Presiden Somalia kesal kematian jurukamara BERNAMA TV | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Saturday, September 03, 2011

Presiden Somalia kesal kematian jurukamara BERNAMA TV

PUTRAJAYA: Presiden Somalia, Sharif Sheikh Ahmed menyampaikan ucapan takziah dan kekesalan beliau atas kematian jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ucapan takziah itu disampaikan oleh presiden berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pemimpin Somalia itu menghubungi Najib.
Anifah berkata, kerajaan Somalia juga memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dan laporan yang menyeluruh berhubung insiden pahit tersebut.
"Menteri Dalam Negeri Somalia menjanjikan kita (kerajaan Malaysia) siasatan serta laporan yang rapi. Presiden Somalia menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham (Noramfaizul) serta kekesalan beliau di atas kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noramfaizul, 39 meninggal dunia jam 11 malam waktu Malaysia pada semalam selepas terkena tembakan peluru sesat di bahu kanan yang menusuk paru-parunya semasa pulang ke tempat kediaman selepas membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Beliau adalah antara 55 anggota misi tersebut yang berlepas ke Mogadishu, Somalia pada 28 Ogos lalu.

Anifah berkata, kawalan keselamatan di hotel penginapan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia juga sudah dipertingkatkan.
Katanya, persediaan sedang dilakukan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham dan kesemua anggota misi itu dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di tanah air pada pagi esok.

Anifah berkata, pihak keselamatan Somalia juga berjanji akan memberikan kawalan ketat bagi perjalanan misi Malaysia dari tempat penginapan ke lapangan terbang. - BERNAMA

Berita Harian



0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...