yang bersedia melakukan sepakan penalti. Disebabkan itu, saya perlu memberi motivasi kepada mereka untuk melakukannya.





"Akhirnya mereka bersetuju melakukan sepakan penalti tetapi Malaysia tampak lebih bersedia ketika sepakan penalti dan penjaga golnya (Khairul Fahmi Che Mat) memiliki pengalaman kerana pernah beraksi pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu," tambah Rahmad.

Sekalipun gagal meraih emas, Rahmad tidak menyalahkan anak-anak buahnya ekoran kegagalan tersebut, sebaliknya beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan mereka pada perlawanan yang dihadiri hampir 100,000 penyokong tuan rumah.

"Patrich (Wanggai), Okto (Octovianus Maniani) serta beberapa pemain lain masih cedera tetapi mereka tetap memberikan aksi terbaik sketika perlawanan berlangsung," katanya.

Kegagalan Indonesia meraih emas acara bola sepak dianggap merencatkan pesta kontinjen tuan rumah yang ditabalkan selaku juara keseluruhan temasya Sukan SEA 2011 yang melabuhkan tirainya malam tadi.(Kosmo)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...