Magic mencari sesuatu yang mempunyai kebenaran walau pahit untuk di telan. Pahit itulah penawar. Mengharapkan suatu keajaiban.
Wednesday, January 18, 2012
7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal
Oleh
Magic
Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.
Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?
Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.
Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:
TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
Itulah beberapa tips yang sempat saya kongsikan bersama anda jika anda mempunyai hasrat untuk kahwin awal. (PaaDuu)
Read more...
Khairul Fahmi Penjaga Gol Terbaik Asia
Oleh
Magic
Mereka yang ‘gila bola’ khususnya yang gemar melayari internet untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai sukan tersebut di seluruh dunia, pasti pernah melayari laman web www.goal.com.
Ia sebuah portal komprehensif yang mengumpul berita mengenai bolasepak dari benua Amerika hinggalah ke benua Asia.
Baru-baru ini satu undian telah dijalankan oleh portal tersebut bagi mencari siapakah yang dianggap oleh peminat bola sepak sebagai penjaga gol terbaik Asia.
Apa yang membanggakan, penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mendapat tempat pertama dalam undian tersebut.
Sebelum ini, laman web itu meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.
Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.
Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).
Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.
Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan terkejut atas pengiktirafan tersebut serta menegaskan bahawa beliau akan memberikan komitmen yang lebih tinggi terhadap kariernya selepas ini.
“Alhamdulillah..saya tak sangka..terkejut jugak, tak expect pun untuk dapat pengiktirafan begitu.
“Bagaimanapun, saya akan tingkatkan usaha lagi..lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang di dalam bidang karier saya ini..pengiktirafan ini memberikan saya lebih semangat untuk terus maju ke hadapan,” katanya.
Tahniah kepada Apex.
Ia secara tidak langsung menunjukkan, kemampuan dan kehebatan beliau bukan saja diiktiraf pemerhati serta peminat bola sepak tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa. (PaaDuu)
Read more...
Tuesday, January 17, 2012
Kelantan mahu hapus hutang PTPTN
Oleh
Magic
Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.
Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.
Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.
Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga. (MalaysiaKini)
Read more...
Wednesday, January 11, 2012
Kemaluan Tersangkut Di Lubang Bangku Ketika Melancap
Oleh
Magic
Empat anggota SAR Hongkong harus menghabiskan 4 jam di sebuah taman untuk membebaskan penis seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang bangku di taman Lantian, Hongkong – China.
Dari pengakuan si lelaki malang tersebut, diketahui penisnya menjadi terjepit dan tidak boleh dia lepaskan ketika dia menggunakan lubang besi di bangku taman tersebut untuk melakukan onani.Lelaki bernama Le Xing, 41 tahun, tersebut di duga seorang leaki yang kurang sihat mentalnya dan menghidap kelainan seks.
Lubang besi pada bangku tersebut terbilang kecil tetapi Le Xing memaksakan penisnya masuk kedalam lubang tersebut untuk melepaskan hasrat birahinya. Tetapi ketika penisnya menjadi tegang dan membesar dia menjadi panik sebab dia tidak boleh mengeluarkannya dari lubang tersebut.
Akhirnya Le Xing menelefon polis meminta pertolongan.
Untuk membebaskan penis pria tersebut, anggota SAR terpaksa membawa Le Xing bersama dengan bangku besi sepanjang 2,5 meter tersebut ke hospital. Doktor mengatakan bahawa lelaki tersebut sangat beruntung sebab penisnya masih baik ketika dikeluarkan dari jepitan besi tersebut.
Para fotografer dalam foto yang mereka buat di surat khabar-surat khabar berbahasa China menunjukkan para petugas SAR ini membawa Le Xiang bersama logam tertutup selimut merah.
Ihsan Abe PaaDuu
Read more...
Sunday, January 08, 2012
Jersi Rasmi The Red Warriors 2012
Oleh
Magic
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di Malaysia,Asia, dunia dan planet2...
Ni magic nak share gambar terbaru jersi The Red Warriors bagi tahun 2012...>>>
cekidotttt--->
Amacam?? Menarik tak?? Ada rasa nak beli?? Kepada yang rasa nak beli 2,terjah sini BumiBola
Harap-harap TRW boleh menunjukkan prestasi yang baik dengan jersi baru ni yer,..
Diculik dari rakan blogger magic --> Fakhruddinaziz
Read more...
Ni magic nak share gambar terbaru jersi The Red Warriors bagi tahun 2012...>>>
cekidotttt--->
Amacam?? Menarik tak?? Ada rasa nak beli?? Kepada yang rasa nak beli 2,terjah sini BumiBola
Harap-harap TRW boleh menunjukkan prestasi yang baik dengan jersi baru ni yer,..
Diculik dari rakan blogger magic --> Fakhruddinaziz
Read more...
Wednesday, December 28, 2011
Belajar Untuk 'Exam' - Tips Untuk Elakkan Stress
Oleh
Magic
Belajar untuk peperiksaan akhir, ujian atau kuiz membantu meningkatkan stress. Stress juga sudah sedia terbina dalam situasi dimana anda harus mengingati sesuatu informasi yang penting dalam kelas beberapa bulan yang lalu, perkara terakhir pelajar akan lakukan adalah menambah lagi stress didalam peperiksaan, ujian atau kuiz. Berikut adalah tips berguna untuk anda elak daripada stress.
Kurangkan Jadi 'Burung Hantu'
Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan 'tidak'. Kajian dalam edisi Januari 2011, Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam.
Kurangkan Kafein
Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama untuk mengulangkaji pelajaran. Kafein boleh didapati dalam minuman seperti 'energy drink', kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebar-debar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.
Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?
Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.
Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?
Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.
Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?
Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau.
(diculik dari narloo)
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)












