'Rampas kembali trofi itu' | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, August 26, 2011

'Rampas kembali trofi itu'


MOKHTAR (depan empat dari kanan) bersama pegawai dan pemain Selangor selepas majlis berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Selangor keluar arahan rebut Piala Malaysia selepas 6 tahun gigit jari

SELANGOR bertekad menjulang Piala Malaysia, musim ini untuk mencari penawar duka selepas gagal mendakap trofi Liga Super dan mesej ini harus memberi gegaran kepada lawan lain.

Kata-kata yakin itu disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad yang menggesa setiap pemain skuad The Red Giants, menumpukan segenap usaha dan tenaga merampas kembali trofi yang kali terakhir mereka menangi pada 2005.
“Sebagai juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor memang tebal dengan pengalaman dalam saingan, cuma yang penting ialah semua pihak terutama pemain berikan komitmen penuh untuk pastikan kejayaan pasukan,” katanya kepada pemberita sempena majlis berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur, kelmarin.
Selangor yang menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga di belakang Kelantan dan Terengganu gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dan kejuaraan Liga Super, selain tewas di separuh akhir saingan Piala FA kepada Kelantan yang muncul juara.

Untuk saingan Piala Malaysia kali ini, skuad kendalian jurulatih, K Devan itu diundi dalam Kumpulan D bersama-sama T-Team, Kuala Lumpur dan Polis dijangka tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan.

Devan berkata, sejak dua musim dia mengendalikan The Red Giants, pasukan itu belum pernah melepasi peringkat suku akhir Piala Malaysia dan selaku juara 32 kali, mereka pasti ingin mendakap piala berprestij itu yang juga satu daripada sasaran utama mereka musim ini.

“Kini, saya lega kerana semua pemain saya sudah cergas sepenuhnya dan kami boleh memulakan kempen Liga Malaysia dengan skuad yang benar-benar mantap,” katanya.
Selangor akan membuka tirai perlawanan menentang T-Team pada 6 September ini di gelanggang lawan.

Dipetik dari Berita Harian

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...