Pesta Liar Cuti Aidiladha | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, November 09, 2011

Pesta Liar Cuti Aidiladha


Ketika takbir sempena Aidiladha dialunkan dari masjid berhampiran, sebuah asrama pekerja asing di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak dekat sini, bertukar menjadi ‘Patpong mini’ apabila lebih 300 pekerja asing berpesta dengan tarian mengiurkan dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.

Sambil diiringi tarian gelek mengasyikkan daripada beberapa gadis genit yang berpakaian seksi, pekerja warga asing terbabit berhibur sakan tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat tempatan berhampiran asrama itu.
Pesta bermula jam 9.30 malam dipercayai dianjurkan beberapa pekerja warga asing di asrama pekerja itu.

Asrama pekerja itu dihuni pekerja asing dari Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myanmar yang bekerja di sebuah kilang elektronik berhampiran.

Timbalan Pengerusi Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bidara Permai, Aziz Said berkata, penghuni asrama terdiri daripada warga asing itu mengadakan pesta dengan tarian disko, dangdut dan techno dalam kawasan penempatan mereka tanpa menghormati alunan takbir raya, sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk taman berkenaan.(PaaDuu)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...