Penyokong Kelantan Terkilan | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Friday, September 09, 2011

Penyokong Kelantan Terkilan

Buat julung kali menyaksikan skuad The Red Warriors beraksi di bumi Kenyalang bukan sahaja menarik minat penyokong The Red Warriors yang berkelana di Sarawak dan dari semenanjung malah turut menarik minat lebih 20,000 penyokong Sarawak hadir memenuhi segenap tempat duduk stadium mereka.

Fenomena kebanjiran penyokong ini dianggap luar biasa oleh penyokong Sarawak, kebanyakan yang hadir menyatakan mereka sudah lama menanti kehadiran The Red Warriors di Sarawak. Jika sebelum ini mereka hanya dapat menyaksikan melalui tv dan surat khabar mengenai lautan manusia memenuhi stadium Sultan Muhammad ke IV dan stadium yang dihadiri skuad The Red Warriors tetapi kali ini lautan manusia yang cintakan bolasepak datang ke stadium mereka dan di kalangan penyokong Sarawak juga sebenarnya masih ada yang sayang bolasepak di bumi Sarawak cuma mereka menantikan sebuah pasukan yang gah seperti Kelantan beraksi barulah mereka sanggup berkorban wang saku serta tenaga mereka ke stadium. Sungguh besar impaknya sebuah pasukan bernama The Red Warriors, malah mereka berharap Fenomena luar biasa ini akan meresap ke jiwa anak-anak Sarawak untuk mengangkat martabat bolasepak Sarawak pula.



Stadium Negeri Sarawak yang boleh memuatkan 40,000 penyokong cukup besar dibandingkan stadium Sultan Muhammad ke 4, namun ianya sedikitpun tidak mnggerunkan lebih 1000 penyokong Kelantan menggegarkan laungan sakti Gomo Kelate Gomo di bumi borneo kedua yang ditakluki mereka selepas Sabah pada perlawanan penutup Liga Super 2011 lalu.

Namun masih menjadi misteri penyokong pasukan lain begitu gerun untuk menjengah ke stadium keramat The Red Warriors walhal


penyokong Kedah,Selangor dan lain-lain sudah membuktikan penyokong kelantan juga rakyat Malaysia yang perlu mematuhi undang-undang Malaysia. Kehadiran penyokong Kelantan ke stadium pasukan lawan juga sering dipandang serong penyokong lawan, meskipun sejak kebelakangan ini sudah tidak wujud anasir ganas dari penyokong Kelantan kecuali penyokong yang terikut-ikut provokasi yang dimulakan penyokong pasukan lawan. Insiden membakar kerusi masih lagi menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari pasukan lawan tetapi mereka tidak sedar kes ini belum pernah dibuktikan dilakukan oleh penyokong Kelantan.

Luahan hati Penyokong The Red Warriors ke Sarawak

Isu yang ingin diluahkan penyokong The Red Warriors ke Sarawak ialah berkaitan pengurusan Stadium Negeri Sarawak yang gagal melakukan pengasingan kawasan penyokong dan kurang kawalan keselamatan ke atas kedua-dua penyokong. Kehadiran mereka sangat bernasib baik kerana tidak terpengaruhi dengan provokasi penyokong Sarawak yang ramai membaling objek ke arah kumpulan penyokong Kelantan, selain cemuhan serta ejekan yang sudah lali bagi penyokong Kelantan mencemari sorakan padu penyokong Kelantan. Terima kasih kepada penyokong Kelantan yang hadir dan tidak mengikut rentak penyokong lawan kerana ada penyokong Kelantan terkena balingan botol arak oleh penyokong Sarawak.

Perkara seperti ini sepatutnya sudah menjadi prosedur biasa bolasepak Malaysia, tidak sepatutnya ada yang mengatakan tidak menjangkakan kehadiran luar biasa dengan sebab itu pihak pengurusan stadium tidak bersedia mengetatkan atau menambah kawalan keselamatan secara drastik. Alasan seperti ini selamatlah digunakan sekiranya tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini tetapi jika berlaku sebaliknya mungkin ke arah penyokong Kelantan lah biasanya dituding segala kesalahan oleh media mahupun mana-mana pihak.

Penyokong Kel


antan merayu kepada pihak yang bertanggungjawab dan pihak pengurusan stadium seluruh negara supaya sentiasa menguatkuasa kawalan keselamatan stadium dan pengasingan penyokong yang adil serta selamat kerana perlu diingatkan lebih ramai penyokong Kelantan yang inginkan keselamatan mereka terjaga daripada penyokong yang suka mencipta populariti peribadi atau berani melanggar segala peraturan yang ditetapkan.

Malah sudah acap kali nasihat diberikan dan diulang-ulang dari masa ke semasa bagi menjayakan kempen bebas segala anasir buruk di stadium. Dengan ini, memohon jasa baik seluruh penyokong Kelantan bersama pihak KAFA menangani permasalahan yang sering menjejaskan kantung poket KAFA ini. Jadilah mata dan telinga yang membantu mencegah masalah ini, janganlah sampai ada mangsa dari kalangan keluarga atau saudara mara kita barulah kita bersungguh-sungguh membantu. Cukuplah apa yang telah berlaku.Datanglah untuk menyokong bolasepak bukan datang untuk dimaki hamun penyokong lain.

Teriakan GOMO KELATE GOMO adalah untuk dijiwai bukan untuk dipratikkan menjadi hero dari kalangan ramai. Biarlah hanya pemain menjadi wira kita. GOMO KELATE GOMO.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

theredwarriors

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...