KWSP catat pendapatan pelaburan RM6.8 bilion | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, December 16, 2011

KWSP catat pendapatan pelaburan RM6.8 bilion


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM6.8 bilion pada suku tahun ketiga 2011 berbanding RM5.75 bilion pada suku ketiga tahun sebelumnya.

Diperkukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli, aset pelaburan KWSP terus meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion pada akhir tahun 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, suku ketiga tahun ini menyaksikan pasaran domestik dan global mengalami tekanan jualan berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat daripada AAA kepada AA+ oleh firma pasaran kewangan, Standard & Poor's dan kesan krisis hutang zon Eropah.




"Bagaimanapun, portfolio KWSP kekal teguh dan kualiti aset KWSP yang berdaya tahan membantu mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan jangka pendek," katanya semasa mengumumkan prestasi belum diaudit KWSP bagi suku ketiga 2011 di sini semalam.

Azlan menegaskan bahawa prestasi pelaburan KWSP yang membanggakan itu adalah hasil usaha pengurus dana ekuiti KWSP yang telah melaksanakan strategi pengambilan untung dengan menyimpan keuntungan terutamanya sebelum berlakunya kelembapan pasaran dan dividen baik yang diterima daripada syarikat-syarikat tersenarai.

"Di samping itu, prestasi positif ini dicapai ekoran pematuhan KWSP terhadap rangka kerja berhemah yang berkesan untuk meningkatkan dan melindungi simpanan ahli," kata beliau. (Kosmo!)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...