MagiC MenCari KeajaibaN: February 2011

klik sini

Ruangan Churp

Saturday, February 19, 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

oleh Bomba Selangor pada pada 16hb Februari 2011 pukul 8.31 pagi


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber: gempak.org

Read more...

Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

SELAMAT HARI KEPUTERAAN WAHAI KEKASIH ALLAH JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W..

Renungan dan ingatan bersama:

Hari kehancuran

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

--SELAWAT DAN SALAM KEATAS RASUL JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W--
Read more...

Wednesday, February 02, 2011

Fitnah Tentang Keadaan yang Berlaku Di Mesir



Fatimah Zuhri February 2 at 8:17am Report
Mohon bantuan bloggers :


Sejak 2 hari lalu telah terlalu byk fitnah berlaku berkenaan usaha kerajaan membantu pljr di Cairo. Kbykan student yg bljr di sini mmg anti-kerajaan tapi tu x pe la. Yg pntg ni i nak merayu agar bloggers dpt ltkkan dlm blog msg2 berkenaan 4 FITNAH berikut:

1. Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah - FITNAH.

Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mrk. The person who wrote the thing is not even in Cairo.

See the link below. Clearly showed he used CELCOM utk connect dlm Egypt which is total bullshit.

http://tinyurl.com/67kubq4

I have try to get in touch with this fella but dia MIA. He is just a boy from Kuantan with too much time.
The other ppl dlm diskusi ini i dah contact n they confirm it is just khabar angin. I think this boy from kuantan
confuse dgn rape incident which did happened in london.

2. Student kebuluran - FITNAH

Tiada seorang pun student yg kebuluran. Mmg byk kedai tutup tapi ada je kedai yg buka esp waktu curfew diangkat (8 pagi - 4 ptg). Kebanyakan yg kluar beli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau student lelaki
malaysia atau pihak kedutaan yg hntr.

3. Penjenayah keluar dr penjara - FITNAH

Kebanyakan prisoners yg dikeluarkan dr prison adalah political prisoners bukan penjenayah hardcore.
Kebanyakan drpd mereka adalah drpd jemaah Muslim Brotherhood.

4. Robbery - FITNAH

Semua student Malaysia telah diarah berkumpul di Cairo. Di Cairo, mereka duduk di MY houses, rumah family malaysian, MY halls, and egyptian family.Stp umah ada dlm 40-45 org. Ltk ramai2 kerana sekuriti lebih terjamin.Setakat ini belum ada bdk2 kita complained kena rompak. Tetapi jiran2 arab yg lain ada la. Ini disebabkan sama la gaduh spt Hamas-Fatah.

Si polan tu penyokong Mubarak and penyerang tu penyokong Muslim Brotherhood. Langsung tiada kaitan dgn org kita

Memang nampak benda2 di atas mcm remeh je, but bear in mind, bdk2 yg kuat FB ni pi britau mak bapak depa.

Mak bapak depa pi britau kawan2 depa n all hell break loose. Lps tu habis kementerian dihujani panggilan drpd worried parents. Talian yg x stable di Kaherah pun x dpt digunakan scr efektif. Instead of getting calls n updates drpd student2 kat sana, we get calls drpd parents.

Kita mmg phm concern parents ni sbb dgr mcm2..seolah2 kat kaherah ni mcm neraka etc but in reality our students are very safe sbb kbykan mrk ikut peraturan, x kluar rumah waktu curfew (4ptg-8pagi). ISP in egypt does not work. kena guna dialup n call nombor negara2 eropah tapi masih slow.

Cuma certain websites shj dpt dipaparkan.Ubah/rekalah ayat bagaimana u all suka but harap 4 msg di atas dpt disampaikan sbb it will bbrp hari lagi sblm kapal dtg. Students akan dibawa ke Jeddah and akan berkampung di situ. Sape yg nak balik boleh balik. Sape yg x nak balik boleh berkampung di situ.


Nota:

1. Buat pembaca-pembaca blog ini agar menggunalah akal fikiran yang waras. Tidak guna belajar tinggi-tinggi tetapi kerana perbuatan mereka-mereka ini sama sahaja dengan orang yang tidak bersekolah.

2. Mereka yang menyebarkan fitnah ini tidak fikir apa perasaan ibubapa yang ada anak-anak, belajar di Mesir. Sekiranya ada ibubapa yang meninggal kerana dengar keadaan di Mesir, macam mana? Kerana khabar angin ini jarang orang ambil peduli betul atau tidak. Kemudian jarang hendak ambil peduli, nak cari dari umber mana yang boleh dipercayai.

3. Menurut sumber, Pesawat Hercules C130 Charles telah berlepas dari Lapangan Terbang TUDM Subang pada pukul 12 tengahari , 2 Januari 2011 ke Mesir dalam Misi Kemanusiaan dengan membawa bekalan makanan seterusnya membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

4. Adakah rakyat Malaysia pernah terfikir, kerajaan tidak ambil peduli dengan rakyat-rakyatnya? Seperti yang berlaku di Padang, Indonesia kerana gempa bumi, pelajar di sana dibawa pulang dan tidak dibiarkan menderita di sana.

5. Semoga para pembaca agar dapat membezakan mana yang baik dan buruk dan sekiranya ada suatu berita yang disampaikan,eloklah diselidik dahulu dari mana ianya datang dan pastikan ianya sahih.

p/s: Semoga semuanya kembali aman dengan segera.

(credit to Cik Mie)

Read more...

Tuesday, February 01, 2011

Tahniah Kepada Red Warrior!!!!

Jutaan tahniah & terima kasih dirakamkan kpd pasukan  RED WARRIOR (Kelantan) kerana berjaya menewaskan pasukan Selangor dlm perlawanan Piala Sumbangsih dan berjaya bermain dlm 1 kumpulan serta menghasilkan ape yang di harapkan oleh penyokong.


Tetapi jurulatih Selangor iaitu K.Devan berpendapat pemainnya bermain di bawah keupayaan sebenar dan mengalami kejatuhan moral di awal permainan setelah di bolos dengan jaringan penalti walaupun perlawanan masih berbaki lagi 82 minit.


Sebelum sepak mula di langsungkan, pasukan The Red Warriors telah di kejutkan dengan penggantungan yang di kenakan 6 bulan ke atas bekas jurulatih iaitu B.Sathianathan yang kini telah memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi The Red Warriors (TRW) yang akan di tubuhkan tidak lama lagi serta sebagai Penasihat Teknikal & Pembangunan kepada Presiden KAFA. Inilah antara cabaran awal yang terpaksa di lalui pasukan TRW.

Kelantan yang hanya di barisi 2 pemain Piala Suzuki AFF berbanding Selangor mempunyai 6 orang berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 setelah Razman Roslan dilayangkan kad kuning pertama kerana mengasari pemain Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya pada seawal minit ke-7 dalam petak penalti.


Manakala gol ke-2 di hasilkan melalui sepakan percuma yang agak cantik oleh ketua pasukan Kelantan iaitu Mohd. Badri Radzi iaitu
"piya" pada minit ke-82. Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat muncul sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih setelah beraksi cemerlang dengan menggagalkan banyak peluang2 yang di hasilkan oleh pemain Selangor.

Semoga dengan kemenangan pertama dan merangkul kejuaraan di awal musim dapat memberi semangat untuk terus berjuang hingga ke penghujungnya. Semoga maju jaya The Red Warriors.

(credits to eelobor)



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...