NAJIB dan Rosmah mengaminkan doa di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang semalam sejurus tiba daripada mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Mekah.
SEPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah selamat tiba di tanah air daripada menunaikan haji di Tanah Suci Mekah pada pukul 3.25 petang semalam.
Antara yang menyambut ketibaan rombongan Perdana Menteri di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Najib bersama rombongan tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lalu untuk menunaikan ibadah haji.
Di Tanah Suci, beliau sempat meluangkan masa mengunjungi pejabat Tabung Haji di bangunan Hotel Abraj Al Janadiriah dan beramah mesra dengan para jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel berkenaan.(KOSMO)
0 rungutan:
Post a Comment