Tahniah Kepada Red Warrior!!!! | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Tuesday, February 01, 2011

Tahniah Kepada Red Warrior!!!!

Jutaan tahniah & terima kasih dirakamkan kpd pasukan  RED WARRIOR (Kelantan) kerana berjaya menewaskan pasukan Selangor dlm perlawanan Piala Sumbangsih dan berjaya bermain dlm 1 kumpulan serta menghasilkan ape yang di harapkan oleh penyokong.


Tetapi jurulatih Selangor iaitu K.Devan berpendapat pemainnya bermain di bawah keupayaan sebenar dan mengalami kejatuhan moral di awal permainan setelah di bolos dengan jaringan penalti walaupun perlawanan masih berbaki lagi 82 minit.


Sebelum sepak mula di langsungkan, pasukan The Red Warriors telah di kejutkan dengan penggantungan yang di kenakan 6 bulan ke atas bekas jurulatih iaitu B.Sathianathan yang kini telah memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi The Red Warriors (TRW) yang akan di tubuhkan tidak lama lagi serta sebagai Penasihat Teknikal & Pembangunan kepada Presiden KAFA. Inilah antara cabaran awal yang terpaksa di lalui pasukan TRW.

Kelantan yang hanya di barisi 2 pemain Piala Suzuki AFF berbanding Selangor mempunyai 6 orang berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 setelah Razman Roslan dilayangkan kad kuning pertama kerana mengasari pemain Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya pada seawal minit ke-7 dalam petak penalti.


Manakala gol ke-2 di hasilkan melalui sepakan percuma yang agak cantik oleh ketua pasukan Kelantan iaitu Mohd. Badri Radzi iaitu
"piya" pada minit ke-82. Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat muncul sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih setelah beraksi cemerlang dengan menggagalkan banyak peluang2 yang di hasilkan oleh pemain Selangor.

Semoga dengan kemenangan pertama dan merangkul kejuaraan di awal musim dapat memberi semangat untuk terus berjuang hingga ke penghujungnya. Semoga maju jaya The Red Warriors.

(credits to eelobor)


0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...