Magic mencari sesuatu yang mempunyai kebenaran walau pahit untuk di telan. Pahit itulah penawar. Mengharapkan suatu keajaiban.
Saturday, December 03, 2011
Aduan produk KR1M perlu disalur kepada kementerian
Oleh
Magic
SEMUA aduan atau maklumat berhubung isu keselamatan dan kualiti makanan Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) perlu disalurkan terus kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat tepat sebelum mengambil tindakan segera.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata tindakan menyiarkan aduan terus dalam media massa menyebabkan peniaga menarik balik produk dari pasaran, yang boleh mengganggu siasatan kementerian.
"Kementerian Kesihatan sebagai pihak berkuasa berwibawa bagi keselamatan makanan akan terus memantau produk yang dijual di KR1M untuk memastikan ia mematuhi perundangan makanan di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Dr Hasan berkata perkara itu diperjelaskan pada pertemuan Kementerian Kesihatan dengan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Putrajaya, semalam.
Pada pertemuan itu, mereka juga membincangkan mengenai pelabelan dan aspek komposisi tujuh produk makanan yang dibangkitkan Tony Pua baru-baru ini.
- Bernama (KOSMO)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rungutan:
Post a Comment