Mamat Mendakwa Sepah Masih Wujud | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, October 07, 2011

Mamat Mendakwa Sepah Masih Wujud


KUALA LUMPUR – Konflik pembubaran kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Mamat,Jepp dan Shuib bertambah rumit apabila mamat mendakwa kumpulan tersebut masih lagi wujud.

Mamat berkata, Sepah masih terlibat meneruskan perjuangan termasuklah menerima tawaran berlakon untuk projek-projek terbitan Astro.

“Memang kami sudah tidak bersama lagi tapi Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktiviti melibatkan Sepah,” kata Mamat.

Sebelum ini Mynewshub.my, Rabu melaporkan Jepp dan Shuib membuat pengakuan membubarkan Sepah dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Sepahtu yang dianggotai mereka berdua.

Mamat bagaimanapun tidak ditawarkan untuk menyertai kumpulan tersebut kerana dipercayai mempunyai masalah disiplin selepas beberapa kali diberi peluang untuk memperbaikinya.

Mamat memberitahu hubungan dia dengan dua rakannya itu tidak mempunyai masalah dan boleh bekerjasama tetapi dia agak terkilan dengan beberapa kenyataan kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

“Jika mereka katakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nak komen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata,” jelasnya.

Namun, Mamat membidas kenyataan Jep yang mendakwa dia hanya mahu bekerja dengan orang yang menghargai karya seni sahaja.

“Karya datang daripada Tuhan. Jadi jangan katakan karya itu hak milik kita kerana kitasebenarnya tiada apa-apa,” ujarnya.

Mamat turut berpesan kepada semua pihak agar tidak menindas antara satu sama lain jika mahu berjaya.

Oleh: Ahmad Hisham

Mynewshub



0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...