Kuala Lumpur, 2 sept.- Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor maut setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia jumaat semalam.
Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul,41,bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukol 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu) katanya.
Khairulanuar berkata ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputa berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 sept. ini.
Bernama
Magic mencari sesuatu yang mempunyai kebenaran walau pahit untuk di telan. Pahit itulah penawar. Mengharapkan suatu keajaiban.
Saturday, September 03, 2011
Jurukamera Bernama Maut Di Somalia
Oleh
Magic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 rungutan:
xyah bubuh nama bernama 2..kedekut sgt.
hahaha...xleh..tanda hormat..hehe
Post a Comment