Magic mencari sesuatu yang mempunyai kebenaran walau pahit untuk di telan. Pahit itulah penawar. Mengharapkan suatu keajaiban.
Sunday, November 06, 2011
Jue Aziz belum berpunya
Oleh
Magic
KHABAR angin kononnya dia sudah bernikah dengan lelaki dari Kelantan memanaskan kembali nama Jue Aziz yang kini semakin dilupakan.
Bagaimanapun, Jue atau
nama sebenarnya Zuliana Aziz, 28, sudah membuat penafian berhemah.
Tidak melatah apatah lagi memulangkan paku buah keras, pelakon drama bersiri Lagenda Budak Setan itu masih mampu tertawa ria. Katanya, status solo masih kemas dalam lipatan dan status itu tidak mungkin terurai dalam tempoh terdekat memandangkan hatinya masih tidak terisi lelaki istimewa.
“Saya juga masih solo. Masih belum berkahwin. Cerita itu mungkin berpunca kerana saya kerap ke Terengganu tidak lama dahulu. Masyarakat sekitar yang tidak tahu perkara sebenar mudah untuk berfikir yang bukan-bukan,” sekali lagi si rambut panjang mengurai itu menepis berita palsu tentang dirinya.
Tidak mengambil serius episod cerita rekaan berkenaan, aktres yang muncul dalam filem Hantu Bonceng itu juga baru mampu bernafas lega selepas drama bersiri terbaru lakonannya, Nilapura selesai menjalani penggambaran.
Dalam drama epik yang berlatarkan Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak itu, Jue memegang watak Puteri Ratna Emas Lela yang merupakan puteri bongsu Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemarkan kerja amal.
“Dalam drama itu, saya sedia mengorbankan cinta demi kasih sayang terhadap negara saya iaitu Bimasakti. Saya juga terpaksa berkahwin atas dasar diplomatik antara negara saya dan Nilapura,” ulasnya mengenai watak utama yang dibawa dalam drama berlatarkan zaman dahulu kala itu.
Mula disiarkan pada Isnin lalu menerusi slot Aksi di TV3, Nilapura turut dibarisi pelakon hebat antaranya Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Hilal Azman dan Ramona Zam Zam.(KOSMO)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rungutan:
Post a Comment