KAFA kekal 15 pemain muka lama | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Thursday, October 27, 2011

KAFA kekal 15 pemain muka lama


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan 15 pemain utama musim ini termasuk penyerang kebangsaan, Norshahrul Idhlan Talaha dan penjaga gol skuad negara dan Olimpik, Khairul Fahmi Che Mat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan perkara itu berkata, 10 pemain lain digugurkan manakala lima pemain skuad Piala Presiden termasuk dua muka baru diserapkan dalam skuad utama negeri.
Selain Khairul Fahmi dan Norshahrul, penjaga gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak, Mohamad Ab Aziz Ismail, Muhd Badhri Radzi, Shakir Shaari, S Chanturu, Nurul Azwan Roya, Mohd Ramzul Zahini Adenan dan Mohd Nizab Ayub dikekalkan.
Pemain yang digugurkan adalah penjaga gol ketiga dan keempat, Norhadi Ubaidillah dan Mohd Halim Napi, Wan Rohaimi Wan Ismail, Khairan Eruan Razali, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eroza Razali, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah, Zul Yusri Che Harun dan Khalid Jamlus.

“Lima pemain skuad Piala Presiden yang ‘naik pangkat’ adalah Mohd Izuan Solahuddin, Khairul Izuan Rosli, Mohd Aris Zaidi dan dua muka baru, Mohd Zamri Ramli dan Nik Shahrul Azim Abd Halim,” kata Annuar pada sidang media di Kota Bharu, kelmarin.

Selain 19 nama skuad Red Warrior musim depan itu, KAFA masih mencari lima pemain tempatan bagi mengisi kekosongan posisi tengah, penyerang dan penjaga gol, selain tiga pemain import untuk melengkapkan keseluruhan skuad.

Daripada lima pemain itu, empat kini dalam peringkat perbincangan terakhir tetapi nama mereka belum boleh diumumkan manakala pengambilan tiga pemain import diserahkan kepada Ketua Jurulatih baru, Peter James Butler.
“Saya tidak campur tangan dalam urusan pemilihan pemain kerana ia diserahkan kepada Butler untuk menilai setiap pemain import yang diuji sebelum memutuskan nama mereka penghujung bulan ini,” kata Annuar. -Berita Harian

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...