SITI Baya bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM1.6 juta yang dirampas di KLIA semalam.
SEPANG – Seorang warga Nigeria dipercayai pemain sebuah kelab bola sepak di negara itu ditahan selepas cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM200,000 dalam 75 kondom ke negara ini pada 9 Februari lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang baru tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria ditangkap selepas dikesan menyembunyikan 75 bungkus dadah jenis syabu.
“Lelaki itu menyembunyikan bungkusan syabu seberat kira-kira 800 gram dengan menelannya. Taktik suspek bagaimanapun disedari selepas anggota JKDM membuat imbasan badan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Siti Baya berkata, dadah berkenaan dibungkus menggunakan kondom sebelum ditelan.
Setakat ini hanya 35 bungkusan kondom itu berjaya dikeluarkan.
Suspek ditahan di Hospital Serdang dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. (Kosmo Online)
0 rungutan:
Post a Comment