Salam,ni adalah post pertama aku..xtau nk cakap ape kt sini jd aku citer pasal khasiat kelapa dara kt korang..hrp sudi baca..
Mengapa perlu minum Minyak Kelapa Dara ? - Mesti baca...
Setiap hari minum Minyak Kelapa Dara @ habatus Sauda @ Madu-Apa yang akan anda dapat ?
Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan
kerongkong
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing
tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap
terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria,
kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh
mendapat lebih khasiat dan tenaga.
Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan
sesaorang.
Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan
tubuh.
Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang
kepada pembentukan plak pada saluran darah.
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya
plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan,
kelembutan dan kehalusan kulit.
KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH.
1. Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi
kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang
mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
2. Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan
insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut -
anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal
bebas .
4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi
pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan
jantung.
5. Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus,
anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
6. Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat
pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran
ultra violet.
7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut
akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
8. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai
agen anti histamine.
9. Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan
sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak
secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma
pathogen.
10. Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak
tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan
MINYAK KELAPA DARA
Ø Tidak membebankan organ pankrease
Ø Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadham)
Ø Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk
mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem
tubuhnya kurang berkembang.
Ø Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
Ø Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran
mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
Ø Sel jadi cekap dan efisien
Ø Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
Ø Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan
sistem tubuh
Ø Tiada kolesterol
Ø Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
Ø Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
Ø Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra
violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan
jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan
kelembutan kulit lebih ketara.
Ø Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
Ø Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap
dan efisien)
Ø Meningkatkan daya tahan (endurance)
Ø Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan
berat badan terkawal secara semula jadi.
Ø Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.
MINYAK SAYURAN
Ø Sangat membebankan pankrease
Ø Lemak tak tepu rantai panjang. (LCFA – hanya sebahagian dapat di hadham)
Ø Hanya boleh dihadhamkan dihempedu. Perlukan enzim pankreatik dan berbagai enzim
untuk memecahkannya kepada unit-unit kecil.
Ø Sebagian tidak dapat dihadham, lalu di simpan di dalam tisu tubuh sebagai lemak
Ø Lambat menghasikan tenaga. Ia memerlukan enzim khusus untuk menariknya melalui
sel membran mitochondria
Ø Mudah terbentuk radikal bebas
Ø dihasilkan melalui proses penyahbau, pelunturan, proses penghidrogenan
sehingga menghasilkan trans fatty asid yang beracun
Ø mengandungi sejumlah kolesterol
Ø hampir tiada asid bermanafaat
For more info visit: www.blogbioasli.com/zaem89
0 rungutan:
Post a Comment