34,271 pelajar dapat semua A PMR | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, December 23, 2011

34,271 pelajar dapat semua A PMR

SEBAHAGIAN daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V bersorak gembira selepas berjaya memperoleh keputusan 8A PMR di Seremban semalam.

PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun lalu.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.




Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapai- an calon berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun lalu.

Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.(Kosmo)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...