10 Perbuatan Romantik Dalam Perkahwinan | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, November 04, 2011

10 Perbuatan Romantik Dalam Perkahwinan


Senarai 10 perbuatan romantik dalam perkahwinan yang pasangan harus cuba. Mungkin dengan mengamalkannya dapat mengeratkan lagi hubungan diantara suami dan isteri isteri.

1.Ciuman goodbye atau kiss goodbye pada setiap pagi adalah perkara yang sangat romantik. Ciuman ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada anda dan pasangan anda. Anda berdua juga akan lebih bersemangat.

2.Sentiasa mengucapkan perkataaan ‘ I love U’ setiap kali anda terasa ingin ucapkannya. Pasangan anda pasti akan rasa sangat di sayangi apabila anda selalu mengucapkan perkataan tersebut. Selain itu, anda juga akan rasa sangat lega kerana dapat melepaskan perasaan sayang di hati menerusi ucapan I love U tersebut.

3.Duduk berdua – duaan dengan pasangan anda . Anda boleh memeluk pasangan anda dari belakang dan ucapkan kata – kata cinta pada dia selama lima minit.

4.Lakukan perkara bersama – sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti.

5.Bergurau senda antara satu sama lain. Ketawa yang terhasil dari lawak anda berdua pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing – masing.

6.Raba pasangan anda ketika dia tidak sedar anda akan lakukannya pasti menerbitkan rasa sayang yang amat antara anda berdua.

7.Sentiasa menyentuh pasangan anda seperti berpegangan tangan, memeluk pasangan anda dan menari bersama.

8.Makan bersama – sama dengan pasangan anda. Suap makanan ke mulut pasangan anda.

9.Urut pasangan anda jika anda lihat dia berada dalam keadaan letih.

10.Kongsi setiap perkara bersama – sama pasangan anda termasuklah hal –hal rahsia peribadi.

Sumber PaaDuu

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...