Harga tiket perlawanan Terengganu-Kelantan dinaikkan | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, October 07, 2011

Harga tiket perlawanan Terengganu-Kelantan dinaikkan



KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menaikkan harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini Isnin ini.

Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata harganya ialah RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk tempat duduk berbumbung berbanding masing-masing RM10 dan RM20 sebelum ini.
Harga tiket bagi tahun depan akan dibincangkan kemudian, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tiket bagi perlawanan separuh akhir juga akan dinaikkan, sekiranya Terengganu layak.


"Kenaikan harga itu diambil pada mesyurat eksekutif PBSNT semalam.


PBSNT berpendapat kenaikan harga itu tidak membebankan peminat kerana inilah pertama kali PBSNT menaikkan harga tiket. - Bernama

Mymetro



0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...