‘Kami belum lagi di zon selesa’ - The Red Warrior | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Thursday, September 08, 2011

‘Kami belum lagi di zon selesa’ - The Red Warrior





Kelantan tak boleh hilang fokus, ia hanya satu permulaan positif: Azman

KELANTAN harus mengelak perasaan sudah berada dalam ‘zon selesa’ hanya kerana sudah memenangi satu perlawanan kerana apa yang penting ialah terus mendukung ciri-ciri selaku juara dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata tiga mata dikutip ketika menewaskan Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Kuching hanya satu permulaan positif.
“Untuk perlawanan pertama, kita berpuas hati dengan persembahan pemain namun masih ada beberapa kelemahan perlu dibaiki. “Bagaimanapun, kemenangan ke atas Sarawak tidak boleh memastikan kita berada dalam ‘zon selesa’ berikutan pencabar pasukan lain dalam kumpulan dilihat mampu memberi saingan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azman berkata, Kelantan tidak boleh hilang fokus kerana saingan dalam dalam kumpulan ini tidak boleh dipandang remeh kerana misi pasukan di bawah kendalian Datuk M Karathu harus bekerja keras untuk mara ke peringkat suku akhir dalam usaha mahu mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia.

“Kami harap permulaan yang baik ini dapat diteruskan sehingga layak ke peringkat seterusnya dan pemain diingatkan supaya tidak mudah selesa kerana permainan baru saja bermula.

“Kami akan beri tumpuan untuk perlawanan seterusnya supaya pemain tidak hilang fokus malah segala kelemahan daripada perlawanan pertama akan dibaiki sebelum perlawanan kedua,” katanya.

Berita Harian

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...