Kelantan enggan dabik dada | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Tuesday, August 30, 2011

Kelantan enggan dabik dada


PEMAIN Kelantan giat berlatih pada sebelah malam pada bulan Ramadan sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia.


Skuad Karathu enggan pandang mudah lawan peringkat kumpulan

WALAUPUN dilabel pilihan untuk menjuarai peringkat kumpulan, Kelantan enggan memandang mudah lawan tapi ketika sama sudah wujud satu keyakinan betapa Piala Malaysia mampu dipertahankan, musim ini.
Kejayaan menjuarai Liga Super turut menyemarakkan semangat barisan didik M Karathu untuk membuktikan nilai mereka apabila membuka tirai perlawanan pada 6 September ini membabitkan Johor FC, Kuala Lumpur Felda United FC dan Sarawak dalam Kumpulan C.
“Saya tidak mahu anak buah saya anggap cabaran mereka mudah. Jika dilihat dalam pertembungan Kelantan dan Johor FC sebelum ini, kita hanya mampu menang dengan perbezaan jaringan kecil.

“Dalam saingan musim ini, saya melihat tiga pasukan pilihan lain, Terengganu, Selangor dan Kedah pasukan yang hebat dan mampu menghancurkan impian Kelantan,” kata Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993.

Apa yang membuat pengendali The Red Warriors bertambah gembira adalah ayam tambatan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sudah pulih daripada kecederaan dan tambahan dua lagi ‘penyerang import’ dari Pahang - Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran turut menunjukkan bisa masing-masing.

“Penyudahan kami belum cukup bagus, mungkin ini disebabkan kecergasan. Tapi Azammuddin seorang penyerang hebat dan sudah dapat bergandingan baik bersama Mat Yo dan Piya (Mohd Badhri RadhziPiya). Semuanya bergerak baik ketika ini,” katanya.
INFO: Fokus - Kelantan
Pengurus Pasukan : Azman Ibrahim
Ketua jurulatih : Datuk M Karathu
Penolong jurulatih: Mohd Sideek A Samsudin




PENCAPAIAN
Piala Malaysia
2010 - Juara
1955, 1970, 2009 - naib juara

Liga Super
2011 - Juara
2010 - Naib juara

JADUAL

6 September
Sarawak mln Kelantan

10 September
Kelantan mln Johor FC

14 September
Felda United mln Kelantan

18 September
Kelantan mln Sarawak

24 September
Johor FC mlm Kelantan

27 September
Kelantan mlm Felda United

Sumber : Berita Harian

2 rungutan:

sopan santun said...

nk save page eh..sng nk refer game.

Magic said...

haha..game gapo?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...