Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat terbaik SMU | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Tuesday, December 27, 2011

Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat terbaik SMU

(Datuk Mohd Amar Abdullah bersama pelajar cemerlang Sijil Menengah Ugama 2011 di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Machang, hari ini. Foto Rizal)

MACHANG, 27 Dis: Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat muncul sekolah terbaik Yayasan Islam Kelantan (Yik) tahun ini dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2011 dengan pencapaian 100 peratus.

Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat merupakan antara sembilan sekolah aliran Yik yang mendapat kelulusan 100 peratus terbaik dalam peperiksaan itu.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah Arshad di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, tengahari tadi.

Sementara itu, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Al-Farouq Azmi Nazmi yang mendapat mumtaz dalam peperiksaan SMU diumumkan sebagai pelajar cemerlang Yik.

Farouk yang juga anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi itu memperolehi 10 mumtaz dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dengan pencapai 97.90 peratus.

Nur Dini Ahmad Zawawi dari MMP pula dinobatkan sebagai pelajar cemerlang wanita apabila 10 mata pelajaran yang diambil mendapat mumtaz dengan 96.90 peratus.

Muhammad Safwan Mohd Shamsudin, dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong pula pelajar terbaik Tahfiz juga 10 mumtaz 94.30 peratus.

Amar berkata, secara umumnya keputusan peperiksaan berkenaan begitu cemerlang berbanding tahun lalu apabila 1,384 orang mendapat mumtaz (cemerlang) dengan peningkatan 31.31 peratus, berbanding sebelumnya 1,091 orang.

Beliau seterusnya memberitahu, begitu juga di peringkat Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) juga turut meningkat 27 peratus tahun ini dengan pencapaian 85 peratus, berbanding tahun sebelumnya 57.03 peratus.

Antara sekolah yang mendapat kelulusan 100 peratus, Maahat Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Asriah Banggol Chicha, Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Turut mendapat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan itu, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, SMU (A) Al Ulum Padang Embun, Sek Men Islam Puchong, Selangor, Pusat Pendidikan Islam, Gunong dan Maahad Tahfiz Repek, Pasir Mas.

Amar ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas peningkatan dalam peperiksaan yang begitu memberangsangkan.

Katanya, peningkatan dari tahun ke tahun ini cukup membuktikan usaha Yik yang mengutamakan pendidikan Islam melalui didikan syahsiahnya adalah benar.

“Selain quality pelajar itu sendiri yang sememangnya telah hebat, ditambah pula dengan didikan, sesi tarbiah di sekolah ditambah pula sokongan guru dan doa ibubapa, menyebabkan peratus kecemerlangan itu semakin bertambah,”ujarnya. (harakahdaily)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...