Amaran! Banjir Terbesar Dalam Sejarah Akan Berlaku | MagiC MenCari KeajaibaN

klik sini

Ruangan Churp

Monday, October 31, 2011

Amaran! Banjir Terbesar Dalam Sejarah Akan Berlaku


Penduduk di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut, bulan depan.
Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lalu.


“Banjir yang dijangka melanda enam negeri berkenaan mungkin tidak seteruk di Thailand, namun impaknya tetap buruk berdasarkan taburan dan curahan hujan yang meningkat secara drastik akibat pelepasan gas karbon dioksida tidak terkawal yang menyebabkan perubahan iklim, sekali gus mengakibatkan bencana termasuk risiko tanah runtuh.

“Persiapan terbaik bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko ialah memahami situasi banjir di lokasi mereka dan menggunakan pengalaman lalu untuk mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ibrahim berkata, punca utama banjir kilat di kawasan bandar pula disebabkan longkang selalu tersumbat, parit kurang lebar, manakala banjir sungai berlaku akibat curahan hujan lebih banyak berbanding keupayaan sungai mengalirkan air ke laut dalam jangka masa tertentu.

“Banjir kilat tetap akan berlaku walaupun pokok ditanam bagi mewujudkan zon penampan banjir, terutama di kawasan perumahan yang hampir dengan alur sungai. Saya sarankan pemaju hartanah membangunkan kawasan perumahan baru di kawasan tinggi sedikit,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terlalu bimbang dengan banjir kerana pihak berkuasa sentiasa menyediakan lokasi pemindahan sementara yang baik serta selamat termasuk koordinasi tersusun pelbagai agensi berkaitan.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi melaporkan siri hujan lebat diramal di sebelah timur Kelantan dan Terengganu pada November, diikuti timur Pahang serta Johor bermula Januari dan berlanjutan sehingga peralihan monsun Timur Laut berakhir Mac tahun depan.(PaaDuu)

0 rungutan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...