MagiC MenCari KeajaibaN: May 2012

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, May 30, 2012

TAFSIR AL- FATIHAH






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ayat 1: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Basmalah ialah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah. Membacanya dalam solat adalah wajib. Jika tidak cukup walaupun satu huruf, maka batallah solatnya. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “setiap perkara yang baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”


Ayat 2: Segala pujian hanya bagi Allah tuhan seluruh alam
Alhamdu itu memberi erti segala jenis puji, baik pujian yang kecil, yang besar, apa jua pujian pun, terkandung dalam alhamdu. Lillahi yang bermaksud hanya semata-mata untuk Allah s.w.t, sebab itu apabila dijadikan ia satu ayat, ia membawa maksud segala pujian bagi Allah swt. Tiada yang lain selain Allah swt yang berhak mendapat pujian meskipun kita pada zahirnya kekadang memuji manusia, kerana Allah swt yang memberi keizinan kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu dengan qudrat iradatnya.

Ayat 3: Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Ar-Rahman” merupakan nama yang bersifat umum meliputi segala macam bentuk rahmat. Nama ini dikhususkan bagi Allah swt semata-mata. “Ar-Rahim” (memberikan kasih sayang) hanya kepada orang-orang yang beriman. Berkenaan dengan hal ini, Allah swt berfirman: “Dan Dia-lah yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”

Ayat 4: Pemilik Hari Pembalasan
Yaumud Diin (hari pembalasan) merupakan hari perhitungan bagi semua makhluk. Ia disebut juga hari kiamat. Pada hari itu mereka diberi balasan sesuai dengan amalnya. Jika amalnya baik maka balasannya pun baik. Jika amalnya buruk, maka balasannya pun buruk kecuali bagi orang yang diampuni.

Ayat 5: Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Ibadah merupakan maqam (kedudukan) yang sangat agung yang dengannya seorang hamba (‘abd) menjadi mulia. Kerana dengan ibadat tersebut ia menyandarkan dirinya kepada Allah swt saja. Allah swt sendiri telah menyebut Rasul-Nya saw sebagai hambaNya dalam maqam yang mulia, sebagaimana dalam firmanNya: “Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam.”

Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus
Dalam konteks ini, maknanya adalah berikanlah ilham kepada kami, berikanlah rezeki kepada kami, berikanlah rezeki kepada kami atau berikanlah anugerah kepada kami.

Ayat 7: (iaitu) Jalan-jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Tunjukanlah kepada kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah Engkau memberikan nikmat kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang memperoleh hidayah, istiqamah, taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Bukan jalan orang-orang yang mendapat murka, iaitu mereka yang tidak memiliki niat yang baik. Mereka mengetahui kebenaran namun menyimpang darinya. Bukan juga jalan orang yang sesat, iaitu orang-orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan, sehingga mereka berada dalam kesesatan dan tidak mendapatkan jalan menuju kebenaran.

Read more...

Monday, May 07, 2012

Ustaz Budak: Saya difitnah

Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri
MACHANG - Setelah lima bulan, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau menyamakan Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW.

Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.






Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.

”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.

”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.

Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.

Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan­ dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.

Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.

Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman­ kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.

Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.

”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.

”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.

Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.

Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.

“Saya tidak gementar dengan ujian­ ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.

Wawancara bersamaUstaz Budak akan disiarkan esok. (Sinar Harian)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...