MagiC MenCari KeajaibaN: July 2011

klik sini

Ruangan Churp

Tuesday, July 26, 2011

PESANAN PIZZA DI MASA HADAPAN

Aku nak kongsikan 1 cerita klaka mengenai order pizza zaman kecanggihan teknologi masa depan..aku amik kt facebook..sape yg buat aku xtau..kredit kpd si pembuatnya..hehehe..layannn...

logik tak citer neh?? hahaah
PESANAN PIZZA ZAMAN DEPAN TAHUN 2850 haha lawak

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat dtg ke
dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya
bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan
seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan
Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :
anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah
tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul
"Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg
saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang
berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public
Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash
kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama
dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai
pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun
2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod
org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah
lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab
bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2
botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga
mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang
komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada
website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi
Pizza Hot....
Read more...

Sunday, July 10, 2011

KELANTAN VS PELITA JAYA (1-1)

Perlawanan persahabatan antara Pasukan Red Warrior dan Pelita Jaya berakhir dengan keputusan seri 1-1.. Kelantan berjaya menyumbangkan gol pada separuh masa kedua, memberikan khabar gembira dan tidak menghampakan penonton pada awalnya..namun begitu, pada 3 minit terakhir perlawanan gol Kelantan di bolosi Pelita Jaya. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan. Tiada rusuhan dan perkara yg x ingini berlaku semasa dan selepas perlawanan. Tahniah!!
Read more...

Wednesday, July 06, 2011

Red Warrior Juara Liga Super 2011

Sekalung tahniah kepada pasukan Kelantan @ Red Warrior setelah berjaya di nobatkan sebagai juara Liga Super 2011 mangalahkan Sabah dengan 2-1 di stadium Likas.
Gol yang di hasilkan oleh Norshahrul berjaya meletakkan Kelantan sebagai juara Liga super 2011. Tahniah di ucapkan kepada pemain-pemain kelantan.

Tahniah juga di ucapkan kepada penyokong2 Red Warrior kerana bersusah payah ke sabah demi menyokong pasukan Red Warrior. Red Warrior berjaya membuatkan penyokong berbangga dengan aksi pemain2 yang konsisten. Tahniah!!!
Read more...

Sunday, July 03, 2011

BERSIH 2.0

Asslamualaikum kepada pembaca2 yang beragama islam,.. saban hari menunggu detik 9 julai perhimpunan BERSIH 2.0, banyak peristiwa yang berlaku.. Isu ini begitu hangat di bincangkan para blogger walaupun media2 kerajaan tidak menyiarkan dan menyebarkan berita ini. Namun begitu kepantasan anak2 muda & rakyat malaysia dalam menggunakan kepandaian yang ada bagi menyebarkan di internet melalui blog dan website amat berkesan kerana isu ini hangat disiarkan di internet. Apa pendapat pembaca tentang BERSIH 2.0? Pendapat penulis perhimpunan BERSIH ini tak sepatutnya menjadi masalah kerana diadakan secara aman tanpa senjata. Perlembagaan negara telah meletakkan Malaysia sbgai negara di mana rakyatnya bebas bersuara dan perhimpunan ini adalah suara rakyat bg menuntut ketelusan dalam pilihanraya secara aman. Jadi penulis tidak nampak di sini sebarang kesalahan dalam perhimpunan ini. Penulis tidaklah memihak kpd mana2 pihak, tetapi sbgai rakyat malaysia di mana negaranya mengamalkan demokrasi penulis berasa sedih bila mendapat berita ada rakyat yang memakai baju kuning di tahan polis kerana di syaki menyokong BERSIH 2.0. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi. Jika ini yang sedang berlaku di tanah air tercinta ini, di mana demokrasinya?? Di mana hak rakyat yang bebas bersuara? Perkara sebeginilah yang membangkitkan semangat rakyat untuk menyokong BERSIH 2.0 sebenarnya. Semakin hak rakyat di cantas, semakin sedar rakyat akan penyelewengan yang berlaku, maka makin berani rakyat dlm menegakkan kebenaran. Sampai di sini sahaja coretan saya. terima kasih kerana membaca. Di harapkan tiada perkara buruk yang berlaku pada perhimpunan itu nanti. Sekian.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...