BERSIH 2.0 | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Sunday, July 03, 2011

BERSIH 2.0

Asslamualaikum kepada pembaca2 yang beragama islam,.. saban hari menunggu detik 9 julai perhimpunan BERSIH 2.0, banyak peristiwa yang berlaku.. Isu ini begitu hangat di bincangkan para blogger walaupun media2 kerajaan tidak menyiarkan dan menyebarkan berita ini. Namun begitu kepantasan anak2 muda & rakyat malaysia dalam menggunakan kepandaian yang ada bagi menyebarkan di internet melalui blog dan website amat berkesan kerana isu ini hangat disiarkan di internet. Apa pendapat pembaca tentang BERSIH 2.0? Pendapat penulis perhimpunan BERSIH ini tak sepatutnya menjadi masalah kerana diadakan secara aman tanpa senjata. Perlembagaan negara telah meletakkan Malaysia sbgai negara di mana rakyatnya bebas bersuara dan perhimpunan ini adalah suara rakyat bg menuntut ketelusan dalam pilihanraya secara aman. Jadi penulis tidak nampak di sini sebarang kesalahan dalam perhimpunan ini. Penulis tidaklah memihak kpd mana2 pihak, tetapi sbgai rakyat malaysia di mana negaranya mengamalkan demokrasi penulis berasa sedih bila mendapat berita ada rakyat yang memakai baju kuning di tahan polis kerana di syaki menyokong BERSIH 2.0. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi. Jika ini yang sedang berlaku di tanah air tercinta ini, di mana demokrasinya?? Di mana hak rakyat yang bebas bersuara? Perkara sebeginilah yang membangkitkan semangat rakyat untuk menyokong BERSIH 2.0 sebenarnya. Semakin hak rakyat di cantas, semakin sedar rakyat akan penyelewengan yang berlaku, maka makin berani rakyat dlm menegakkan kebenaran. Sampai di sini sahaja coretan saya. terima kasih kerana membaca. Di harapkan tiada perkara buruk yang berlaku pada perhimpunan itu nanti. Sekian.

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...