'Klon Safiq' | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Wednesday, October 05, 2011

'Klon Safiq'


Kalang Tie prospek baru Raja sekat Australia

SURATAN atau kebetulan.
Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini.
Pemain kelahiran Miri, Sarawak berusia 24 tahun itu bakal mengambil alih posisi Safiq yang disisihkan Datuk K Rajagobal kali ini - sekali gus diharap mampu memberi impak dalam kemunculan sulung ketika berdepan lawan yang berada pada ranking ke-19 dunia dan nombor dua Asia.

“Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan segala arahan jurulatih.

“Lagipun ini aksi pertama saya bersama skuad kebangsaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan. Memang untuk menang agak sukar, tapi sekurang-kurangnya kami akan berusaha untuk mengikat Australia,” kata Joseph ketika ditemui sebelum berlepas ke Canberra, malam kelmarin.

Dia dijangka bergandingan dengan Amar Rohidan. Skuad 22 pemain kebangsaan tiba di Canberra, tengah hari semalam dan hanya menjalani latihan ringan pada sebelah petang.
Pemain Terengganu yang lebih kerap berfungsi di bahagian sayap jelas tidak menganggap sesuatu yang kekok untuk beraksi di posisi tengah bersama skuad kebangsaan.

BH



0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...