Pemain, pegawai Harimau Muda dikurnia RM30,000 | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, November 23, 2011

Pemain, pegawai Harimau Muda dikurnia RM30,000

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.

PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.





Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.(kosmo)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...