Khairul Fahmi Penjaga Gol Terbaik Asia | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, January 18, 2012

Khairul Fahmi Penjaga Gol Terbaik Asia


Mereka yang ‘gila bola’ khususnya yang gemar melayari internet untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai sukan tersebut di seluruh dunia, pasti pernah melayari laman web www.goal.com.
Ia sebuah portal komprehensif yang mengumpul berita mengenai bolasepak dari benua Amerika hinggalah ke benua Asia.



Baru-baru ini satu undian telah dijalankan oleh portal tersebut bagi mencari siapakah yang dianggap oleh peminat bola sepak sebagai penjaga gol terbaik Asia.
Apa yang membanggakan, penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mendapat tempat pertama dalam undian tersebut.
Sebelum ini, laman web itu meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.


Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.
Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).


Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.

Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan terkejut atas pengiktirafan tersebut serta menegaskan bahawa beliau akan memberikan komitmen yang lebih tinggi terhadap kariernya selepas ini.

“Alhamdulillah..saya tak sangka..terkejut jugak, tak expect pun untuk dapat pengiktirafan begitu.

“Bagaimanapun, saya akan tingkatkan usaha lagi..lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang di dalam bidang karier saya ini..pengiktirafan ini memberikan saya lebih semangat untuk terus maju ke hadapan,” katanya.

Tahniah kepada Apex.

Ia secara tidak langsung menunjukkan, kemampuan dan kehebatan beliau bukan saja diiktiraf pemerhati serta peminat bola sepak tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa. (PaaDuu)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...