MKN kerah 30,000 anggota hadapi banjir | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Saturday, October 29, 2011

MKN kerah 30,000 anggota hadapi banjir



KOTA BHARU – Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersiap sedia mengerah seramai 30,000 anggota untuk misi menyelamat sekiranya berlaku banjir di negeri ini ekoran angin Monsun Timur Laut yang mula melanda dan membawa hujan lebat sejak seminggu lalu.

Setiausaha MKN Kelantan, Roslee Mamat (gambar) berkata, selain anggota menyelamat, semua kelengkapan logistik juga telah disediakan dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Jelas beliau, pengalaman menangani bencana banjir yang berlaku sejak bertahun-tahun lalu menyebabkan MKN sentiasa bersedia untuk memastikan semua rakyat yang terjejas dapat diberikan bantuan segera.

“Kita telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Banjir bulan lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan, NGO dan swasta bersedia pada bila-bila masa jika banjir melanda.

“Seramai lebih 30,000 anggota akan terlibat dalam misi menyelamat mangsa banjir tahun ini yang melibatkan pakar komunikasi, pakar penyelamat, pakar keselamatan dan pakar kebajikan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Roslee berkata, antara kelengkapan logistik yang sudah ada untuk digunakan adalah sebanyak 116 buah lori, 269 pacuan empat roda, 40 van, 143 bot dan tujuh helikopter yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk bantuan menyelamat.

Sementara itu, tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meluluskan peruntukan awal RM176,696 untuk perbelanjaan makan dan minum semua mangsa banjir yang akan ditempatkan di 729 pusat pemindahan banjir yang akan dibuka nanti.(KOSMO)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...