Peminjam PTPTN boleh runding bayaran | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Monday, October 31, 2011

Peminjam PTPTN boleh runding bayaran


KOTA BHARU – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu tampil berunding bagi membolehkan mereka dipertimbangkan membayar balik pinjaman mengikut kemampuan sekali gus mengelak disenaraihitamkan.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, sikap liat untuk membayarnya hanya mengundang masalah kepada peminjam, termasuk larangan ke luar negara.
Menurutnya, yang penting peminjam sedia berbincang dan memulakan pembayaran balik.

Beliau berkata, peminjam akan diletakkan dalam senarai hitam apabila hilang selepas menerima pinjaman serta tidak dapat dihubungi selama tiga atau empat tahun.

“Larangan ke luar negara bagi peminjam yang gagal membayarnya masih kekal malah mereka yang terlibat mahu mengerjakan haji atau umrah juga ditahan.

“Kita berunding dan mereka hanya dibenarkan ke luar negara selepas membuat pembayaran dengan jumlah dipersetujui pihak PTPTN,” katanya pada Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan PTPTN kepada 278 pelajar pengajian peringkat diploma untuk pengambilan kedua, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamad itu turut dihadiri Pengurus Bahagian Pinjaman PTPTN, Abdul Ghafar Yusof.

Tuan Din berkata, sejak PTPTN ditubuhkan 1997 hingga semalam, pinjaman berjumlah RM41.6 bilion diluluskan kepada 1.9 juta pelajar seluruh negara.

Menurutnya, orang ramai perlu memanfaatkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk menikmati pelbagai kemudahan seperti potongan cukai, perlindungan insurans, geran sepadan dan jaminan daripada kerajaan.(sinar Harian)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...