Magic mencari sesuatu yang mempunyai kebenaran walau pahit untuk di telan. Pahit itulah penawar. Mengharapkan suatu keajaiban.
Thursday, September 22, 2011
Zaki: Gaji hakim lebih rendah dari peguam
Oleh
Magic
Tun Zaki Azmi berkata, beliau berjaya melantik enam orang peguam sebagai hakim kanan, sepanjang tiga tahun perkhidmatannya sebagai ketua hakim negara.
Jumlah itu dilihat agak besar, namun Zaki berkata usaha berkenaan bukanlah perkara mudah kerana peguam berkenaan terpaksa menerima bayaran gaji yang lebih rendah.
"Saya mahu ambil lebih ramai lagi. Dua orang lagi. Saya cuba ajak mereka (supaya sertai kehakiman). (Tapi) di saat terakhir mereka menolak. Gaji tak cukup," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.
Menurutnya, peguam yang berkualiti boleh meraih pendapatan lebih RM1 juta setahun.
“Tiba-tiba, (bila) mereka jadi hakim gaji mereka RM400,000 (setahun). Siapa yang mahu? Proton Saga atau Proton Perdana?," katanya.
Satu cara penyelesaiannya, hakim perlulah menerima imbuhan yang setimpal, kata Zaki.
Beliau tidak menjelaskan sistem tangga gaji untuk para hakim, namun Zaki percaya, hakim yang baru dilantik boleh menerima bayaran gaji yang lebih tinggi daripada Ketua Setiausaha Negara.
Dalam tempoh beliau mengetuai cabang kehakiman, Zaki menjangkakan bahawa gaji para hakim telah dinaikkan sehingga 40 peratus.
Namum, bukan hakim sahaja yang mendapat kenaikan gaji.
Pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 yang diluluskan pada Julai lalu membolehkan empat orang hakim paling kanan berkhidmat dalam tempoh yang lebih pendek untuk mendapat bayaran pencen penuh.
Pindaan berkenaan menggariskan bahawa hakim tersebut hanya perlu berkhidmat selama tiga tahun, berbanding sepuluh tahun sebelum ini.
Secara kebetulan, Zaki sebelum ini dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudiannya sebagai Ketua Hakim Negara pada 2007, sebelum bersara pada 14 September lalu pada usia 66 tahun.
Pindaan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2009.
Zaki ketika bercakap di satu persidangan kehakiman awal bulan ini telah menafikan dakwaan beberapa peguam bahawa pindaan tersebut dibuat untuk kepentingan dirinya.
Katanya, pindaan tersebut dijalankan untuk kepentingan hakim terdahulu seperti bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, serta bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dan Tan Sri Mohamad Jemuri Serjan.
Zaki memberitahu Malaysiakini bahawa dakwaan berhubung pindaan tersebut, didakwa melayakkan beliau mendapat bayaran ex-gratia sebanyak RM2 juta, adalah that "sampah semata-mata."
MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rungutan:
Post a Comment