Magic mencari sesuatu yang mempunyai kebenaran walau pahit untuk di telan. Pahit itulah penawar. Mengharapkan suatu keajaiban.
Wednesday, November 09, 2011
Payudara Besar Sebelah
Oleh
Magic
Saya berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak yang menyusu badan sepenuhnya. Masalahnya, payudara kanan saya lebih besar daripada kiri dan perbezaannya sangat ketara sekali dengan payudara sebelah kanan..
Anak saya pula lebih suka menyusu payudara sebelah kanan daripada kiri.
Pada 2006, saya pernah membuat pembedahan kecil kerana mempunyai benjolan payudara. Adakah ini ada kaitan dengan kes saya terdahulu?
Jawapan
MASALAH ini boleh timbul apabila sebelah payudara lebih disusukan berbanding payudara yang satu lagi. Anda boleh mencuba memerah susu dari payudara kiri.
Selain itu, mulakan penyusuan selama mungkin dari payudara kiri sehingga bayi ‘menolaknya’ sebelum bertukar ke payudara kanan yang lebih digemarinya.
Jika diteruskan seperti yang anda alami, perbezaan pada payudara boleh semakin ketara. Ia bukanlah disebabkan oleh pembedahan dahulu.(PaaDuu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rungutan:
Post a Comment