Liverpool seri lagi | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Sunday, October 23, 2011

Liverpool seri lagi

LIVERPOOL: Liverpool mencatat keputusan seri kali kedua berturut-turut dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas Norwich lega dengan keputusan 1-1 di Anfield, pagi tadi.

Penyerang, Craig Bellamy mempamerkan sentuhan cemerlang buat kali pertama sejak kembali ke Liverpool Ogos lalu, menjaringkan gol tuan rumah pada minit terakhir babak pertama.
Bagaimanapun, Grant Holt menyamakan kedudukan cuma tiga minit selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian hasil hantaran Anthony Pilkington dengan tandukan kencang.
Satu mata itu membolehkan Norwich melonjak ke tangga ketujuh, cuma tiga mata di belakang Liverpool yang menduduki tangga kelima. - AP

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...